Ketika masuk ke bilik air di sebuah pusat membeli belah di Putrajaya seorang pekerja warganegara Bangladesh menyapa saya dan memberitahu terdapat satu bilik kosong untuk saya gunakan. Sebelum saya masuk beliau menanya saya “muslim?”. Saya mengangguk kepala.
Mungkin kerana suasana hari raya masih terasa, saya terus bersalam dengannya dan memberitahu bahawa dia seorang hafiz al-Quran 30 Juzuk. Saya masih memikirkan apakah motif dia memberitahu bahawa beliau seorang al-Hafiz dan berada di dalam bilik air menjadi tukang cuci.
Dari raup wajahnya saya melihat dia tidak seperti orang-orang Bangla lain. Hati saya mengambil keputusan yang positif bahawa ada kebenarannya dia seorang al-Hafiz.
Dari perbualan ringkas, saya difahamkan dia telah ditipu oleh agensi memberi pekerjaan bahawa beliau akan ditawarkan pekerjaan sebagai guru Quran di Malaysia. Akhirnya dia ditipu dengan menjadi pekerja pencuci tandas.
Di sini saya tidak mahu membawa betul atau tidak dakwaannya sebagai al-Hafiz. J