Corona Covid-19-Anda Masih Bertuah

Kita tidak pasti musim haji 1441h ada atau tidak. Seawal jam 5.50 pagi saya akan keluar rumah untuk menuju ke Pusat Homeodialisis bertempat di Kompleks Daimond Bandar Baru Bangi. Ketika Perintah Kawalan Perjalanaan Fasa Kedua, Majlis Keselamatan Negara menetapkan hanya seorang sahaja berada di dalam kenderaan persendirian dan bermula jam 6 pagi baru boleh berada di atas jalan raya. Saya kena patuh arahan itu dan saya memandulah seorang diri untuk ke pusat dialisis. Saya masih mampu memandu kerana tidaklah seuzur orang lain. Bandar Baru Bangi sunyi seperti berada di tahun 1980an. Tidak banyak kenderaan seperti sebelum PKP berlangsung. Pemergian saya ke pusat dialisis antara dua kemungkinan, balik atau tidak. Kemungkinan ini kerana saya tergolong dalam kumpulan pesakit kronik. Malah, sebelum ini saya melihat ramai pesakit yang terkena jangkitan Covid-19 dan meninggal dunia adalah pesakit kronik yang ada Diabetes, Darah Tinggi dan Pesakit Buah Pinggang. From: Air T...