Catatan

Penyakit Hilang Ingatan

Imej
  Setelah memasuki usia emas ni saya ada satu perkara yang hendak dikongsikan iaitu masalah hilang ingatan. Tambahan bagi kita yang ada penyakit kronik atau yang melibatkan kemurungan. Foto oleh:http://93quotesz.blogspot.com/2018/03/kata-kata-mutiara-bijak-islami-terbaik.html Boleh dicam jika kita tahu bagaimana ianya terjadi. Ia amat merbahaya jika terjadi di luar rumah mana tak tahu nak balik rumah. Jika ini terjadi maka seseorang itu akan hilang terus ingatan dia tentang dirinya. Sering terjadi juga kepada mereka yang kemalangan namun apa yang saya nak sentuh inilah hilang ingatan akibat tekanan hidup berpunca kerana penyakit, masalah peribadi, masalah keluarga. Saya sentuh hal ini kerana ada sahabat dan keluarga sebelah isteri saya jadi begitu dan hingga kini terus hilang identitinya. Perubatan menyebut penyakit Alzheimer kita sebut nyanyuk. Dikatakan otak kecut. Rakan-rakan bidang perubatan boleh membantu saya menghuraikan masalah ini. Oleh itu ada beberapa perkara perlu die...

Khas untuk Warga Muar JDT

Imej
Kami ingin membantu seramai mungkin anda yang mempunyai masalah menggunakan perkhidmatan dobi terutamanya yang melibatkan kesucian dan kebersihan dalam islam.  Hadith :  Dari Abu Malik Al-Asya’ari RA katanya : Rasulullah SAW bersabda  “Bersuci membersihkan diri (zahir dan batin) adalah setengah daripada iman..”  (Riwayat Muslim) ✨ DOBI MUSLIM MUAR ✨ 🔹Dry clean🔹Treatment Laundry🔹Cucian biasa🔹Cucian langsir🔹Cucian skirting🔹Cucian alas meja🔹Cucian sarung kerusi🔹Cucian cadar🔹Cucian selimut🔹Cucian comforter🔹Cucian toto🔹Cucian karpet lembut🔹Cucian karpet keras🔹Melipat pakaian🔹Menggosok pakaian🔹Dryer + melipat pakaian🔹Dryer 🚗 Servis dobi ambil & hantar dicaj mengikut jarak kawasan  NooresLaundry  🏠Lorong Mohd Derus Jalan Bakariah Muar 📳01135929022 👤En. Nizam - Bersih & Wangi keutamaan kami -

Jangan Mudah Tertipu Dengan Scammer

Imej
Ketika membaca berita yang berbunyi "Seorang pesara ditipu oleh Scammer sebanyak RM60 ribu" saya merasa amat sedih. Kenapa terjadi begitu? Antaranya ialah; kurang cakna jenayah cyiber, kurang ambil peduli masalah sekitar, menganggap media sosial sebagai tidak penting. Sebelum wujud Face Book, Twitter, Instagram, Linkedin, Whatsap sudah ramai yang terkena dengan penjenayah cyiber menerusi email dan panggilan telefon bimbit atau telefon rumah. Kakak ipar saya sudah fobio jika telefon rumahnya berdering kerana 'pihak bank' sering mengubunginya yang mengatakan dia ada berhutang dengan bank tertentu. Sejak saya bersara dua tahun lalu, Scammer sering menelefon ke telefon talian tetap di rumah saya. Berbagai-bangai agensi mereka gunakan kaedah penipuan. Misalnya dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, PDRM, JPJ, Pos Malaysia, Bank, Mahkamah dan sebagainya. Kaedahnya cukup licik dan menyakinkan. Viral mengenai penipuan mereka sering kali telah didedahkan dalam media cetak, media sos...

Pengalaman Berpuasa Sebagai Pesakit Buah Pinggang

Imej
Sekadar menyentuh Puasa dan Pesakit Kronik. Sebelum datangnya bulan Ramadan saya sudah membuat sedkit soal selidik dengan pesakit yang dah lama (ada yang dah 11tahun) menjalani rawatan Dialisis. Mereka kata ikut kemampuan. Nurse di pusat Dialisis juga memberi panduan, misalnya jika berlaku komplikasi semasa proses cuci darah dilakukan elok berbuka. Pendapat ilmuan agama Islam juga dirujuk yang mengatakan bahawa boleh tidak berpuasa jika memudaratkan. Justeru,  pendekatan diambil memulakan  berpuasa dengan berdoa kepada Allah agar diberi perlindungan serta mengharapkan puasa-puasa terdahulu dapat memberi kekuatan kepada jiwa dan fizikal kepada saya. Alhamdulillah dengan 'Power of Doa' saya dapat meneruskan puasa sepanjang bulan Ramadan lepas tanpa sebarang gangguan walaupun saya sudah membuat congak bahawa kemungkinan saya akan meninggalkan puasa sebanyak 12 kali. Allah memudahkan proses rawatan Dialisis bermula seawal jam 6.30 pagi di mana baharu sahaja bersahor ki...

Universiti Kebangsaan Malaysia Menyambut Ulangtahun Ke-50 Tahun

Imej
| Persatuan Pesara UKM | Tan Sri Noor Azlan | Pelajar Mengamuk | Bilik G104 -1| Selamat Tinggal | | Penghargaan  | Bilik G104 -2 | Konvokesyen Istimewa | Ismail Ibrahim | UKM Rumah Kedua | Kaya Hanya Seringgit | Anugerah Bitara | Kami Akan Pergi | UKM 46 Tahun | Muzium Bergerak | UKM dan Jakarta | UKM di Kemboja | Khidmat Masyarakat | Polis UKM | Kerana UKM | Dia Dah Tiada | Askar UKM | Pelajar UKM Gagah | Berita Portal UKM | Tan Sri Sharifah Habsah  | Fotografi di UKM | Unsung Hero | Kurangkan Alasan | Askar UKM Berperang | Misi di Udara UKM | Latihan Menembak UKM | Mobaliti Pelajar UKM  | Hutan Simpan Bangi | Kerja Malam Dalam Hutan | UKM di Hulu Dong | Mobaliti Pelajar UKM 2010 | Kriket dan UKM | Saya dan Pelajar  | Di Mana Nana | Emosi di Konvokesyen | Saya di Berunei | Perakam Sejarah | Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM) akan menyambut ulangtahun kelahiranya ke-50 pada 18 Mei 2020. Sebagai pesara berbangga dengan usia UK...

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Imej
Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Boleh baca kisah kerjaya saya di blog  kisahraai.blogspot.com Pada tahun 2000 mata saya menghadapi masalah. Mata sebelah kiri, saya istilahkan sebagai 'buta' sebab tidak mampu melihat kabur dan gelap. Sehingga kini saya melihat dunia yang indah hanya dengan mata kanan. Pada 16 April 2018 hari akhir saya bertugas dan membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UKM (NC ketika itu), YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Beliau terkejut apabila saya memberitahu masalah mata saya. Apa tidak terkejut sebab sepanjang bertugas membuat liputan gambar ke mana saja beliau pergi, saya melakukan kerja seperti tiada masalah. Sepanjang saya bertugas di UKM banyak kejayaan saya capai. Paling membawa kenangan tahin 2017 saya diberi Anugerah Bitara Kecemerlangan dan pada tahun 2018 saya disemat Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPeryuan Besar Negeri Sembilan. Semua kejayaan s...

Cabaran Kita Ketika Corona Covid-19

Imej
Ketika Perdana Menteri  Yang Amat Berhormat   Tan Sri   Dato'   (Dr)   Haji   Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) seluruh Malaysia pada 16 Mac 2020 ramai rakyat merasakan satu kejutan yang tidak diduga. Namun bagi warganet PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 itu tidak mengejutkan sangat kerana beberapa hari sebelum telah tular mengenai PKP ini cuma mereka tidak jelas bentuk PKP yang akan dilaksanakan. Akhirnya pada 18 Mac 2020 bermulalah PKP yang meminta agar semua rakyat tidak keluar dari rumah. Bukan sekadar tidak keluar rumah malah rakyat tidak dibenarkan pergi bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan. Beberapa perkhidmatan dibenarkan menjalankan operasi  seperti operasi pos, bank, pasaraya, kedai 24 jam seperti KFC, Mac Donald,Eleven, kedai-kedai runcit.  Rakyat digalakkan bekerja dari rumah atau jika perlu ke pejabat hendaklah menunjukkan surat kebenaran ketua jabatan.   Mungk...