Jiwaku Karam

Hasrat menghadiri majlis alumni pelajar SMKSik membara. Namun menunggu masanya memang agak lama juga kerana saya telah sampai di Sungai Petani sejak pukul 5.30 pagi. Oleh kerana Majid meminjamkan keretanya maka saya mengambil kesempatan balik Beris Jaya seketika untuk bertemu abang angkat saya Haji Wahid. Hubungan saya dengan beliau memang luarbiasa kerana budinya membantu emak ketika sakit sukar utnuk saya bayar dengan harta dunia.

 Alhamdulillah saya sempat bersolat Jumaat di Masjid Beris Jaya dan bertemu dengan ramai sahabat lama. Malahan dapat bertemu dengan orang yang sudah 32 tahun saya ketemu. Impian saya tercapai.

Menariknya selepas solat Jumaat saya kembali ke rumah Haji Wahid dan mendapati ada kenduri keluarga. Haji Wahid menghimpunkan adik beradiknya, anak saudara, cucu-cucunya dalam satu makan tengahari. Penuh ruang dapurnya. Meriah sekali dengan menu makanan orang kampung. Nasi berkarikan ikan, berlaukkan ikan masin, berulamkan petai dan sambal belacan.

Saya terharu kerana Allah tidak memberikan ramai saudara kandung, namun saya memiliki sahabat yang mampu menghimpunkan mereka di penghulu segala hari iaitu Jumaat. Syukur.

Matlamat saya ke majlis silatulrahim diteruskan di Park Aveneu Sungai Petani. Saya ingat masih awal kerana masih belum pukul 7 petang. Hujan yang menyiram bumi Sungai Petani mendinginkan tubuh. Ketika saya menghubungi Sdra Mat Bakar, beliau sudah tiba di hotel. 

 Anda ingat semua yang saya temui pada malam itu saya kenal sebelum ini? Oh tidak, mereka rata-rata adalah rakan Facebook. Hanya Cikgu Lah dan Cikgu Fatimah sahaja yang pernah saya temui secara langsung kerana mereka adalah guru saya ketika bersekolah dulu. Saya mesra dengan beliau kerana dia guru disiplin yang terkenal dengan tegasnya. Mau tidaknya saya antara murid yang pernah dirotanya. Namun beliau antara guru displin yang saya ingat kerana tegas beliau. Saya pernah bertugas dibawah asuhannya sebagai pengakap,pegawas walaupun pernah dirotannya. Tetapi beliaulah orangnya pernah datang ke kampung saya mencari pembantu rumah dan saya melayannya tanpa dendam kerana pada saya itu adalah tanggungjawab guru.

Malahan ketika beliau datang di Kajang ke rumah anaknya, saya menjadi tetamunya dibulan Ramadan tahun 2009. Hasilnya saya amat bersimpati kepada beliau kerana pernah diherdik dalam FB oleh bekas muridnya.

Malam itu saya saya berbisik dengan; "Cikgu, saya membaca rintihan cikgu dalam FB kerana diherdik oleh......, namun saya hanya membaca dan tidak mengulas kerana saya faham perasaan cikgu waktu itu".

Cikgu Lah banyak memperkenalkan saya kepada bekas murid. Malahan beliau juga telah memperkenal seorang yang bergelar doktor yang sama-sama kelas dengan saya. Kelakarnya kami saling tak ingat memori 30 tahun dulu.

Cikgu Lah pernah menyebut nama-nama seperti Othman Nawang, Pengarah Bahagian Kepenggunaan Selangor, Chef Liza dan beberapa orang lagi. Beliau bangga dengan semua muridnya yang nakal dan yang tak nakal. 

Malam itu juga Ckgu Lah bertanya saya "Raai bila nak bergambar. Asyik dok rakam gambar orang saja" .Saya hanya mampu tersenyum.

Saya tahu tidak ramai bekas pelajar sama dengan kelas saya hadir kerana saya tahu mereka bukan orang berpangkat. Mereka mungkin segan (malu) untuk bersama. Justeru akibat sifat rendah diri mereka menjauhkan diri. Namun saya agak pasti mungkin terdapat anak-anak mereka yang hadir, namun tidak mengenali saya.

Saya perhatikan perjalanan majlis itu begitu lancar. Ia begitu profesional. Hasilnya saya menjadikan medan program malam itu seperti majlis-majlis rasmi yang pernah saya bertugas. Detik di hati saya bahawa majlis ini begitu sempurna namun tidak terlalu formal walaupun ramai orang ternama hadir. Namun perjalan majlis disusun begitu selesa dengan sedikit taklimat oleh Pengetua semasa sekarang. Pengarah Pendidikan Pelajaran Kedah yang bagi merasmikan majlis itu memuji usaha ini.

SMKSik ditubuhkan pada tahun 1965. Ketika itu saya masih bersekolah rendah di Sungai Petani. Sebelum penubuhannya anak-anak Sik belajar di Alor Setar atau Sungai Petani. Oleh kerana jaraknya yang jauh ditambah pula perhubungan agak payah. 

Saya mungkin tidak dapat membuat cacatan yang panjang kerana malam itu tidak dapat berbual panjang dengan semua orang. Namun saya mampu merakam gambar sebagai nostalgia dimasa akan datang. Saya bersyukur dapat menghadiri majlis yang gemilang itu. Insyallah jikalau ada lagi di masa depan saya cuba untuk hadir. Namun andainya ini adalah majlis pertama dan terakhir saya maka ia cukup bermakna sekali. Cukuplah dengan gambar yang sempat rakam akan menjadi tanda kenangan buat jenerasi akan datang.

 Walaupun anda alumni tidak mengenali saya, namun hati saya tetap di Sik. Malahan coretan Dari Sik Ke Bangi mengambar kehidupan saya yang sebenar sebagai anak Kedah dan mencari rezeki demi sesuap nasi untuk saya dan keluarga.

Saya hadir untuk memberikan penghargaan kepada sekolah saya dan guru-guru saya. Kalau mereka tidak kenal saya, namun saya mengenali mereka. Tiada yang pinta, namun kita perlu memberi. Kerana jasa mereka Allah sahaja yang membalasnya.Amin.

Lihat album kenang-kenangan

@ RaaiOsman-Bangi, 19 Disember 2011


Ulasan

Salam anaknda Raai,

Kita dah sama mengenali........srengenge cuma seorang pengembara di alam maya.......anaknda pengembara sejati..........

Mengembara cukup bermakna dalam hidup.......bila dah mati kita akan terus berkembara........seorang pengembara ialah seperti air yang mengalir.......air yang mengalir tu bersih.....macam air sungai,laut dan hujan..........air yang bertakong akan menghimpun segala kotoran..........berkembara ada serba kemungkinan.........dan kemungkinan berada di mana2 saja.......

Wassalam jumpa lagi.......mai ke Banggol Derdap.......nanti anak srengenge di Bangi akan menyusuri Raai,insyaallah.
ishakabdwahab berkata…
Alhamdulillahirobbil a'lamin.....rapakan kesyukuran kehadrat ALLAH SWT, yang mengcamtumkan kita kembali dengan Rahman & Rahim NYA....Mudah2an kita sentiasa dapat menyumbang apa saja kepada KAAS dan masyarakat SIK. Amin

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah