02 Mei 2012

Pulau Ketam- Kampung Masyarakat Cina yang menarik.


"Bang Raai, apa ada kat Pulau Ketam", tanya Izwan kepada saya dua minggu lepas.

Akhirnya saya telah menetapkan tarikh 1 Mei 2012 untuk pergi ke Pulau Ketam.Kami bertolak ke Pulau Ketam dengan dua buah kereta, tujuh orang rakan termasuk saya. Menariknya kami disertai oleh seorang pesara pegawai bank, Haji Badarudin Ishak.

"Malam tadi saya menyertai qiamulai kat masjid Hasanah Raai" Terang saudara Seberi, staff Pejabat Pendaftar UKM. Mujur sepanjang program beliau tidak mengantuk. Menurut beliau, qiamulai itu adalah sebahagian program dalam kursus hajinya.

"Larat ke Raai....", tanya Hai Bad kerana melihat saya demam selsema. Namun sampai habis program saya tetap sihat. Apakan daya saya perlu hadir ke Pulau Ketam kerana telah berjanji untuk ikut serta sejak seminggu dulu.

Apa yang kami dapat ketika berada di Pulau Ketam? Nak makan, mana ada kedai melayu dan mamak. Semua kedai di sana kedai yang diragui status halalnya. Walaupun ada ketikanya saya dipelawa makan Lala bersalut telur. Memang nampak sedap dan kelihatan halal namun keraguan masih wujud.

Masing-masing yang kelaparan hanya minum air tin atau roti yang biasa kita makan di kebanyakan kedai. Mujur tidak ada yang kebuluran..........

Pada lazimnya, jurufoto/karyawan foto harus belajar mencari kesusahan maka saya fikir kami telah bersedia dengan keadaan iu. Maka apa yang kami lalui sepanjang empat jam di Pulau Ketam satu pengalaman yang menarik.

Kami harus belajar bagaimana pegawai kerajaan lain yang bertugas di sana melalui keadaan begitu. Belajar bagaimana budaya, kehidupan dan budi bahasa mereka. Kebanyakan penduduk di sini berbangsa Cina. Terdapat yang tidak tahu bercakap melayu, namun terdapat rakan-rakan meraka yang menjadi penterjemah kepada kami.

Kami bersyukur terdapat Pusat Islam di Pulau Ketam dimana tersedia sebuah surau yang sempurna.Kami semua bersolat Zohur di situ. Pada hemat saya Islam segar di mana-mana. Hasil pengamatan saya surau tersebut diurus dengan baik kerana terdapat kelengkapan asas yang sempurna. Terdapat Al Quran yang jaga dengan sempurna.

Oleh itu saya fikir ada pihak-pihak pendakwah mampu ke sana demi memastikan umat Islam boleh menambah ilmu-ilmu Islam.

Paling tidak pun pendakwah kita boleh  ke sana menyebarkan ilmu Islam agar orang memahami beberapa perkara asas seperti kebersihan dan makanan halal. Paling tidak ada nelayan-nelayan yang akan menyediakan makanan dari laut seperti ikan, sotong, ikan bilis yang dikeluarkan mengikut kaedah yang halal!


Saya amat yakin makanan halal mampu menarik minat orang Islam ke Pulau Ketam. Ada ketikanya saya dipelawa makan makanan  Lala bercampur telur. Kalau mengikut bau, dan cara diadunkan ia mungkin tidak dicampur dengan elemen bahan tidak halal, namun oleh kerana kurang yakin maka saya masih was-was.

Ketika menuju  ke jeti untuk pulang saya melihat terdapat pelawat yang membawa anjing bersamanya. Maka pada fikiran saya mungkin gadis itu memikirkan itu adalah haiwan peliharaan. Mungkin pada pendapatnya tidak ramai orang Islam yang akan menaiki feri.

Pulau Ketam ialah sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Pulau ini diasaskan sekitar tahun 1880. Cara untuk sampai ke sini ialah dengan menaiki feri dari Pelabuhan Klang. Serta dihuni oleh nelayan-nelayan berbangsa Cina semenjak Perang Dunia Kedua berlaku.

Pulau ini mampu memberi tarikan pelancong terutama dari luar negara kerana untuk sampai ke sini amat mudah. Kalau dari Kuala Lumpur, kita perlu menaiki komuter ke Pelabungan Klang.

Menaiki feri yang berhawa dingin kita hanya perlu membayar RM7.00 sahaja. 

< Pautan yang berkaitan >

Halalkah...?

Mendarat sahaja saya dan rakan-rakan di jeti Pulau Ketam, kami bertemu dengan restoran makanan laut. Saya singgah di sebuah restoran. Bau harum telur menyemarakan aroma. Memang sedap. 

Kata tukang masak restoran itu, makanan tersebut ialah Lala (sejenis makanan laut seperti kerang atau siput). Campuran telur, tauge dan tepung ubi. Kalau dilihat pada cara masakannya memang menaikkan selera.

Saya sekadar bertanya, "halal ke". Tukang masak itu bertanya kepada pembantunya seorang wanita Indonesia. Wanita itu sekadar tersenyum,. Saya terfikir, faham ke tidak wanita cina dan Indonesia itu status halal makanan mereka. 

Ada pekedai memberitahu kepada saya bahawa " Melayu boleh makan ini ....". Saya sekadar tersenyum.

Terdapat kedai yang melekatkan ayat بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ dan kalimah. Kedai itu menjual nasi campur dan penjaganya ialah wanita Indonesia. 

Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kefahaman orang bukan Islam tentang status halal masih samar-samar dan saya fikir pihak-pihak berkaitan boleh mengambil bahagian dalam dakwah begini. 

Memanglah mudah sahaja kita boleh mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sana atau tidak menjamah sahaja makanan itu. Namun apa yang saya kuatirkan ialah bagi mereka yang tidak mahu memikirkan terlalu mendalam soal halal haram, akhirnya bedal sahaja janji sedap.

< Pautan yang berkiatan >

Rezeki Tidak Salah Alamat

  Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mert...