Saya Redho Segala Ujian Allah


 Gambar sumber: Google.

Kita semua ada dugaan dalam hidup ini. Ketika diuji oleh Allah SWT jangan anggap ia satu ujian yang berat untuk kita. 


Ketika saya diuji dengan penyakit sejak 24 tahun dulu tiada siapa yang tahu sebab saya rahsiakan ujian itu. Saya melihat ujian yang bermula ketika usia 11 tahun amat berat apabila ayah pergi meninggalkan saya dan ibu dalam kemiskinan. 


Hidup tanpa wang dan harta. Dihina sebagai anak yatim dan balu yang miskin. Kami tidak merungut walaupun tidak pernah mendapat agihan zakat.


Dihujung kehidupan, wujud pelangi apabila saya bekerja dan arwah ibu tinggal dalam kesenangan. 


Inilah kehidupan kita, saya bisik kepada ibu. Namun Allah SWT uji lagi apabila ibu mengidap Leukimia ketika sedang sedap melayan cucu-cucunya. Meninggal ibu selepas itu diribaan saya dan Acik Mah . 


Rupanya kematian seorang ibu satu insiden yang begitu mempengaruhi emosi saya. Rupanya ujian sebelum ini bukan ujian yang hebat.  Kematian ibu lebih hebat. 


Kini saya masih diuji dan ramai yang menasihat ujian itu pencuci dosa. Alhamdulillah saya faham itu. Tapi kita harus tabah dan redho. 


Di pusat dialisis saya melihat ada insan yang lebih teruk ujian daripada saya. Di katil wad saya lihat ada pesakit lebih nazak ujiannya. 


Lima tahun dulu saya sering berkata kepada anak dan isteri, apakah ini Ramadan terakhir buat saya? Kini Ramadan sudah sepuluh hari. Mari kita mencari Lailatulqadar kerana Allah SWT masih memanjangkan usia kita. Syukur Alhamdulillah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah