Hajat hati memang ingin meneroka sekeliling pulau ini seperti saya pernah melakukan di Pulau Langkawi. Tetapi Pulau Tioman yang memiliki keluasan 39 km panjang dan 12 km lebar ini tidak mampu dilakukan kerana kemudahan pengangkutan amat berbeza jika dibandingkan antara dua pulau terkenal ini.

Saya suka menggunakan masa terluang ketika bertugas di mana-mana sahaja untuk melihat apa yang menarik di sesuatu tempat. Maka peluang ke Pulau Tioman saya gunakan juga untuk mencari sesuatu yang pernah dikatakan hilang.
Menurut kisah dongeng yang dipercayai penduduk tempatan, Tioman berasal dari sepasang naga. Pada zaman dahulu kala, sepasang naga suami isteri (naga jantan dan naga betina) meninggalkan Tasik Chini ke laut melalui Sungai Pahang. Dalam perjalanan, naga ini tertinggal kain cindai
lalu berpatah balik. Malangnya, waktu itu ayam telah berkokok. Naga ini
pantang mendengar ayam berkokok. Oleh sebab melanggar pantang, naga
betina bertukar menjadi pulau. Sementara naga jantan bertukar mrenjadi Gunung Nenek Semukut iaitu sebuah gunung yang terdapat di Pulau Tioman.

Pada bulan Mei 1690, seorang pengembara bernama Dr. Kaempfer dalam dari perjalanan Batavia ke Ayuthia (Jakarta ke Thailand) pernah singgah di Pulau Tioman dan membuat catatan tentang keindahan Pulau Tioman.[1]
Terdapat kubur keramat Datuk Bukit di Bukit Datuk. Kubur keramat ini terletak berdekatan dengan Kampung Juara. (** Rujukan Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Tioman )
Ketika saya berada di sana kisah ini langsung tidak dicerita oleh penduduk asalnya. Mereka sibuk dengan kerja harian melayan pelancong. Bagi mereka pelancong adalah rakan niaga yang memberikan wang. Mereka akan menunggu palncong yang turun dari feri dengan motosikal roda tiga. Mereka akan membawa beg-beg palancong ke tempat penginapan yang terdapat di situ.

Kawasan tempat saya tinggal, amat susah hendak dapat makanan ala melayu. Justeru, kita harus bersedia untuk mencari menu yang sesuai. Di Kampung Tekek saya dapat juga menjamu selera dengan nasi putih berlaukkan sup daging. Bagi saya dan rakan setugas, masalah makanan tidak menjadi masalah kerana kami memperolehi jamuan dari urusetia ekpedisi. Oleh itu pada hari terakhir saya segaja ingin mencari kelainan untuk menukar selera dengan resepi orang Tioman.
Hari pertama saya di Pulau Tioman, kedengaran dari corong pembesar suara satu ceramah oleh penceramah yang saya tidak pasti. Pada perkiraan saya suara itu datang satu bangunan yang tidak jauh. Namun akhirnya saya dapat mengecam suara itu datang dari sebuah masjid setelah azan berkumandang menandakan masuknya waktu Maqrib. Saya tidak dapat ke sana kerana jauh dan tiada kenderaan.
Saya masih mencari sinar. Sinar itu ada. Rupa-rupanya usaha dakwah berjalan dengan baik. Banyak pengisian dakwah dilakukan di sini. Misalnya ada juga ceramah agam di Dataran Kampung Tekek.

Hari terakhir saya di Kampung Air Batang, Pulau Tioman telah menemukan dengan seorang pengusaha chalet. Dia seorang pengusaha yang agak tegas dengan arak. Kalau datang ke kedainya pelanggan tidak dibenarkan membawa arak. Beliau begitu tegas dengan tegahan meminum arak. Bagi beliau, haram tetap haram.
Inilah yang dicari sejak berada di Pulau Tioman. Saya telah banyak mendengar kisah-kisah panas mengenai arak, berpakaian tidak senonoh di tepi-tepi pantai. Namun usaha menegah tetap dilakukan oleh penduduk di situ. Malahan papan-papan tanda yang menerangkan kesalahan meminum arak,berpakaian kurang sopan telah dipasang oleh jabatan-jabatan yang berkaitan.
Syabas diucapkan kepada pihak-pihak yang berani dan bertanggungjawab untuk mempertahan hukum Allah di bumi yang indah ini. Didoakan tidak diturunkan bala di bumi Tioman.