Penyakit Demensia
Oleh: Abd Raai Osman Pernahkah terjadi di dalam keluarga anda anggota keluarga hilang tanpa dikesan. Tidak lama selepas itu ia dihantar oleh orang ramai ke balai polis kerana terjumpa berjalan-jalan di tengah malam. Ada kejadian seorang ayah melarikan diri dari rumah anak menantu kerana merajuk, marah. Ayah lebih baik jika melarikan diri ke rumah orang-orang tua. Ini satu delima keluarga tak kira bangsa dan agama. Banyak ragam akan berlaku jika ianya tidak ditangani dengan bijak atau ilmu. Masalah ini dipanggil penyakit Demensia. Orang Melayu biasanya menyebut penyakit nyanyuk. Apa itu Demensia? Demensia adalah sebuah sindrom yang berkaitan dengan penurunan kemampuan fungsi otak, seperti berkurangnya daya ingat, menurunnya kemampuan berpikir, memahami sesuatu, melakukan pertimbangan, dan memahami bahasa, serta menurunnya kecerdasan mental. Demensia akan berlaku tidak kira usia namun ia mudah terjadi kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Demensia men...