Catatan

Selagi Ada Kudrat

Imej
Kami semakin mesra

Sedutan ucapan saya selaku Pengerusi Sambutan Hari Raya Alumni IKBN Peretak

Imej
Saya hanya merancang Allah jua yang memberikan rahmatNya. Apakah ini buah tangan saya terakhir? Di hujung tahun 1977 saya meninggalkan bumi IKBN Peretak dan balik ke kampung. Dua minggu saya menjadi seorang anak muda yang murung. Sehinggalah suatu hari Ibu saya bertanya kenapa jadi begitu. Sakit ke atau sebagainya? Tuan-tuan dan puan puan, saya menjadi seorang perindu pada sebuah kebisingan dunia IKBN waktu tu Pusat Latihan Belia Negara. Saya memaklumkan kepada Ibu bahawa saya rindukan hilai tawa rakan-rakan yang berada di peretak. Ketika itu dunia komunikasi  hanyalah surat. Namun untuk mengirim surat sebenarnya tidak semudah kita jangkakan kerana tidak semua rakan-rakan dapat membalas surat kita. Acap kali saya ke Bukit Freaser saya melalui PLBN Peretak. Wajah Cikgu Majid, Cikgu Haidar, Miss Gomes (yang kami angggap aunte ketika itu), beliau terkenal dengan bebelannya. Masakkan asam manis tukang masak IKBN yang saya rindui. Itu adalah senario 30 tahun dulu. Kedewas...

Rahsia, Rahmat dan Inilah Takdir Allah.

Imej
(Maaf, kerana saya ingin mencatatkan sebuah kisah yang agak berat pernah saya lalui namun tidak seberat yang dihadapi oleh insan lain). 4 Julai 2011: Ketika saya terjatuh di hutan bakau Jeti Kilim, Langkawi Geopark semasa bertugas di sana sebenarnya semangat saya merudum hampir lapan puluh peratus. Saya diangkat orang lima atau enam orang ketika kaki tersepit di akar bakau. Lebih membuatkan saya lemah semangat ialah terdapat bunyi dibahagian kaki. Akhirnya saya dapat tahu ia adalah bunyi akar pokok bakau. Namun selepas itu pening seperti hendak pitam. Dalam topik Kerjaya dan Resiko telah saya catatkan kisah ini.  Saya dibawa ke Hospital Langkawi. Hampir satu jam setengah baru dapat dapat bertemu doktor. Baru saya merasai bagaimana Hospital Langkawi memberi menafaat kepada penduduknya. Sehingga 7 Julai saya masih menderita sakit. Namun pada 8 Julai saya masih meneruskan tugas ke Skudai, Johor dan pada 14 hingga 19 Julai saya ke Sabah. Tugas saya teruskan kerana memikirkan saya ...

Kerjaya dan Resiko

Imej
33 tahun lalu ketika saya sukar untuk memperolehi pekerjaan ibu agak sukar membenarkan saya memohon kerjaya tentera mahupun polis. Namun suatu hari dalam tahun 1979 saya mencuba nasib memohon jawatan polis dengan harapan boleh menjadi jurufoto PDRM. Ibu mengizinkan dengan helah saya itu. Saya gagal kerana saiz dada saya tidak besar. Mungkin juga perasaan ibu yang sukar menerima saya menjadi polis maka kegagalan itu ada kaitan dengan doa ibu? Kalau takut dilambung ombak, jangan bermain laut. Resiko tetap wujud dalam apa juga kerjaya. Sejak 1979 saya menjawat jawatan jurufoto di UKM. Ibu lega. Namun ibu tidak tahu kerjaya ini mempunyai risiko tersendiri. Cuma ibu tidak memahami kerjaya ini kerana dia hanya mengetahui kerja ini hanya merakam gambar. Saya sering mengikuti beberapa kursus mengenai cara menangani risiko di tempat kerja. Apa yang saya faham semua kerjaya mempunyai risiko tersendiri. Kita tidak boleh menganggap semua kerjaya mempunyai risiko maut hanya ada pada tentera,...

Saya mengembara lagi.

Imej
2 Julai 2011, 9.40 pagi: Saya sampai untuk ke sekian kali di Langkawi. Kali ini saya datang untuk membuat rakaman kegiatan UKM Global Student Mobality Partnerships 2011 kali ketiga. Cuaca di Langkawi cerah dan menarik untuk merakam gambar. Hari pertama kami melawat Underwater World yang terletak di Pantai Cenang. Pertama kali masuk ke sini dengan layanan VIP (tanpa bayaran). Maklumlah UKM bukan baru dengan Langkawi. Kerana UKM telah mengusahakan taraf Geopark kepada Langkawi. Kuliah di lapangan oleh Prof. Dr Safie 3 Julai 8.40 pagi: Hujan turun dengan lebat di Langkawi Geopark. Perjalanan bas UKM ke Kompleks Galeri Lestari UKM di Langkawi. Program ini dibuat memandangkan hujan amat lebat dan tidak sesuai untuk semua pelajar pergi ke Telaga Tujuh.  Galeri ini menempatkan bahan-bahan pameran mengenai Langkawi Geopark. Lestari UKM bertanggungjawab membangunkan galeri berhampiran setesen Kereta Kabel Langkawi. Oleh kerana hujan masih turun dan cuaca di persekitaran Puncak Matcin...

Sila klik berita yang tersiar di Portal Berita UKM

SKUDAI, JOHOR , 13 Julai, 2011 – Pasukan Kor Suksis (Sukarelawan Polis Siswa Siswi) UKM turut hadir di Majlis Perbarisan Tamat Latihan dan Penyampaian Sijil bagi IPTA seluruh Malaysia ke7 di sini Ahad lalu....... Lihat seterusnya

Di pertemuan ini: Alumni IKBN Peretak dan Reunion 2011

Imej
10.15 pagi: Saya memasuki perkarangan Institut Kemahiran Belia Negara Peretak di Kuala Kubu Bharu, atau lebih tepat Ampang Pecah. IKBN ini merupakan tempat baru yang menggantikan IKBN lama yang kini telah menjadi Empangan Sungai Selangor. Saya terpesona IKBN baru kerana memiliki ciri-ciri sebuah kolej pengajian yang cantik, selamat dan amat sesuai melahirkan belia-belia berkemahiran tinggi. Saya tidak mengharapkan untuk bertemu rakan-rakan lama ketika berada di IKBN kerana pada saya mereka mungkin tidak dapat hadir, kerana tidak tahu, sudah uzur dan sebagainya. Maklumlah rakan-rakan lama yang sama-sama bergaul ketika berkursus di IKBN pada tahun 1977 sudah berusia. Kalau ada mungkin mereka sibuk dengan tugas. Saya agak bertuah kerana Azmi yang bertugas di Jabatan Penerangan dapat ikut serta. Walaupun ada waktunaya Azmi sering sibuk kerana tugasan di dalam atau luar negara. Tapi semasa saya datang untuk mendaftar diri, beliau sudah datang lebih awal. Rakan-rakan yang hadir semuanya ...