Catatan

Terowong Smart Kuala Lumpur

Imej
Sila klik  Gambar Sila klik Terowong Jalan Raya dan Pengurusan Air Banjir  ( Inggeris :  Stormwater Management and Road Tunnel ; kependekannya:  SMART ; kod:  ) merupakan suatu struktur jalan dan perparitan yang terletak di  Kuala Lumpur ,  Malaysia  dan merupakan satu  projek kebangsaan  di negara tersebut. Panjang terowong tersebut adalah 9.7 kilometer tetapi laluan untuk kenderaan hanyalah 3.3 kilometer. Ia merupakan  terowong  lencongan air yang terpanjang di  Asia Tenggara  dan kedua terpanjang di Asia. [1]  | Sumber Wikipedia.

Scammer: Pencuri Moden

Imej
Foto dari Google. Scammer: Saya perhatikan sejak 5/6 tahun ini, kegiatan scammer cukup aktif. Namun masih ramai orang yang terkena tipu (scam). Antara perkara yang harus dilakukan ialah: 1. Anak-anak ajar ibu ayah cara penggunaan telefon bimbit yang bijak jika kalian telah membeli telefon yang canggih.  2. Wargamas harus bijak menjadi ahli group whatsap (masjid, surau, ahli pesara)  kerana di dalamnya ramai ahli yang mampu mengajar bagaimana nak elak discam. 3. Masjid atau surau boleh prihatin dengan masalah ini misalnya menampal poster peringtan atau anjurkan taklimat dengan memanggil pihak PDRM untuk membantu. 4. Wargamas harus jadi bijak berfikir jika masih kuat ingatan. Jika tidak jangan guna langsung apa-apa telefon yang canggih.  5. JIKA ANDA DALAM KALANGAN YANG MEMPUNYAI WANG YANG LUMAYAN DI MANA-MANA BANK, WASPADA SENTIASA KERANA ANDA ADALAH MANGSA MEREKA!! https://www.facebook.com/share/p/ppMGiaeLdteLj8Md/?mibextid=oFDknk

Setelah Tua

Imej
  Foto: Sumber Google Kehidupan setelah tua banyak dugaannya. Jika anda sihat amat bersyukur namun kena bersedia jika tiba-tiba jatuh sakit. Ramai yang menyebut itu hukum Allah kerana dosa semasa muda tidak jaga badan.  Anda yang terpilih kerana mengidap penyakit kronik harus bersikap redho. Lapangkan hati ia adalah ujian Allah. Lagi parah jika semasa muda anda jaga badan tetapi sampai masa dapat penyakit jantung, buah pinggang , barah dan sebagainya. Antara persediaan dari muda ialah;  1. Pantau tahap kesihatan jika ibu ayah pernah ada penyakit kronik 2. Simpan wang melalui cara yang selamat misalnya di Tabung Haji, ASB atau mencarum dengan insuran.  3. Tanamkan sifat kasih sayang kepada anak-anak agar mereka ada rasa sayang ketika kita tua kelak. Jika kehidupan mereka tidak hebat dalam pelajaran jangan keciwa kerana mungkin itulah anak yang akan jaga anda ketika terlantar tenat. 4. Ajar ilmu agama agar mereka rehdo dengan takdir Allah. Jangan ketika sakit mereka ha...

Usah Cipta Alasan Untuk Tunai Haji

Imej
Sila klik untuk baca: https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/07/586837/usah-cipta-alasan-elak-tunai-haji Dapatkan buku tulisan saya. Sila whatsap ke 0193393308. Harga RM40 kos pos RM6 (Sabah & Serawak kos pos RM12) 

Mati Dalam Tidur

Imej
 Saya telah dirujuk dengan doktor pakar paru-paru setelah  melalui proses MRI.  Saya didapati tidur  berdengkor  ketika proses MRI ke atas jantung selama lebih dua jam.  Foto: Sumber Google Doktor meminta saya masuk wad untuk Sleep Study dan hasilnya paru-paru saya terhenti sebanyal 51 kali dengan kadar 26 saat. Kenapa saya tulis untuk kes in? Ya  jika kes ini dibiarkam resiko kematian dalam tidur akan berlaku. Memang sebelum ini saya hanya dapat tidur sekitar satu atau tiga jam sahaja waktu malam.  Saya akan terjaga dan bangun mengejut. Ini amat menakutkan isteri saya. Ada masanya  saya bercakap dalam tidur seperti memberi ceramah. Paling menakjubkan saya membaca ayat Quran dan berwirid apa saja yang saya hafal.  Saya rujuk bab mati dalam tidur tapi tidak banyak dalil yang saya jumpa bab kebaikannya.  Ada rujukan dari sudut agama dan sila rujuk di https://semakhadis.com/sesiapa-yang-tidur-dalam-keadaan-bersuci-kemudian-dia-meningga...

Genap Empat Tahun Sebagai Pesakit Buah Pinggang

Imej
  Foto: Sumber Google Terima kasih tidak terucap kepada rakan-rakan FB yang saya kenal dan tidak. Kalian pilihan Allah untuk memberi sokongan untuk saya.  Saya tidak menjangka dapat berada di dunia ini selepas 4 tahun setelah saya menandatangan borang dialisis  yang doktor beri..."Dialisis seumur hidup". Saya berada dalam kelompok insan-insan terpilih oleh Allah. Setiap tiga kali seminggu kami bertemu untuk empat jam membersih darah dan kumbuhan.  Sepanjang 4 tahun keluar masuk hospital adalah lumrah. Ia cabaran buat diri sendiri dan keluarga. Paling sedih Acik Mah (isteri)  yang 24 jam bersama saya. Dia insan pilihan Allah buat saya dan jika semasa muda saya abaikan dia sudah tentu satu penyesalan akan terjadi. Saya akui sakit menyuci dosa. Tapi kepada orang lain saya tak sanggup nak sebut hal ini. Amat terasa jika ini disampaikan kepada pesakit.  Pesan saya kepada rakan senasib dengan saya kuatkan semangat. Banyakkan berdoa. Baca Quran. Bermaafan. Bersede...

Jom Lawat Kedai Saya

 Berminat hendak tempah buku tulisan saya?  Sila lawat https://shp.ee/ptphseu