| Persatuan Pesara UKM | Tan Sri Noor Azlan | Pelajar Mengamuk | Bilik G104-1| Selamat Tinggal | |Penghargaan | Bilik G104-2 | Konvokesyen Istimewa | Ismail Ibrahim | UKM Rumah Kedua | Kaya Hanya Seringgit | Anugerah Bitara | Kami Akan Pergi | UKM 46 Tahun | Muzium Bergerak | UKM dan Jakarta | UKM di Kemboja | Khidmat Masyarakat | Polis UKM | Kerana UKM | Dia Dah Tiada | Askar UKM | Pelajar UKM Gagah | Berita Portal UKM | Tan Sri Sharifah Habsah | Fotografi di UKM | Unsung Hero | Kurangkan Alasan | Askar UKM Berperang | Misi di Udara UKM | Latihan Menembak UKM | Mobaliti Pelajar UKM | Hutan Simpan Bangi | Kerja Malam Dalam Hutan | UKM di Hulu Dong | Mobaliti Pelajar UKM 2010 | Kriket dan UKM | Saya dan Pelajar | Di Mana Nana | Emosi di Konvokesyen | Saya di Berunei | Perakam Sejarah |
Universiti Kebangsaan Malaysua (UKM) akan menyambut ulangtahun kelahiranya ke-50 pada 18 Mei 2020. Sebagai pesara berbangga dengan usia UKM ke-50 ini. Oleh itu saya perturunkan catatan terbaharu sempena usi UKM ke-50 ini.
Disamping itu saya juga ada melampirkan carian mudah (di atas dan di bawah ) bagi catatan sebelum ini. Banyak saya tulis sebagai kenangan dan motivasi kepada semua warga UKM (staff dan pelajar).
Sudi-sudilah membaca- Haji Abd Raai bin Osman P.J.K
Catatan 1:
Pada tahun 1979 dah susah dapat kerja. Selepas tamat sekolah menengah hilang arah. Banyak juga dicari hinggakan kena tipu dengan agensi pekerjaan. Pergi daftar bayar yuran proses datang semula tengok pejabat dah tutup. Nasib baik tak kena jual kat negara orang saja.
Saya ambil beberapa kursus kemahiran, penulisan dan fotografi. Paling menyerlah kursus fotografi sebab silibusnya teratur walaupun seksa sebab masuk pusat latihan belia nun di Kuala Kubu Bahru. Sebelum Subuh dah bangun. Selepas solat akan mulalah sesi latihan ala tentera.
Habis kursus balik Sik Kedah jadi bingung sebab rumah tiada letrik dan paip air tak macam kat pusat latihan belia. Lama juga murung macam 'beruk mati bini'. Arwah mak risau. Saya jawab sedih tak ada kerja.
Kemudian pergi interview kerja polis. Gagal sebab dada tak cukup ukuran. Lima kali ukur tapi tetap gagal. Pegawai polis keciwa sebab dia tengok sijil kemahiran saya dah banyak. Terutama fotografi. Beliau kata cuba lagi sebab saya ada potensi kalau masuk polis.
Alaaa saya tahu ini pasti mak tak restu (otak kotor). Mak mana nak bagi izin kalau saya kerja polis atau askar. Bila balik nampak wajah mak manis bila saya bagitau gagal. Saya berbisik "kan betul mak tak restu...."
(otak jahat seorang remaja kampung 😁).
Banyaklah minta kerja masa tu. SPA ada wujudkan program Operasi Isi Penuh. Habis semua jawatan saya pohon.
Ada sekali tu pergi temuduga Jurufoto kat RTM. Mak aii punyalah ramai. Rasanya yang mana dok kerja kat Kementerian Penerangan sekarang ni yang dok jadi kawan-kawan saya sudah pasti kita sama-sama ada kat situ masa tu🤔
Akhirnya tak dapat juga. Adoi.
Keciwa ya amat. Masa tu dah mula ingat nak masuk jadi askarlah, nak masuk jadi penerokalah (tapi kena kawin). Sesekali saya menulis kat akhbar dan radio. Adalah masuk juga tulisan saya tu walaupun tulisan tangan.....
1970an Universiti Kebangsaan Malaysia telah wujud. UKM menjadi sebutan rakyat. Saya ingat lagi masa tu Toh Rahah merasmikan Dewan Tun Abdul Razak (DECTAR).
Ketika yang sama UKM ada kerja kosong. Saya mohon. Naik bas malam dari Sungai Petani Kedah. Duduk sebelah saya seorang kakitangan MARA (lelakilah....bukan awek). Abang ni bagi nasihat kat saya pakai tali leher masa temuduga. Saya kata tak bawa. Kalau tau dia nasihat macam tu boleh saya bawa tali leher pegawas. Baru yakin dapat. Mantan pegawas beb! Biasa jadi ketua pegawas mingguan pula tu masa sekolah😊
Masa temuduga macam-macam gaya ada. Ada seorang namanya Saliman Leman. Ramah orangnya. Dah kerja kat UPM. Kalau tengok gaya sure dia dapat.
Masa temuduga saya dah ada rasa boleh berjaya. Pergahhhh hati berbunga bang....Mana taknya akan dapat gaji tetap.
Balik kampung saya kerja macam biasa, menoreh getah. Hujan malam saya pergi menoreh petang. Jam 3 balik 6 petang pernah saya buat. Dah tak takut menoreh. Walhal waktu tu Pontianak dah nak keluar Sarang beb.
Betullah kata orang, restu ibu tu penting. Saya dapat kerja di UKM. Pada 5 November 1979 saya melapor diri kat Pejabat Pendaftar Bangi. Lepas lapor diri kena hantar ke Kuala Lumpur. Jumpa Dekan Fakulti Sains, masa tu Dekannya Prof Dato' Dr Zawawi juga mantan Pengerusi Lembaga Pengarah UKM.
Saya masa tu tak faham protokol. Maka saya tak tahu apa bendanya Dekan tu. Yang penting saya kata janji hujung bulan dapat gaji. Masa tu gaji $295.00. Haaaa jangan panik dengan simbol $ tu sebab masa tu Malaysia belum guna istilah RM lagi.
Gaji kecil tapi kalau makan kat kedai baru $1.80 sen siap makan lauk ayam, sayur dan air sirap.
1982 Fakulti Sains berpindah ke Bangi. Perpindahan UKM fasa kedua bermula Februarin1982. Bandar Baru Bangi agak asing bagi saya. Rupanya masih macam daerah saya di Sik. A Tapi sedang membangun.
Kesulitan terasa. Namun kami staff UKM mesra antara satu sama lain. Pelajar pun mudah dikenali. Faktor inilah menyebabkan kami staff UKM berkahwin dengan staff. Termasuklah saya.
1984 iman goyang sekejap apabila Universiti Utara Malaysia mencari staff. Saya dapat kerja kat sana dengan gaji 4 tahun kenaikan. Atas nasihat ibu saya tak pergi. Ibu kata nanti susah sebab hang nak kawin orang Muar Johor. Kali ni saya tak buruk sangka kat ibu. Malah saya berkata kat hati bahawa, kau tengok mak kau baik hati tu nak terima bakal isteri kau.
Saya melihat UKM berkembang dari usia 9 tahun. Ramai yang dulunya pelajar kini dah jadi orang besar-besar.
Saya sempat jadi staff UKM selama 38 tahun 5 bulan 11 hari. Banyak kejayaan saya perolehi semasa jadi Jurufoto di UKM. Saya berbangga kerana banyak sekali kejayaan UKM dapat dilihat secara langsung.
18 Mei 2020 UKM akan menyambut ulangtahun ke-50. Sekarang UKM sudah dewasa. Sebut saja Bangi orang akan ingat UKM. Sebut saja UKM orang akan ingat hospitalnya.
Sebagai pesara saya berbangga dengan UKM. UKM bukan saja lubuk rezeki buat saya dan isteri malah tempat saya mendapat banyak ilmu dari cendikawannya walaupun saya bukan pelajarnya.
Dari Jauh Saya Isteri (Acik Mah) Mengucapkan Selamat Mengucapkan Ulangtahun Kepada UKM. Kepada Staff Yang Masih Berkhidmat Jagalah Nama Baik UKM.
Anda Generasi Penyambung Kegemilangan UKM