Catatan

Papan tanda, dinding rumah pangsa dengan iklan haram

Imej
Satu kaedah membuat promosi perniagaan kita ialah dengan mengadakan iklan. Iklan boleh dibuat di berbagai medai. TV, radio, akhbar, laman web, blog papan iklan dan sebagainya. Iklan di media begini sudah semestinya kena bayar. Harganya tidak murah malahan hingga puluhan ribu ringgit. Siapa yang mampu dan syarikat besar sahaja yang boleh mengiklankan jenama mereka di media yang saya sebut tadi. Paling murah mungkin dengan membuat salinan foto copy dan disisihkan dalam akhbar harian atau mingguan. Kadar bayaran yang munasabah akan dikenakan oleh pengedar akhbar. Membuat banner juga mampu menjual produk kita dengan kos yang murah. Saya terpanggil untuk mengulas satu siaran TV baru-baru ini mengenai iklan haram yang ditampal di merata tempat. Paling menyedihkan ditampal pada papan iklan orang lain. Ada yang berani menampal pada papan tanda arah yang dibina oleh majlis perbandaran mahupun daerah. Apa sudah jadi ni? Saya pernah ternampak iklan ini di tampal pada tanda arah stese...

Jurufoto mesti berilmu

Apabila seorang rakan menelefon saya pagi tadi memberitahu masalah yang sedang dihadapinya mengenai anak lelakinya yang terlalu gilakan kamera sehinggakan tidak mahu belajar ke tingkatan empat setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR membuatkan saya bergurau dengan dengan kata-kata berikut, "aku dengar masalah kau ni sampai terasa geli kepala lutut". Dia ketawa, namun ketawa dalam kekeciwaan. "Aku bukan apa....Raai, keputusan dia bagus. Ada A...kalau dia sekolah sekarang ni dah tingkatan lima. Ni tak dia beli kamera sampai dua tiga ribu siap lens yang baik, dengan kawan dia buat job orang kawin sampai ke Kedah la dan berbagai lagi. Aku nasihat, cikgu dia nasihat dia kata cikgu tak pandai. Aku ingat kau kena tolong. Aku dah pening........". Terang kawan saya di dalam telefon denga nada resah tapi saya pasti dia keciwa. Aduhai....kesian kawan saya ni fikir saya. "Kau tak cakap kat dia kena ada SPM lepas tu boleh masuk mana-mana IPT buat diplo...

Hak peribadi, kelurga dan ketua jabatan

Imej
Profesor Dr Kamarudin M Said dalam ucapannya sewaktu merasmikan Hari Keluarga Penerbit UKM ada mengungkapkan kata berikut, "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada isteri dan suami serta anak-anak yang memahami budaya kerja suami, isteri dan ayah. Mereka ini bekerja tanpa mengira masa, ada waktunya tidak pulang ke rumah hampir seminggu kerana menjalankan tugas demi UKM khasnya". Dalam satu perhimpunan yang besar kerenah tetap wujud yang menguji kesabaran antara satu dengan yang lain. Menurut Prof Kamarudin, budaya kerja ini menjadi satu kebiasaan kepada warga Penerbit UKM lebih-lebih lagi apabila melibatkan majlis-majlis besar yang akan dilangsungkan atau sedang berlangsung. Andai beberapa tahun dulu membawa anak, kini mendukung cucu pula Lazimnya warga Penerbit UKM sudah biasa berkampung, tidur dalam satu bilik hotel mahupunhj chalet apabila menjalankan tugas di luar kampus. Namun mengumpulkan staff bersama keluarga hanya mampu dilakukan sesekali sahaja...

Hamba Allah yang istimewa

Imej
Pusat Latihan Orang Kurang Upaya, Bangi memberikan pengetahuan istimewa kepada saya petang tadi. Saya hadir ke situ untuk mengambil kaki palsu Fairus, anak saudara kepada isteri. Kaki palsu yang telah ditempah oleh Fatimah adik ipar saya seminggu lepas.  Anaknya Fairus mengalami kecacatan pada kaki kiri setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu. Akibat kemalangan itu Fairus tidak dapat bergerak dengan sempurna. Fatimah ibu kepada Fairus mengharungi kepayahan anaknya demi masa depan agar cerah dikemudian hari telah memohon kaki palsu dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Kerana Fairus saya dapat mengenali bengkel membuat kaki tiruan itu dan dapat berkenalan dengan Haji Hajarudin yang telah bersara wajib ketika usia 56 tahun empat tahun lalu. Kini Haji Hajarudin menyambung tugas itu secara kontrak. Dalam usia 60 tahun Haji Haja mampu menjadi pereka kaki tiruan disamping mengajar kepada pelatih-pelatih di situ bagaimana menghasilkan an...
1965: "Siapa yang tak boleh tulis ejaan ini tak boleh keluar makan", kata seorang Cikgu wanita dalam darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani. Sambil makan biskut lemak empat segi keras, dia meneguk air teh O. Saya menahan sedih sebab sedang dahaga. 1969: Apabila motosikal Honda 50 Cikgu Hamidah memasuki kawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Lembu, Sungai Lalang, Kedah semua budak sekolah yang sama darjah dengan saya memandang kepadanya. Mana tidaknya dibelakang Cikgu Hamidah tertenggek saya menjadi penumpangnya. Ramai yang kata aku anak emas Cikgu Hamidah. 1974: Guru Sains kecil molek menyuruh kami membuka muka surat.....tetapi meninggalkan bab persenyawaan. Kami pelajar lelaki membantah kenapa tak nak ajar bab itu. Kata guru tersebut baca sendiri. Kalau tak faham nanti tanya Cikgu Ismail. Semuanya tinggal kenangan. Selamat Hari Guru.

Ibu ratu hatiku

Kisah 1: "Bang...minta duit sikit.....". Saya menghulurkan sedikit wang kepada wanita itu dan saya pasti dia seorang wanita  yang kurang berakal. Namun pertemuan di masjid membuatkan saya berkata di dalam hati dia seorang hamba Allah yang baik. "Anak dah tak ada...dia hisap dadah, sekarang polis jaga dia. Terima kasih Bang bagi duit ni. Mudah-mudahan Allah bagi rezeki murah esok ya....". Wanita pergi meninggalkan saya denga seribu pengertian. Kisah 2:  Ibu ini ketawa riang apabila membaca pesanan ringkas daripada anaknya mengucapkan selamat Hari Ibu. Wanita ini seorang isteri yang terpaksa melakukan apa saja tanpa ditemani suami. Walhal ketika mendaftar anak di sebuah kolej pun dia hanya pergi tanpa suami. Kisah 3: "Mak Cik sakit apa?" tanya saya kepada seorang wanita disebuah hospital ternama di Ibu Kota. "Mak Cik sakit jiwa Nak....." Saya tinggalkan dia dengan sedikit wang. Seperti kisah pertama tadi, wanita itu m...

Apa yang kita harapkan

Imej
Ketika  tiba di Pantai Tanjung Gemok, Kuala Rompin mata saya kagum melihat Laut China Selatan yang luas. Ombak memukul pantai, angin menyapa muka saya dengan lembut. Ramai rakan-rakan peserta sedang bermain air laut. Keasyikan mereka langsung tidak menghiraukan kehadiran saya, mereka jauh lebih seratus meter dari pantai sedang asyik memukat ikan bersama-sama nelayan pantai yang mahir dengan laut. Saya gemar dengan pantai di Laut China Selatan kerana pamandangannya yang luas, air bersih dan terhindar dari aktiviti laut yang membuatkan laut tercemar dengan minyak boat dan kapal. Tanjung Gemok terletak berhampiran Kuala Rompin, Pahang menghala ke Mersing, Johor. Oleh kerana saya tiba hampir malam dan masih letih kerana memandu selama lima jam dari Bangi, maka tidak mengendahkan laut yang tidak menghasilkan Sunsite. Maklumlah Pantai Timur akan suram waktu senja kerana ketiadaan lembayung petangnya. Keesokkan hari selepas solat Suboh saya ke pantai sekitar pukul 6.15 pagi. Hasra...