Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel allah

Saya Redho Segala Ujian Allah

Imej
 Gambar sumber: Google. Kita semua ada dugaan dalam hidup ini. Ketika diuji oleh Allah SWT jangan anggap ia satu ujian yang berat untuk kita.  Ketika saya diuji dengan penyakit sejak 24 tahun dulu tiada siapa yang tahu sebab saya rahsiakan ujian itu. Saya melihat ujian yang bermula ketika usia 11 tahun amat berat apabila ayah pergi meninggalkan saya dan ibu dalam kemiskinan.  Hidup tanpa wang dan harta. Dihina sebagai anak yatim dan balu yang miskin. Kami tidak merungut walaupun tidak pernah mendapat agihan zakat. Dihujung kehidupan, wujud pelangi apabila saya bekerja dan arwah ibu tinggal dalam kesenangan.  Inilah kehidupan kita, saya bisik kepada ibu. Namun Allah SWT uji lagi apabila ibu mengidap Leukimia ketika sedang sedap melayan cucu-cucunya. Meninggal ibu selepas itu diribaan saya dan Acik Mah .  Rupanya kematian seorang ibu satu insiden yang begitu mempengaruhi emosi saya. Rupanya ujian sebelum ini bukan ujian yang hebat.  Kematian ibu lebih hebat....

Setelah Tua

Imej
  Foto: Sumber Google Kehidupan setelah tua banyak dugaannya. Jika anda sihat amat bersyukur namun kena bersedia jika tiba-tiba jatuh sakit. Ramai yang menyebut itu hukum Allah kerana dosa semasa muda tidak jaga badan.  Anda yang terpilih kerana mengidap penyakit kronik harus bersikap redho. Lapangkan hati ia adalah ujian Allah. Lagi parah jika semasa muda anda jaga badan tetapi sampai masa dapat penyakit jantung, buah pinggang , barah dan sebagainya. Antara persediaan dari muda ialah;  1. Pantau tahap kesihatan jika ibu ayah pernah ada penyakit kronik 2. Simpan wang melalui cara yang selamat misalnya di Tabung Haji, ASB atau mencarum dengan insuran.  3. Tanamkan sifat kasih sayang kepada anak-anak agar mereka ada rasa sayang ketika kita tua kelak. Jika kehidupan mereka tidak hebat dalam pelajaran jangan keciwa kerana mungkin itulah anak yang akan jaga anda ketika terlantar tenat. 4. Ajar ilmu agama agar mereka rehdo dengan takdir Allah. Jangan ketika sakit mereka ha...

Tsunami Di Aceh: Bangun Dengan Air Mata

Imej
Ketika kenderaan ustaz Abdullah menyusuri Banda Aceh, tuan Haji Razak Hussin bertanya kepada saya "macam mana En Raai Aceh...bagus?". Jawab saya ringkas, cantik macam pergi Langkawi dan Kelantan. "Sudah tentu Aceh Serambi Mekah" sambung Haji Razak. Dalam beberapa tulisan selepas Tsunami ada dikaitkan kejadian ombak besar berlaku akibat perbuatan penduduknya yang mengabaikan Allah. Dalam Utusan Malaysia 14 Januari 2005 telah merungkaikan beberapa ulasan mengenai perkara ini: Salah satu pantai yang menerima gelombang besar Tsunami 2004. Bayangkan ombaknya ketika Tsunami sedangkan waktu biasa pun ombaknya besar. Ulama Aceh bergelut betulkan khurafat Oleh Zulkiflee Bakar (Di Banda Aceh, Indonesia) Walaupun bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Aceh sudah memasuki hampir 20 hari, namun di kalangan penduduk wilayah itu yang majoritinya beragama Islam, persoalan kenapa Aceh dilanda bencana yang begitu dahsyat masih lagi menjadi perbualan. Mal...

Rahmat dan kuasa Allah

Telah dua kali terjadi. Namun dengan kuasa Allah semuanya berlalu dengan tenang. Tahun lepas ketika musim konvokesyen UKM abang ipar (suami kakak saya) dimasukkan ke hospital. Kerana tugas, selepas tamat konvokesyen saya bergegas ke Kluang menziarahi abang ipar. Syukur dia kembali sihat. Maklumlah dia seorang wargamas yang pergi menunaikan fardu haji sudah tentu ada kesan pada kesihatannya. Pada asalnya abang ipar masih mahu menangguhkan pemergiannya ke Mekah kerana mengalami masalah tekanan darah rendah. Namun dengan nasihat saya dia akur menempuh apa jua cabaran di tanah suci. Tahun ini sekali lagi sewaktu majlis konvokesyen, saya mendapat khabar biras (adik ipar isteri) jatuh sakit. Doktor mengesahkan dia kena barah paru-paru tahap empat dan juga terdapat ketumbuhan di kepala!  Biras saya begitu rapat dalam hubungan seperti saudara kandung. Kalau balik ke rumah mertua atau kakak ipar kami sering berjemaah bersama samada di rumah atau di masjid. Dia begitu kelakar dan ...