Haji: Doa Dan Air Mata
Sila baca selanjutnya di  Haji: Doa dan Air Mata     Ketika balik dari melontar di Mina   Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Makkah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadat-ibadat tetentu menurut syarat-syaratnya.           Ibadat haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap muslim yang mukallaf. Hukumnya wajib sekali seumur hidup apabila memenuhi syarat-syaratnya. Setiap muslim mestilah berazam untuk menunaikan ibadat haji dan sentiasa berusaha untuk melaksanakan perintah Allah tersebut. Haji merupakan rukun Islam yang kelima. (petikan buku Figh Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah-Tabung Haji 2018         Menyedari semua itu saya terus berazam untuk menunaikan fardu haji. Sering berdoa agar Allah menjemput saya menjadi tetamu-Nya. Wang bukan ukuran kemampuan kita tetapi jemputan Allah itu amat mustahak untuk dinilai.         Namun, berdasarkan catatan dibawah maka saya dengan jujurnya berkata perjalanan haji saya bukanlah semudah menyimpan wa...