Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pusat Komunikasi Korporat;muzium warisan ukm

Menahan Sendu Adalah Peribadi Jurufoto

Imej
Kami orang biasa. Kalangan kami ada yang tidak berkelulusan tinggi. Namun pada kebiasaannya kami berada dibarisan depan di mana-mana juga majlis. Orang tetap mengenali kami kerana kami adalah manusia yang bergelar Jurufoto. Izinkan saya berehat Fotografi kini hanyalah hobi saya bersama keluarga Saya tidak mahu ketogerikan mana-mana Jurufoto sebab semua oarng menggelarkan dirinya sebagai Jurufoto jika sudah memegang kamera. Tetapi jika kita mampu bertahan dengan kerjaya untuk jangkamasa lebih 20 tahun maka saya akan tabik dengan anda. Sebab, ramai yang kecundang selepas hanya lima tahun memegang kamera. Saya ada kawan-kawan yang masih bertahan sehingga 30 tahun menjadi Jurufoto. Menjalankan perniagaan dalam bidang fotografi. Ada juga yang menjawat jawatan Jurufoto sehingga bersara, seperti saya. Pada saya bersara hanyalah syarat wajib dalam perkhidmatan kerana wajib mengundurkan diri kerana sudah cukup sy...

Fotografi: Media Sokongan Kepada Keperluan Sebuah Muzium

Imej
Berikut merupakan kertas pembentangan saya di Program Bicara Muzium dan Warisan siri 2/2013 pada 4 disember 2013 bertempat di Puri Pujangga, UKM Majlis Perasmian Kampus UKM Bangi. Peranan merekodkan sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bermula sebelum tahun 1970. Ia bermula ketika kerja-kerja lawatan ke tapak UKM oleh pemimpin Negara   untuk memastikan kesesuaiannya. Almarhum Sultan Selangor, YAB Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussain.   Peranan merakam gambar-gambar ini dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JPM). Oleh itu banyak gambar-gambar dalam bentuk analog disimpan oleh JPM. Namun kemudian telah diambil oleh UKM dengan wujudnya Pusat Teknologi Pendidikan (PTP). Pengarahnya En Chan Beng Fai adalah peneraju kerja-kerja ini dengan menggunakan filem Hitam Putih kemudian beralih kepada filem slaid dan warna. Dari kiri: Bangunan Perpustakaan Tun Sri Lanang, Ekonomi dan Perniagaan dan Fakulti Sains dan Teknologi. Majlis Konvo...