Catatan

Banjir Kelantan 2014

Kelantan bukan tanah tumpah darah saya. Saya tidak mempunyai darah daging di sana. Namun hati saya membuak-buak ingin membantu ketika berita mengatakan Kelantan banjir besar. Ketika bersolat hajat di UK Perdana pada 26 Disember 2014 selepas solat Jumaat, saya gagal menahan air mata sedangkan waktu itu hujan mencurah-curah di luar masjid. Manakala bumi Kelantan sedang dipenuhi dengan air bah. Langit sekitar Kuala Lumpur hingga ke Bangi gelap. Hujan turun 24 jam. Tahukah kita bahawa waktu itu penduduk yang terlibat sedang membawa anak-anak, isteri, ibu mereka ke tempat lebih selamat. Untuk catatan seterusnya sila klik di sini Banjir Di Kelantan 2014

Seminar Foto pada 18 Disember 2014

Imej

Inilah yang saya perolehi

Imej
Sering saya katakan, doa kita adalah permintaan agar Allah kabulkan. Namun bagi saya ada waktunya doa Ibu paling khudus yang harus kita fikirkan. Saya pernah menceritakan bahawa pernah gagal dalam temuduga untuk menjadi polis. Pernah ditegah oleh ibu dari menyertai tentera. Mungkin, kalau ibu saya mendengar kisah-kisah ibu-ibu syuhadah pada zaman Rasullah pasti beliau akan membenarkan saya bergadai nyawa menjadi pasukan keselamatan! Tetapi saya tidak kesal....... namun ketentuan Ilahi adalah segala-galanya apabila semasa hayat saya telah mengecapi apa yang saya hajatkan. Saya berpeluang memegang senjata api. Kerana jiwa saya teapa teringin mencuba mencari kelebihan itu, biarpun turget saya bukanlah mengena 100%....    Ketika saya tinggal di kampung empat puluh tahun dulu sering melihat helikopter tentera terbang rendah ketika operasi pengganas komunis di sempadan Malaysia Thailand. Minat untuk menaiki helikopter tetap tersemai. Mengecapi impian itu bukanlah perkara ...

Kursus Fotografi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Kursus Fotografi Udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

Al Quran | Pengakuan Ikhlas Seorang Sahabat

Imej
Pagi tadi saya menulis begini di halaman FaceBook (FB) " Masih teringat kandungan khutbah semalam. Kalau ada org hina Quran, pijak dan membuang di tempat yg tidak sepatutnya semua umat Islam mengamuk. BAGUS kita bertindak mengamuk. Tetapi sedarkah kita bahawa telah lama mengabai Al Quran dengan tidak membaca, tidak menurut hukum yg terkandung di dalamnya. SAYA TERSENTAK! " Memang kandungan khutbah yang disampaikan oleh Khatib Masjid UKM menyentuh hati saya. Pada hemat saya setiap kali menjelang sambutan Nuzul Quran di mana-mana masjid akan menyentuh kepentingan membaca, memahami tafsiran, mengamal apa yang terkandung di Al Quran. Kehebatan Al Quran tidak dapat dipertikaikan lagi kerana Ia adalah Mukjizat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulallah SAW. Kerana kehebatannya kalau ada orang yang menghina Al Quran pasti akan dikecam oleh seluruh umat Islam, Alhamdulillah.  Saya masih ingat arwah emak walaupun beliau mampu mengajar saya mengaji Quran, na...

Lagu Raya

Malam ini sudah masuk hari ke-17 umat Islam menyambut Ramadan Al Mubarak. Hari Nuzul Quran. Umat Islam akan menyambut Syawal akan tiba.  Manakala  Palestine  terus dibom!  Diantara orang yang berpuasa dengan orang yang tidak berpuasa sudah pasti jauh berbeza. Orang yang berpuasa sudah pasti berselera menjamu juadah diwaktu malam. Tapi orang yang tidak berpuasa sudah tentu makannya tidak sempurna kerana perlu makan secara sembunyi-sembunyi. Jadi, jika ada yang masih belum berpuasa maka esok kena puasa! Pastinya dalam masa yang masih berbaki anda akan merasai nikmatnya berpuasa. Tanyalah anak-anak apa yang menarik ketika berpuasa, mereka akan menjawab "makan dan minum". Begitu juga "lagu raya". Cuba dengar dalam bulan Ramadhan tentu sekali lain rasanya. Tidak sama jika anda mendengar diluar bulan Ramadan dan Syawal. Walaupun saya kurang bersetuju pasaraya memasang lagu-lagu raya diawal Ramadhan seolah lebih mempromosi raya dari puasa. Namun saya ingin meng...

Wabak Denggi

Kisah Denggi memang menyeramkan saya. Puteri saya telah mengidap Denggi hampir setahun lalu. Saya ketika itu diganggu resah kerana puteri kedua dimasukkan ke ICU Hospital Serdang, Selangor selama 4 hari 3 malam. Kisah itu telah saya catatkan di < sila klik > Pada hemat saya eloklah kita fikirkan kaedah pencegahan yang mampu dilakukan seperti telah sedia maklum sebelum ini seperti tidur dalam kelambu, sembur racun nyamuk, musnah tempat pebiakan dan sebagainya. Jangan buka pintu dan tingkap sekitar jam 5 petang hingga 8 malam. Jangan keluar rumah ketika hampir malam. Rasullah SAW sendiri dalam hadithnya melarang kita keluar ketika itu kerana ramai makhluk halus berkeliaran. Pastinya makhluk halus itu termasuk nyamuk Aedes! Jangan tidur selepas Asar. Selain dapat penyakit tidak siuman dan lemah fikiran ia juga ada kaitan dengan aktifnya nyamuk Aedes waktu itu. Jangan tidur selepas Subuh. Selain akan dapat penyakit malas, ia juga ada kaitan dengan kegiatan nyamuk Aedes. It...