Menahan Sendu Adalah Peribadi Jurufoto

Kami orang biasa. Kalangan kami ada yang tidak berkelulusan tinggi. Namun pada kebiasaannya kami berada dibarisan depan di mana-mana juga majlis. Orang tetap mengenali kami kerana kami adalah manusia yang bergelar Jurufoto.

Izinkan saya berehat

Fotografi kini hanyalah hobi saya bersama
keluarga























Saya tidak mahu ketogerikan mana-mana Jurufoto sebab semua oarng menggelarkan dirinya sebagai Jurufoto jika sudah memegang kamera. Tetapi jika kita mampu bertahan dengan kerjaya untuk jangkamasa lebih 20 tahun maka saya akan tabik dengan anda. Sebab, ramai yang kecundang selepas hanya lima tahun memegang kamera.

Saya ada kawan-kawan yang masih bertahan sehingga 30 tahun menjadi Jurufoto. Menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi. Ada juga yang menjawat jawatan Jurufoto sehingga bersara, seperti saya.

Pada saya bersara hanyalah syarat wajib dalam perkhidmatan kerana wajib mengundurkan diri kerana sudah cukup syarat umur. Namun ketagihan pada kamera tidak dapat dinafikan.

Ada juga rakan-rakan saya yang bertahan walaupun pernah ditipu. Ada yang menanggung hutang oleh orang lain sehingga puluhan ringgit. Semua itu asam garam dalam perniagaan. Pada tahap inilah saya berkata "menahan sendu adalah peribadi Jurufoto". Jika tak tahan maka terus kecundang. Jual kamera dan memulakan perniagaan lain.

En Haidar Abu Bakar
Guru dan sahabat dalam fotografi saya

Kami berbeza tugas.
Saya berkata demikian kerana sejak 40 tahun  dulu saya melihat banyak jatuh bangun karyawan foto. Jika era analog lagilah, nak mengaku Sifu tak ramai orang berani. Saya hanya kenal beberapa orang guru-guru fotografi yang berkecimpung dalam bidang fotografi.

Faktor umur, faktor dijemput Ilahi adalah beberapa faktor yang menyebabkan karyawan ini hilang entah ke mana. Namun saya yakin ketahanan kita ada had masa dan tenaga. Bukan bangsa kita saja, bangsa Cina pun begitu. Saya ada kawan-kawan berbangsa Cina yang mengakui terpaksa berperang dengan kemajuan teknologi untuk berniaga. Saya tidak kata mereka banyak wang, tetapi mereka juga berjuang dengan cara mereka sendiri.

Rakan Cina ada memberitahu bahawa kedainya bertahan saja. Dia sendiri yang menjalankan perniagaannya tanpa pekerja dengan dibantu oleh isterinya. Malah dari tinjauan saya di kedainya pelanggan agak kurang sejak akhir-akhir ini. Jika dulu sejam di kedainya pelanggan akan datang tak kurang dari 40 orang. Kini ada yang datang nak guna studio untuk rakam gambar dengan menggunakan telefon pintar. Betapa rendahnya hati mereka menilai kerjaya seorang Jurufoto.

Rakan sejawat semasa bertuagas dulu
Tidak dapat dinafikan kerja mencetak gambar tidak serancak dulu. Guna komputer sudah boleh dapat gambar. Itu kemajuan teknologi namanya. Saya sendiri ketika dua orang puteri melangsungkan perkahwinan tidak mempromosikan diri yang saya seorang Jurufoto. Saya layan mereka macam orang lain melayan Jurufoto. Namun mulut orang mana boleh kita tutup. Mereka tahu juga akhrinya. Namun saya tidak meminta harga yang murah kerana saya menghormati penat lelah dan keringat mereka. "Kawan tetap kawan, perniagaan tetap perniagaan " itu prinsip saya.

Bagaimana yang makan gaji. Sudah pasti ada yang tidak berpuashati. Saya pernah terlibat dalam rundingan nak perbaiki taraf jawatan Jurufoto. Namun sehingga saya bersara semua tuntutan belum berjaya. Malah beberapa bulan sebelum saya tamat perkhidmatan telah ada satu bengkel untuk memperkasakan jawatan Jurufoto di Universiti-Universiti Awam. Namun saya tak telibat dengan alasan masa tu saya sudah hampir bersara. Semoga mereka berjaya.

Sekarang beliau adalah ketua Jurufoto
di UKM
Secara peribadi saya menganggap kerjaya Jurufoto seperti penjawat lain dalam apa jua organisasi. Kerja, cukup bulan ambil gaji. Namun ketika hujung perkhidmatan saya tidak pernah makan elaun kerjalebih masa. Saya ambil cuti demi menggurangkan bebanan kewangan jabatan saya bekerja.

Bagi saya kelebihan kerjaya Jurufoto ialah dapat bersama tokoh-tokoh tertentu dan dapat menimba pengalaman dan ilmu mereka. Lebih-lebih lagi saya bertugas di sebuah universiti yang tersohor di Malaysia (UKM).

Kalau tekanan kerja berlaku pada saya itu perkara biasa. Tahan memang tak tahan namun apa boleh buat itulah rezeki yang kita ada. Ada waktunya terpaksa tinggalkan keluarga untuk beberapa hari. Malahan ada masanya saya makan makanan yang enak-enak di hotel, keluarga di rumah tidaklah seenak mana. Hati sebab siapa tahu.

Hal ini mungkin juga dirasai oleh rakan-rakan di media, orang balik raya mereka tidak. Malah seorang rakan yang bekerja di sebuah setesen TV meminta untuk bekerja di hari raya kerana tidak kepentingan balik raya kerana kedua ibu bapanya dan mertua telah tiada lagi.

Tugasan terakhir sebelum saya bersara

Bersama Naib Canselor USIM (tengah)






















Itulah antara ragam yang harus dialami. Kini saya telah tinggalkan dunia penuh keriangan. Tiada lagi nama saya di persada dunia fotografi. Sedikit demi sedikit saya jauh pergi dari dunia ini. Saya mahu berehat mengutip sisa-sisa umur yang mungkin ada. Teruskan perjuangan kalian. Jangan luntur semangat. Kita ada azam, kita ada wawasan dalam bidang fotografi selagi menganggap dunia ini sumber rezeki kita.

Nota: Anda boleh memberi komen atau tambahan pendapat pada ruangan komen.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah