Motivasi Daripada Saya





1. 2015 jam 12 tengahari saya dibawa masuk ke bilik bedah. Jam 6.30 petang saya dibawa keluar ke wad CCU. Acik Mah  di hujung troli dan kakak kesayanganku mengiringi saya. Waktu itu sejam lagi orang akan berbuka puasa 1 Ramadan. 


Malam itu saya kambali tidur hingga tengahmalam dan sedar kemudian bersolat Isyak dan Maghrib yang tertinggal. Esoknya 2 Ramadan saya belum berpuasa hingga jumlah puasa tertinggal ialah 22 hari. Saya ganti selepas itu. 


2. Banyak siri-siri pembedahan kecil dilakukan dalam beberapa kali bulan Ramadan termasuk tahun 2023.


3. Tahun 2019 saya memulakan rawatan dialisis dengan tandatangan doktor bahawa untuk seumur hidup. Kenapa perlu dialisis? Ya perlu kerana kandungan toksik dalam badan telah tinggi bila mana air kencing dalam buah pinggang tidak boleh keluar lagi. 


Jika dibiarkan air ini akan merebak ke paru-paru, jantung dan merbahaya! Saya akur walaupun ada orang suruh makan macam-macam suplement.


Tahun ini kali kelima saya jalani ibadah puasa. Tahun lepas doktor ada nasihatkan agar tidak berpuasa jika tidak larat.


Saya ambil keputusan terus berpuasa dengan membuat pemantauan pada kandungan gula dalam darah. Alhamdulillah dengan doa dan sokongan isteri dan anak-anak saya masih mampu untuk berpuasa.


Hari pertama Ramadan seorang sahabat menelefon saya dan berkata, "hang puasa saja mana termampu. Selain tu serah kepada Allah SWT. 


Motivasinya, kita hidup Allah SWT tentukan. Walaupun saya menjalani rawatan dialisis pada zahir menuju jalan akhir tapi ketentuan Allah SWT siapa yang tahu? Usah keciwa dengan apa yang terjadi, kuatkan semangat. 


Walaupun setiap tahun saya menyebut mungkin ini Ramadan terakhir tapi yakinlah segala-gala mengenai kehidupan kita Allah SWT yang aturkan. Ambil peluang di bulan Ramadan untuk berdoalah. Mana tahu kita akan dapat yang terbaik daripada Allah SWT.


#raai

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah