Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sungai

Perhimpunan Mantan Warga Kampung Sungai Batang | Kini Beris Jaya

Imej
Asalnya kami ingin mengadakan secara kecil-kecilan dengan menjemput rakan-rakan Facebook yang merantau untuk berkumpul di Tasik Beris. Mereka adalah anak-anak jati Sungai Batang. Namun sambutannya diluar dugaan apabila terdapat sambutan dari kalangan masyarakat Beris Jaya, maka telah mengubah menjadi satu perhimpunan sebegini. Demikian antara ucapan Prof Madya Dr Chek bin Derasid ketika memberikan ucapan alu-aluan di Majlis Perhimpunan Mantan Warga Kampung Sungai Batang pada petang 28 Disember 2013 yang lalu.  Beliau yang kini merupakan salah seorang warga akademik di Universiti Utara Malaysia yang juga alumni UKM, melahirkan rasa gembira dengan sambuatan yang diluar dugaan itu. Dr Chek juga berharap dengan wujudnya perhimpunan sebegini maka akan dapatlah dilahirkan sebuat kelab atau persatuan yang mampu menganjurkan beberapa aktiviti yang memberikan faedah kepada warga Beris Jaya. Setiusaha Pengerusi Jawatankuasa Kampung Beris Jaya Tuan Haji Rahman Ahmad, pula da...