14 Januari 2021

Adap Di Media Sosial

 

Ada individu yang menggunakan Telegram untuk kempen program yang dia sertai.

Apabila saya kata terima kasih dan tak dapat sertai di usia emas ini dan memerlukan masa untuk hari-hari tua boleh dia tulis "Useless".
Kalau dia bermotivasi tinggi janganlah tulis sampai lupa nak tanya latarbelakang saya. Mungkinkah usia saya sama dengan usia ayah, pakcik atau atok dia.
Saya tak mahu serlahkan siapa saya 100% kelak dikatakan riak pula. Hidup ini bukan wang dan harta sahaja ukuran kebahagian. Bagi orang muda ya, kekayaan adalah perlumbaan anda.
Bagi wargamas jarak antara kubur dan dunia lebih difikirkan.

Covid-19 + PKP 2.0 + Darurat

Bulan November 2019 apabila di China berlaku wabak Covid kita buat macam-macam teori, antaranya kerana mereka makan yang bukan-bukan.

Ketika Covid mula masuk ke Malaysia pintu antarabangsa masih dibuka dan pelancong keluar masuk. Ahh kita kata tak apa biarkan demi ekonomi.
18 Mac 2020 PKP di seluruh negara. Semua orang termangu, terkedu dan macam-macam lagi. Masa itu kita kata apa? Pasukan perubatan kita kuat. Pasukan polis kita masih boleh kawal. Lepas itu kita minta askar jaga sekali termasuk Rela, Bomba dan Pertahanan Awam.
Apabila anak yang kerja hospital tak balik rumah kita kena jaga cucu maka baru kita tahu Covid-19 ni bukan calang-calang.
Masjid dan surau buat jarak satu meter kita jadi nak marah. Tapi atas titah Sultan kita takut nak engkar. Mujur ada sultan kalau tak habis alim ulama kita bedal.
Bulan Ramadan kita tak boleh bertarawikh kat masjid dan surau masih boleh senyum lagi sebab kita pun bukan kaki masjid sangat pun....
Hari raya Aidilfitri tidak dapat balik kampung dan dengar lagu Dendang Perantau tua muda mula menangis konon tak dapat balik jumpa mak ayah/mertua. Walhal setiap kali raya dah 20 tahun asyik bergaduh giliran.
Apabila kerajaan tidak benarkan ke luar negara jalan-jalan makan angin/buat umrah/tunai haji baru terasa peta dunia hanya dalam daerah masing-masing. Baru terasa Google Map silap tak buat peta dalam kawasan rumah.
Sekali lagi PKP bermula Januari ini. Semua orang termasuk saya mula pening sebab dah setahun asyik pakai kain pelikat kat rumah. Kadang-kadang pakai kain batik sebab kain pelikat belum kering.
Salah siapa? Virus Covid ni bukan macam air banjir. Kita nampak tinggi kita tak masuk. Bukan macam gelombang laut nampak tinggi kita tak masuk untuk berenang.
Covid-19 kita tak nampak abang dan kakak. Kalau nampak macam Upin dan Ipin kita boleh tangkap masuk ke dalam sangkar.
Ingat berapa ramai petugas hospital yang sudah lemah dan letih, ingat PDRM suka ke nak tahan kita kat sekatan jalan raya.
Ingat tuan-puan adik kakak, berapa yang sudah meninggal tanpa keluarga di sisi. Ingat ada jenazah yang dikebumi tanpa talkin.
Bagi tahulah keluarga di mana-mana ikut saja SOP asal kes Covid menurun. Berhentilah berlonggok kat depan rumah, duduk dalam rumah tengok Quran, buat ganti solat yang lama ditinggalkan. Bayar puasa yang masih terhutang.
Jangan salah sesiapa,
Jangan gila kuasa;
Mati Kita tak tinggal apa-apa,
Keluarga menangis menahan rasa.

13 Januari 2021

Siapa sangka PKP boleh datang lagi

 

1. Jika dulu mak kata bila nak balik? Kita jawab saya sibuklah mak 2. Jika dulu isteri kata jom ikut beli barang dapur. Kita abang sibuk. 3. Jika dulu azan berbunyi di masjid/surau kita kata, solat berjemaah dengan isteri pun boleh. 4. Jika dulu tok guru mengajar di masjid/surau kita kata ustaz tu tak ada tauliah, ustaz tu tak sama fahaman politik. 5. Jika dulu abang atau sesiapa sakit kita kata tungu dia meninggal akan pergi mandikan, solatkan kebumikan dan talkinkan. 6. Jika dulu masa kerja kita mengular nah sekarang bukan mengular lagi tapi dah jadi ular sawa. 7. Jika dulu isteri kata jom pergi umrah kita kata nanti pergi haji terus sebab umrah hanya sunat. 8. Jika dulu orang tanya bila nak pergi haji, kita kata tunggu pencen. 9. Setelah PKP datang lagi setelah darurat pula tu kalau kita mati memang tak ramai yang akan ziarah atau solatkan.

Maaf ini keinsafan diri sendiri.

Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...