Catatan

Persatuan Pesara UKM

Imej
Semalam saya dan isteri hadir ke mesyuarat Agong Persatuan Pesara UKM Ke-8 buat kali pertama. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Senat UKM, bilik yang mempunyai taraf yang tinggi bagi sesebuah universiti. Setelah bersara sebenarnya sukar untuk hadir ke bilik ini kerana ia hanya tempat mesyuarat-mesyuarat tertentu sahaja dapat dibuatkan kat sini. Kebanyakkan yang hadir terdiri dari kalangan pesara UKM yang telah lama meninggalkan kerjaya kerana bersara wajib. Syukur, kami masih diberi tenaga untuk menunaikan tangungjawab sebagai ahli serta jawatankuasa. Mesyuarat berjalan dalam suasana santai dengan dimulakan dengan majlis perasmian oleh  YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor, Naib Canselor UKM.  Naib Canselor melahirkan rasa bertuah kerana berada di dalam kalangan orang-orang yang hebat sebelum ini. Beliau juga menzahirkan rasa terima kasih kerana pesara UKM masih menunjukkan cinta mereka kepada UKM. Beliau secara bergurau, mungkin ada dari kalangan pesara sebaya...

Itulah Kali Terakhir

Imej
Menjadi rutin saya apabila bangun pagi sebelum Subuh akan membuka telefon untuk melihat pesanan pada Whatsap, Facebook dan SMS. Saya berbuat demikian kerana sudah menjadi budaya sejak masih bekerja kerana nak baca jika ada pesanan segera. Setelah bersara ialah kerana nak lihat kalau ada berita penting maklumlah ada anak yang tidak tinggal bersama setelah mereka berkahwin. Lagi pula, saya pernah terjadi ada pesanan tentang kematian rakan yang lewat diketahui. Pagi tadi benar-benar mengejutkan saya apabila membaca mesej daripada Ikhwan Hashim, rakan setugas dulu. Haji Ramli Adnan telah kembali ke Rahmatollah malam tadi. Saya terkejut. Saya jadi tidak percaya. Tapi janji Allah saya tetap percaya bahawa kematian akan  berlaku pada bila-bila masa dan di mana saja. Saya membuka FB. Be nar. Ramli telah tiada. Apa sakitnya, fikir saya. Saya menduga mungkin berlaku komplikasi kerana setahu saya Haji Ramli ada mengidap Diabetes dan Darah Tinggi. Mungkin. Tapi saya masih belum ...

Tan Sri Noor Azlan Ghazali yang saya kenal

Imej
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Semua warga UKM pasti kenal beliau kerana Tan Sri adalah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia sejak 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2018. Saya mengenali YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali   kerana beliau adalah bos besar UKM ketika saya masih bertugas di UKM. Sebagai Jurufoto, saya salah seorang yang kerap mengikut pergerakan beliau boleh dikatakan ke seluruh pelusuk UKM, Malaysia malahan hingga ke luar negara. Seorang yang suka membawa perubahan. Mengajak warga UKM berfikir di luar kotak. Bila bercakap soal ekonomi itulah kesukaan beliau kerana Tan Sri Noor Azlan  adalah pakar ekonomi. Saya masih ingat, pada awal perkhidmatannya sebagai Naib Canselor (NC) Tan Sri Noor Azlan  membuat kejutan dengan memanggil semua Jurufoto dan karyawan foto UKM ke satu pertemuannya dengan beliau di Bilik Mesyuarat Naib Canselor. Pada saya "apa hal seorang yang agak tinggi jawatan d...

Dari Catatan Saya Kepada Dr. HM Tuah.

Imej
Saya pernah menulis emel kepada Pakar Motivasi dan penulis buku Dr HM Tuah  Al-Haj pada tahun 2016. Beliau telah memuatkan tulisan saya ini ke dalam Facebooknya. Terima kasih Dr HM Tuah. Sila tekan pada gambar untuk imej lebih besar.

Setelah Anda Bersara

Imej
Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara...

Menjadi Individu Hebat?

Imej
Sebelum saya berangkat mengerjakan umrah mulai 5 hingga 15 November 2018 saudara Pauzi Paimin dari Pusat Profesional UKM menghubungi saya untuk meminta menjadi ahli forum Program Jati Diri pada 26 November 2018. Saya bersetuju. Rakan sejawat boleh membantu untuk kecemerlangan kita tetapi jangan jadikan mereka mangsa untuk kehebatan kita   Jam 10.30 pagi 26 November saya tiba di Dewan Utama Pusat Siswazah UKM. Jika dulu saya hadir sebagai Jurufoto, Kali ini saya hadir sebagai ahli forum. Wauu, terasa hebat. Saya akan berada di pentas itu yang sering kali diduduki oleh orang-orang hebat. Tokoh-tokoh terkenal, tetapi hari ini saya seorang pesara yang dulunya hanya seorang kakitangan sokongan UKM. Saya bersama  Prof. Dato' Dr. Teo Kok Seong, Fellow ATMA dan KITA UKM dan Tuan Haji Khalis bin Mohd Salleh mantan Timbalan Pendaftar UKM  duduk sebaris di atas pentas. Topik yang saya akan bincangkan nanti ialah Jati Diri.  Setelah dua orang ahli panel membe...

Umrah Kedua 2018/1440

Alhamdulillah pada 5 November 2018 bersamaan 27 Safar 1440 saya, isteri dan puteri bongsu Nur Aqilah berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dengan singgah di Madinah sebelum berangkat ke Mekah pada 8 November. Syukur Alhamdulillah penerbangan SaudiAir selamat mendarat di Madinah setelah singgah di Ryaid selama sejam walaupun tertanggu sehingga dua jam di Lapangan Terbang KLIA keana cuaca buruk............ Sila baca catatan seterusnya di Umrah Mencari Keredaan Ilahi  (sila klik pada tajuk)