Monolog Seorang Ayah
Buat Anak-Anakku & Menantuku : Anak-anak ayah pernah melihat tubuh ayah dibawa masuk ke bilik kecemasan. Waktu itu anak-anak ayah tak dibenarkan masuk oleh petugas hospital. Kalian menitis air mata. Selang tak lama nama ayah dipanggil kerana ada keperluan menemui waris. Anak-anak ayah dikhabarkan ayah perlu ditahan kat wad. Malamnya ayah bersendirian tanpa keluarga kecuali petugas hospital. Itu pun ada waktu sahaja mereka datang ke katil ayah. Anak-anak ayah pernah melihat sekujur tubuh disorong ke bilik bedah. Ayah lemah waktu itu kerana jiwa tak tenteram kerana memikirkan pembedahan itu akan berjaya atau sebaliknya. Enam jam kemudian ayah dikeluarkan dalam keadaan masih lemah tapi ayah masih senyum sebab melihat wajah ibu dan anak-anak. Bukan wajah malaikat Munkar dan Nakir! Ayah sihat selepas itu dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Akhir suatu masa ayah dan ibu buat keputusan menunaikan haji. Di kompleks ...