08 April 2011

Hutan untuk siapa?

Masuk Hutan Simpan Kekal Bangi (HSKB) pada 5 hingga 7 April 2011 lalu terasa berbeza dengan hutan lain yang pernah saya terokai.


Walaupun suasana hutannya masih dirasai, namun tidak seperti hutan Kenyir, Lembah Belum Lata Jarum , Hutan Tasik Chini yang pernah saya masuk. Kedengaran bunyi injin kenderaan walaupun berada di dalam hutan. Maklumlah HSKB ini dikelilingi dengan pembangunan. HSKB menjadi seperti pulau.

Universiti Kebangsaan Malaysia memiliki hutan simpan yang dikenali sebagai Hutan Simpan Bangi berkeluasan 100 hektar. Hutan ini pernah dibalak beberapa kali antara tahun 1946 hingga 1960-an. Hutan ini telah diserahkan kepada UKM untuk dijadikan kampus pada tahun 1970-an.

Rekod terakhir maklumat flora dan fauna Hutan Simpan Bangi lakukan ialah pada tahun 1988 bilamana satu ekspedisi saintifik telah dilakukan. Lebih daripada 100 tesis telah terhasil untuk pengajian  B.Sc., M.Sc. dan Ph.D 


Justeru pada 5 hingga 7 April 2011 satu ekspedisi Hutan Bangi telah dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Pihak urusetia telah mengumpul beberapa kumpulan pakar dari FSKB, Putrajaya Holding, UTM untuk menyertai ekspedisi ini termasuk kumpulan media Penerbit UKM.

HSKB masih mengekalkan keaslianya


Apa yang ada lagi di dalam hutan Bangi? Ayam Hutan, Babi Hutan, Kelawar masih wujud. Panulis dan rakan-rakan sesekali terdengar Ayam Hutan berkokok. Di satu sudut kami terjumpa lobang tempat Babi Hutan berkobang. Malahan terdapat juga sarang Babi Hutan.
Pencerobohan HSKB tetap wujud dengan kegaiatan memusnahkan pokok gaharu


Namun paling menyedihkan kebanyakkan pokok gaharu ditebang oleh penceroboh HSKB. Mana tidaknya gaharu boleh dijual dengan harga antara RM11 hingga RM45 ribu sekilo. Penceroboh telah menebang pokok tersebut dan ditinggalkan setelah gaharu diambil.

>> Lihat komen-komen di Facebook Sila Klik


Anai-anai bukan serangga perosak?

Saya bergurau dengan rakan-rakan ketika melalui rintis di Hutan Bangi dengan mengulangi kata ini " Orang berniaga ketawa, saintis mengalirkan air mata". Kata-kata itu bagaikan bergurau

Dr Fazsly Rahim berkata anai-anai bukan pemusnah! " Kalau anai-anai menjadi pemusnah pun hanya satu peratus sahaja". Saya dan rakan-rakan yang bukan saintis dan siswa berpandangan antara satu dengan yang lain.

Setiap anai-anai mempunyai tugas.

Kumpulan pekerja yang dilindungi keselamatan oleh komandonya


Dr Fazsly boleh berkata begitu kerana beliau menjalankan kajian mengenai anai-anai. Hampir tiga puluh minit beliau memberikan kuliah kepra kami mengenai anai-anak yang terdapat di perdu sebuah pokok balak.

Menurut Dr Fazsly tentera Jepun mengkaji bagaimana anai-anai bekerja di Pasoh sebelum menyerang Tanah Melayu dengan bala Tentera ke-25 pada 8 Disember 1941.

Haiwan termasuk serangga banyak memainkan peranan menyampaikan ilham kepada manusia. Gagak adalah haiwan yang mengajar Qabil bagaimana untuk kebumikan Habil selepas adiknya dibunuh.

Oleh itu kajian mengenai haiwan banyak membantu manusia merealisasikan tamadun moden. Ini bukan bermakna manusia tidak bijak, malahan Allah sendiri telah memartabatkan manusia lebih mulia daripada makhluk lain dengan kurniaan akal.

Apa kaitan anai-anai dengan manusia? anai-anai dikatakan memiliki kekuatan komuniti yang padu. Mempunyai ratu yang tidak keluar ke mana-mana. Namun anai-anai memiliki  jutaan pekerja, tentera, pra medik, komando yang lengkap.

Allah memperlihatkan kekuasaannya kepada sekumpulan peserta Ekspedisi Hutan Bangi yang telah diadakan pada 5 hingga 7 April 2011 yang lalu. 

Dr Fazsly ketika menerangkan peranan dan perjalanan hidup ana-anai. Sebelum kumpulan anai-anai yang bertaraf pekerja keluar dari sarang, sepasukan peninjau akan keluar terlebih dahulu. Bebentuk seperti seorang membawa alat pengesan anai-anai peninjua ini akan keluar bagi memastikan keadaan di luar selamat atau tidak.


Setelah terjamin akan keselamatan mereka maka anai-anai pekerja akan keluar dari sarang. Dr Fazsly berkata kejadian berlaku sebelum Maqrib.

Proses kehidupan anai-anai akan berlaku sehingga waktu tengahari. Apa yang mengagumkan ialah ketika penerangan Dr Fazsly berlaku kumpulan anai-anai semakin berkurangan. Akhirnya tinggal beberapa ekor sahaja dipanggil sebagai pasukan komando di luar sarang. Kumpulan pekerja telah selamat masuk ke sarang.

Kami yang berada di pangkal pokok balak itu terpegun dengan peristiwa tersebut.

Penulis dan rakan-rakan beruntung kerana Dr Fazsly menghuraikan peranan anai-anai dan telah mengubah tanggapan kami terhadap serangga tersebut.

"Anai-anai bukan perosak. Kalau ada pun hanya dalam satu peratus sahaja. Anai-anai menghapuskan kayu-kayu yang bermasalah dan sakit"



Dr Fazsly yang dikenali dalam rancangan Hasratun   di TV1 RTM, berkata kalau hendak mencegah anai-anai ialah dengan menggunakan proses semulajadi.




 Lihat vedio yang berkaitan: Sila klik

07 April 2011

Kejaiban hutan di waktu malam

Ketika saya memberitahu nak masuk hutan pada malam 5 April lalu, muka isteri dan anak-anak berubah. Mana tidaknya selalunya saya akan bertugas di hotel, Dewan Tun Canselor, ini lain pula nak masuk hutan. Tambahan malam itu hujan baru sahaja reda. 


Perasaan geli harus dibuang bagi
pelajar yang mengkaji haiwan ini.


Saya mengambil keputusan menyertai kumpulan Prof. Madya Dr Norhayati Ahmad petang itu untuk melihat bagaimana beliau bekerja menyelidik bersama-sama pelajar-pelajarnya. Bukan pensyarah lelaki, tetapi seorang wanita. Paling menarik, pelajarnya juga gadis yang berwajah ayu dan manis. Siapa yang tidak terkejut kalau diceritakan itulah kumpulan Dr Yati. Masuk hutan mencari apa? Jawab saya, mencari katak atau ular.

Malam sebenarnya adalah masa untuk berehat oleh manusia setelah penat bekerja di siang hari. Disamping berehat, kita disuruh beribadat kepada Allah. Habis untuk apa nak masuk hutan?

Sudah lama saya mencari peluang keemasan begini. Merakam gambar diwaktu malam di hutan. Kita kena akui waktu malam banyak makhluk yang tidak aktif di waktu siang akan aktif di waktu malam.

Dr Yati bukan sekadar seorang pensyarah, beliau juga cukup aktif merakam gambar. Beliau lebih suka merakam gambar hidupan liar dan fotografi dalam laut. Malam itu Dr Yati tidak membawa Nikon 3. Beliau cuma menggunakan kamera kompak. 

Prof Madya Dr Norhayati Ahmad


Hutan Simpan Kekal Bangi yang terletak di kampus UKM Bangi menjanjikan keseronokkan yang tersendiri. Di sini terdapat Hutan Pendidikan Alam (HPA) yang dijadikan tempat untuk menjalankan aktiviti lasak di hutan. Rintis untuk menjalankan aktiviti boleh dimasuki melalui HPA, Teras Jenang iaitu di Jalan Bangi ke Kajang.

Pengguna Leburaya Utara Selatan boleh melihat hutan ini dari arah Kuala Lumpur ke Seremban seblah kiri ke Seremban.

Istimewannya menyertai kumpulan Dr Yati ialah beliau membuat kajian mengenai katak. Justeru waktu malam katak akan aktif. Namun yang menariknya kata-katak ini agak jinak. Ini dapat dialami oleh penulis ketika merakam gambar jarang terjadi katak-katak tersebut melarikan diri. Malahan dengan menggunakan lens 60mm penulis masih mampu merakam katak itu dari jarak yang amat dekat.

Menurut Dr Yati, ketika membuat kajian mengenai kehidupan katak, penyelidik perlu melatih mata cepat mencari di mana kedudukannya. Tambahan katak-katak ini berada pada daun-daun berwarna hampir sama dengan katak. Oleh itu kaedah yang saya lihat Dr Yati melihat sinar mata katak apabila cahaya lampu suluh terkena padanya.

Seorang Jurufoto yang berminat menceburi bidang fotografi begini harus membuang perasaan takut. Soal terserempak haiwan atau serangga berbisa tidak boleh dipandang ringan. Mana tidaknya ketika menjalani penggambaran itu penulis perlu merendahkan diri dengan melutut ada kalanya duduk di lantai hutan agar memperolehi komposisi yang baik.

Pelajar Dr Yati

Pelajar yang mengkaji serangga ranting

serangga yang telah menyalin kulit.

Mencari komposisi yang betul ada waktunya
penulis perlu duduk di atas lantai hutan


Ada kalanya Rashid yang menjadi pembantu Dr Yati mengingatkan saya tentang Kutu Babi (orang Kedah sebut Sekenit). Kutu babi kalau menyerang di tubuh kita pasti akan berkesan dan memerlukan rawatan di klinik. Jangan fikir lagi soal pacat atau andainya merakam gambar di kawasan paya atau sungai masalah lintah akan menjadi satu ancaman kepada kita.

Namun, syukur sepanjang tiga jam berada di Hutan Bangi masalah ini tidak timbul. Petua untuk masuk hutan perlu dipatuhi kerana andai kita cuai, bercakap besar maka kesannya sukar diceritakan.




Selamat Berangkat Abang Mad

  Terima kasih semua yang mendoakan buat perjalanan (dengan bas) saya pada malam Ahad hingga siang Ahad ke Kluang untuk menziarahi Allahyarh...