Catatan

Kriket dan anak-anak tempatan

Imej
Berada di gelanggang kriket selama 6 atau 7 jam bukan suatu perkara yang mudah. Pemain bertukar warna kulit kerana dibaham bahang matahari selama beberapa jam. Namun untuk menentukan kemenangan di pihak mereka, soal panas, warna kulit berubah tidak menjadi perkara utama. Saya bukan pemain kriket. Malahan saya mengenali sukan kriket hanyalah kerana berkesempatan membuat liputan fotografi bermula Pertandingan Kriket Versiti Asia bulan Disember 2009 di Bayuemas Oval dan Kinrara oval. Paling perit apabila perlu berjemur di tengah panas terik selama berapa jam untuk mencari sudut-sudut terbaik. Saya juga menghadapi kesulitan apabila tidak tahu langsung sistem permainan kriket. Akhirnya dengan bimbingan pegawai sukan UKM saya dapat memahami cara sesuatu pasukan memperolehi kemenangan. Pada 23 hingga 27 Mac 2010 sekali lagi saya terlibat dengan liputan foto untuk Kejohanan Kriket UKM Twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi Malaysia di UKM Oval dan Bayuemas Oval. Kali ini, pasukan yan...

Ada waktunya kena menyamar

Imej
Rakan-rakan yang tinggal di taman perumahan saya merungut  kerana ada pembuangan sampah haram berhampiran taman yang menyebabkan bau busuk sampai ke rumah masing-masing. Hari Jumaat lepas (19 Februari 2010) saya sempat melihat dari jauh dengan bantuan seorang anggota polis yang kebetulan membuat rondaan dengan 3 orang anggota polis lagi. Dari jauh saya lihat sudutnya tidak memuaskan untuk dijadikan bukti kepada pihak berkuasa. Hari Sabtu semalam, dengan bantuan seorang jiran saya telah ke lokasi tersebut dengan membuat penyamaran berisiko tinggi. Saya fikir sudah tentu orang yang melakukan kerja tersebut sudah tentu mempunyai penjaga bagi mengawasi kawasannya. Dengan menyamar saya dan jiran dapat sampai ke tempat tersebut begitu mudah. Jiran saya membawa cangkul, saya membawa sebuah baldi berisi sebuah kamera SLR berserta lens Zoom wide dan Telefoto. Ahhh risiko juga apabila sesampai saya ke tempat tersebut datang sebuah lori untuk membuang sampah. Tidak lama kemu...

Sampah Oh Sampah

Imej
Masalah tong sampah di kawasan Taman Desa Sentosa Fasa 2 nampaknya macam tidak boleh diselesaikan dalam waktu terdekat ini. Pada hemat saya kalau hendak menyelesaikan dengan cara murah dan tahan lama mungkin cadangan saya boleh diambil kira. Andainya untuk menggantikan tong sampah dengan besi memakan belanja yang banyak, saya fikir MPS boleh menukar tong sampah yang telah rosak dengan membangunkan tong sampah konkrit seperti gambar yang dipamerkan di laman ini. Klik untuk lihat keluhan sebelum ini. Lihat masalah ini di Twitter

Sampah dan Tong Sampah- Mohon Majlis Perbandaran Sepang ambil perhatian

Imej
Sampah oh sampah. Geli pula nak diceritakan di sini. Tapi apa boleh buat inilah hakikatnya apa yang berlaku di kawasan rumah kami di Taman Desa Sentosa Fasa 2, Teras Jernang dalam penguasaan Majlis Perbandaran Sepang (MPS). Apa yang ingin saya ketengahnya di sini ialah keadaan tong-tong sampah yang telah rosak dan tidak digantikan oleh MPS. Semua tong-tong sampah telah pecah, menyebabkan sampah berselerak dan mencemarkan keadaan taman. Keadaan ini menjadi lebih sukar kerana terdapat parit berhampiran di blok Jasmine. Parit ini mengalir ke Sungai Langat. Apa yang akan terjadi jikalau tidak diatasi dengan segera. Kemana perginya wang cukai pintu yang kami bayar setiap tahun lebih dari seratus ringgit?  Kawan-kawan setaman sudah keciwa dengan MPS kerana  gagal mengatasi masalah ini. Keadaan ini telah dilapurkan kepada MPS, namun tidak ada tindakan dilakukan oleh mereka. Saya  merayu agar pihak MPS dapat menyelesaikan masalah ini. Justeru, saya mengharab...

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua.

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan;   "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik  ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menampung kep...

Anak Yatim dan Orang-Orang Tua

Sudah menjadi perkara biasa apabila berjalan-jalan di mana-mana sahaja kita akan bertemu dengan kumpulan atau individu membawa tabung atau surat meminta derma atau sedekah untuk tabung anak-anak yatim dan orang-orang tua. Saya ingin memetik satu tulisan; "Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang sangat banyak tentang anjuran bersedekah. Salah satu hadits yang dikemukakan oleh Imam Ali kw, Rasulullah SAW bersabda, “Barang yang disedekahkan apabila telah lepas dari yang memberi, ketika akan sampai pada tangan penerima, dia mengucapkan lima kalimat.....(baca seterusnya di blog berikut Sila klik ). Kenapa masih wujud kumpulan atau individu seperti ini? Sabtu lepas saya sempat berbual dengan sorang Ustaz yang sudah dikenali sekian lama membuat kutipan sedekah di Bangi. Menguruskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Orang-Orang Tua banyak cabarannya menurut Ustaz Ismail (bukan nama sebenar). "Walaupun kerajaan ada membantu, namun kami perlu mencari sendiri untuk menam...

Tun Fatimah Hashim

Imej