11 April 2009

Inilah kehidupan seorang Jurufoto

Hari ini sudah empat hari saya dan rakan-rakan lain (Ismail, Kamarul dan Ruhaizad) berada di Labuan kerana membuat liputan fotografi dan Vedio untuk Bengkel Penghasilan dan Penggunaan Media.

Labuan bukanlah besar sangat. Perjalanan darat 95 km. Labuan cantik dengan suasana lautnya. Paling menarik ialah kampung airnya itu Kampung Patau-Patau 1 dan 2. Semasa kami tiba pada 8 April saya dan rakan telah melawat Kampung Patau-Patau 2. Sebenarnya sudah puas menjelahi kampung tersebut sehinggakan Ruhaizad dan Kak Azizan hampir 6 kali menelefon saya dan Kamarul. Namun kerana asyik dengan pemandangan di kampung tersebut kami hanya membiarkan mereka di jeti kampung tersebut. Hampir senja baru kami balik semula ke jeti.

Semalam, pukul 4 petang saya, Ismail membawa Ketua kami Prof. Dr. Kamaruddin M.Said ke Kampung Patau-Patau 1. Kali ini kami bersama "bos" masuk semula kampung ini yang menjadi tumpuan pelancong sekiranya datang ke Labuan.

Prof. Kamaruddin yang juga minat dengan fotografi dapat merakam gambar-gambar suasana kampung air. Hampir senja kami baru kembali ke daratan.

08 April 2009

Rumah Air di Kampung Patau-Patau 2 Wilayah Persekutuan Labuan







Lihat album

Kesungguhan kami untuk melawat Labuan menjadi kenyataan apabila berjaya menyewa sebuah kereta Kancil dengan harga RM 60.Setiba kami (saya, Ismail, Kamarul, Ruhaizad dan Kak Azizan)di jeti kesebuah kampung air, saya menanya seorang lelaki yang membawa bot ke Kampung Patau-Patau 2. Apabila dia memberitahu tambang cuma RM 1.00 kami mengambil keputusan untuk melihat Kampung Patau-Patau.


Kampung Patau-Patau 2 merupakan kampung atas air yang mempunyai penduduk kira-kra 70 orang. Saya dan Hj Ismail merakam foto still manakala Kamarul merakam vedio. Saya, Hj. Ismail dan Kamarul telah menjelajah kampung air itu untuk merakam gambar.

Beberapa perkara hendak saya ketengahkan mengenai kemudahan asas yang terdapat disitu. Air, letrik semua terdapat di kampung air. Cuma yang menjadi masalah ialah kemudahan pembuangan kumbahan penduduk disitu. Saya bertanya seorang penjual burger Puan Anis bagaimana cara untuk membuang "segala kumbahan", beliau menjawab "buang kat air je...". Tepat dengan jawapan itu kerana semasa dia melayan kami menggoreng daging burger tangannya membuang plastik ke dalam air. Seperti di mana-mana kampung, kampung air juga memiliki kedai runcit. Surau juga disediakan.

Di Kampung Patau-Patau 2 penduduknya memiliki kemudahan hiburan seperti TV kabel. Malahan ada penduduk yang memiliki dua kabel TV.

Menariknya ada penduduk yang telah berjaya mendidik anak-anak hingga ke tahap IPT.

Hari ini berada di Labuan






Tepat jam 10 pagi tadi saya, Ismail, Kamarul dan Ruhaizad telah selamat tiba di Labuan. Apartment tempat kami sewa mengadap pelabuhan Labuan. Kelihatan suasana sibuk dengan kerja-kerja memunggah kontena.

Makanan di sini agak mahal, teh tarik RM 1.80. Namun kualitinya tidaklah sama dengan di Bangi. Tawar, namun sesuai untuk orang yang inginkan mengurangkan gula dalam minumannya.

Paling menarik dekat tempat kami bermalam untuk empat hari ini, dibahagian bawahnya terdapat pusat membeli belah. Jualan mutiaranya terdapat banyak disni.

07 April 2009

Amat menyeronokkan


Sebahagian peserta Kursus Fotografi Digital


Tiga hari dua malam berada di Hotel De Palma Shah Alam mengendalikan Kursus Fotografi Digital anjuran Unit Latihan dengan kerjasama Pusat Penerbitan dan Percetakan UKM cukup menyeronokkan. Saya, Hj. Ismail, Ikhwan telah mengendalikan kursus tersebut sejak hari Ahad 5 hingga 7 april (hari ini).

Seramai 48 orang rakan-rakan warga UKM telah meluangkan masa selama tiga hari dua malam tersebut mengikuti kursus sambil mempraktikkan amaln fotografi digital yang betul.

Mereka telah kami dedahkan bagaimana mengambil merakamkan gambar yang betul. Memilih teknik-teknik komposisi. Ketua Jabatan saya Prof. Dr. Kamaruddin M.Said juga turut padang memberikan ceramah dengan tajuk "Bagaimana menghasilkan foto yang bermutu".

Esuk Insyaalah pukul 4 pagi saya bersama Hj. ismail, Kamarul dan Rohaizat (dua rakan vediographer) akan ke airport kerana pukul 7.50 pagi kami berempat akan bertugas di Labuan. Tunggu, ada catatan menarik mulai 8 hingga 12 April dari Labuan.

05 April 2009

Kursus Fotografi Digital 2009

Insyaalah hari ini saya, Hj Ismail, Ikhwan akan berkampung disebuah hotel di Shah Alam untuk mengendalikan kursus fotografi digital anjuran Unit Latihan UKM. Kursus ini merupakan kursus yang diadakan untuk warga UKM.

Kami akan berkampung disana hingga 7 April. Saya dan Hj Ismail akan memulakan ceramah hari ini manakala pukul 8.30 pagi esuk Prof. Dr. Kamaruddin M. Said akan mengendalikan topik yang diminatinya Komposisi dan Cara Menghasilkan Gambar yang Bermutu.

Kepada semua peserta kita akan berjumpa disana...

Rezeki Tidak Salah Alamat

  Kisah ini terjadi 50 tahun dulu apabila seorang menantu ingin meminjam wang dari ibu mertuanya kerana hendak membeli tanah. Kata ibu mert...