Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 11, 2023

Selepas Lima Tahun Kita Bersara

Imej
| Kesihatan Dan Wang Selepas Bersara | Setelah Anda Bersara | K etika sampai tarikh bersara kita akan melahirkan rasa syukur tidak terhingga. Tidak kisah kita bersara sebagai penjawat awam atau swasta. Malah ada juga usahawan akan mengambil keputusan bersara apabila tiba masanya. Dalam artikel ini saya ingin menyentuh bersara sebagai penjawat awam dan swasta. Dengan kata lain anda bersara sebagai kakitangan yang makan gaji. Persaraan yang kita ketahui pada masa kini tidak wujud sehingga lebih kurang 200 tahun dahulu. Sebelum Zaman Perindustrian bermula di Eropah dalam tahun 1700an. -@Azizi Ali, Buku Pesara Jutawan. Di Malaysia kini menjadi trend apabila ada kakitangan awam yang bersara awal sebelum sampai tarikh bersara wajib (option). Ada kakitangan yang bersara ketika usia 55 tahun, 58 tahun. Malah ada yang lebih awal. Lebih-lebih lagi jika kakitangan awam telah mencapai tempuh perkhidmatan selama 30 tahun.  Mereka akan memperolehi jumlah pencen bulan sebanyak 60% dari gaji terakhir.