Hari ini sudah seminggu masa berlalu. Hari Jumaat lepas (16 Disember 2011) saya mencipta sejarah baru. Hari ini hanya tinggal kenangan.
![]() |
Pintu utama SMK Sik sekarang. |
![]() |
Sdra Majid melayan anak lelaki bongsunya |
Kenapa saya ke Sungai Petani itu telah saya catatkan sebelum ini dalam catatan berikut : Jiwaku Karam . Namun dalam catatan kali ini lebih berkesan kerana ia ditulis setelah seminggu berlalu. Bak kata orang Laksa Utara kalau di makan sehari selepas di masak kuahnya lebih ummmph.
![]() |
(Duduk kiri sekali) Prof. Madya Dr Chek Derasid (adik sdra Majid) sekarang merupakan seorang ahli akademik di Universiti Utara Malaysia. Anak jati Sungai Batang yang berjaya memperolehi PhD. |
- Majid Derasid ( anak Pak Da Sid)- Sahabat lama cuma muda setahun dari saya. Bersekolah di Sekolah Menengah Sik dari tahun 1972-1975. Ayahnya walaupun orang kampung tapi agak tegas dengan pelajaran anak-anaknya. Mereka ramai adik beradik. Kini Majid menjadi Pegawai Kebajikan Masyarakat di Sungai Petani. Kerana sifatnya yang menjaga kebajikan masyarakat setempat, maka pada 16 dan 17 Desember lalu beliau memberikan khidmat yang terbaik buat saya
Kenduri masih dhidang. Lauknya masakan kampung.
- Haji Wahid- Sahabat lama yang saya anggap macam seperti saudara. Kalau saya balik Kedah sekeluarga kami akan bermalam di rumahnya. Anak bekas Bilal Kampung Sungai Batang yang kini menetap di Bandar Beris Jaya. Mereka berpindah sekitar awal tahun 2000 setelah kampung mereka dijadikan Tasik Beris.
Haji Wahid mempunyai ramai adik beradik yang tinggal berjiran dengannya. Mereka kini menjaga ayah yg sudah tua dan emak mertuanya adalah kakak kepada ayahnya. Maknanya Haji Wahid berkahwin sepupu. Insyaalah satu sejarah akan tercipta tahun depan saya dan keluarga Haji Wahid.
Selepas solat Jumaat pada 16 Disember, saya dikejutkan dengan perhimpunan keluarga beliau. Rupanya setiap hari Jumaat Haji Wahid akan mengadakan kenduri keluarga. Saya bersama-sama menjamu selera dengan keluarga besar Haji Wahid. Satu budaya yang baik harus dicontohi.
Pesilat veteran yang masih mampu membuat
persembahan menarik di depan pengantin
Muzik silat - Pukul 5.30 petang pada 16 Disember saya memandu kereta ke Sungai Petani dari Beris Jaya. Lebih kurang sejam saya tiba di tempat letak kereta Park Aveneu. Masih awal. Hujan turun dengan lebat. Saya menelefon En Md Bakar. Beliau menjawab mesra namun orangnya belum pernah saya bersua muka, cuma sering bertemu di laman Fecebook. Timbalan Pengerusi Kelab Anak-Anak Sik.
Setiba di ruang legar hotel saya dikejutkan dengan suasana tempat pendaftaran yang teratur. Beberapa orang urusetia menyambut saya bagaikan sudah kenal lama. Walhalm, kami hanya bertemu dalam FB sahaja. Mereka teruja kerana saya sanggup datang ke majlis itu dari jauh dengan menaiki bas malam tadi. Namun saya difahamkan masih ramai yang balik dari Kuala Lumpur.
En. Md Bakar dari Bukit Beruntung, Selangor. En Mohamad Warid, Selayang. Asmahan Ibrahim KL, dan ramai lagi. Malahan dikatakan ada alumni dari UK sedang membuat PhD pulang ke Sungai Petani untuk meraikan majlis tersebut.
(Kanan) En. Md Bakar, orangnya agak misteri sebelum ini.
(Kanan) En Mohamad Warid bersama rakan sekolah saya.
- Bayangkanlah malam itu ramai alumni SMK Sik sukar dikawal. Sehinggakan juruacara majlis terpaksa membuat pengumuman beberapa kali agar duduk harapan majlis dapat dijalankan mengikut jadual.
Masing-masing dengan kisah tersendiri. Ada yang berpelukan melepas rindu. Ada yang duduk berbual tak ambil kisah rakan lain. Ada yang memperkenalkan oleh yang ditemui kepada rakan lain.
Masing-masing dengan nostalgia. Ada yang tidak mengenali antara satu dengan yang lain. Maklumlah sudah dewasa. Muka sudah berubah. Susuk tubuh sudah berbeza. Perpisahan sudah lebih tiga puluh tahun mengubah segala-galanya. Hanya nostalgia sahaja yang mampu membuatkan kita saling mengenali semula.
Paling penting ialah masing-masing datang dengan kejayaan. Ada yang datang membawa pangkat dan gelaran tetapi meletakkan seketika semua itu di luar dewan. Mereka bercakap tentang persahabatan, tentang masa silam. Namun tidak mengetepikan protokol. Mungkin kalau dulu bercakap menggunakaan Aku, kini bertukar menjadi Saya. Kalau dulu dulu guru memanggil nama, kita dia memanggil bekas anak murid anakanda.
Menceritakan kejayaan memang tidak dapat lari dari kenyataan. Namun saya fikir mereka masih memikirkan nasib alumni. Pelajar-pelajar semasa. Justeru, langkah yang diambil oleh Kelab Anak-Anak Sik harus dipuji kerana mengumpul seramai mungkin tenaga pakar, profesional adalah satu langkah berani.
Ramai anak-anak Sik berada dalam sektor kerajaan dan swasta. Sik adalah daerah damai, subur,tenteram. Justeru ketika berbual dengan Sdra Sabri pada 19 Disember lalu ketika bertemu dengan beliau di Esset (Institut KWSP) Bangi, beliau memikirkan apa yang harus dilakukan oleh Kelab Anak-Anak Sik. Saya fikir, segala agenda sudah tentu telah dirancang. Kerana melaksanakan jamuan reunion telah berjaya di realisasikan. Bukan mudah untuk mengumpulkan seramai hampir lima ratus orang dalam sebuah dewan. Mereka datang dari merata tempat. Justeru, maka satu kejayaan buat urusetia.
Ketika saya kembali ke Beris Jaya kali kedua pada 17 Disember (sebelum ni 16 Disember-balik dan kembali ke Sg Petani untuk majlis makan malam SMK Sik dan bermalam di sana) saya ditanya oleh beberapa orang yang pernah menjadi pelajar di sekolah itu, bagaimana sambutan terhadap majlis itu? Saya memberikan info yang positif kerana majlis itu berjaya.
Apa istimewanya SMK Sik. Ia terletak di Pekan Sik. Dua kilometer dari pekan menghala ke Nami. Diwujudkan pada tahun 1965. Ketika itu Sik belum membangun seperti sekarang. Namun kerana daerahnya di pedalaman yang dikelilingi banjaran yang indah, maka ia merupakan lokasi yang agak terpencil dari daerah lain.
Daerah pertanian yang subur dan
berpotensi menjadi sumber berasaskan pertanian
Ramai tokoh-tokoh terkenal datang dari daerah ini. Sasterawan Negara Dato Sahnon Ahmad yang terkenal dengan novel Ranjau Sepanjang Jalan, Tan Sri Hanafiah bin Hussain, Pengerusi pertama Lembaga Tabung Haji, Profesor Dr Azib Salleh dan ramai lagi.
Mungkin pembaca yang lebih mengetahui sejarah ini boleh turut mengulas dalam komen tuan/puan sebagai sumbangan menyambung catatan ini. Pun begitu keistimewaan SMK Sik membuatkan ada antara kenalan apabila ditanya, mereka akan menyebut berasal dari Sik.Sik boleh dihubungi dengan rangkaian jalanraya yang
baik untuk bandar-bandar besar dinegara kita.
Puteri sulung saya terkejut pada 14 Disember lalu apabila saya mengambil keputusan untuk balik Kedah semata-mata bagi menghadari jamuan reunion tersebut. Bagi saya wang bukan persoalan utama. Tetapi memenafaatkan wang itu adalah lebih diutamakan. Apa ada denga RM50 kalau kita nak menilai faedah yang kita perolehi hasil dari menghubungkan silatulrahim.
Nostalgia tetap nostalgia. Tetapi mengenang nostalgia sememangnya bukan boleh dibawa ke mana-mana. Namun hasil dari pertemuan itu akan menghasilkan buahkan permaufakatan yang bermutu.
Oleh itu sehingga bertemu lagi dengan hasilan kejayaan yang lain, saya fikir Kelan Anak-Anak Sik telah mempunyai satu fokus yang menarik untuk anak-anak muda Sik. Seperti kata Sdra Sabri ketika minum-minum dan makan capati disebuah gerai mamak dekat Hentian Komuter UKM, anak-anak Sik perlu dibimbing dan membawa mereka ke mercu kejayaan baik dalam bidang pelajarn, ekonomi dan apa saja.
Saya telah mencadangkan satu usul untuk beliau kemukakan keperingkat ahli jawatankuasa. Semoga usul tiu boleh dipertimbangkan untuk satu projek kepada belia-belia di daerah Sik.
-Bangi,23 Disember 2011, Jumaat 27 Muharam 1433H.
![]() |
Menunya nasi putih, ulam petai bersambal belacan, kari daging kerbau campur umbut pisang. |
Ulasan
Salam Melebar Senyum