Jangan Lokek Ilmu


Sudah lama tak bersua dengan dia. Kalau ada kami hanya bertemu dalam whatsap. Kali akhir tiga hari lepas ketika jam 4 pagi lebih dia menegur "awal Otai bangun?". Katanya dia berkampung di pejabat untuk menyiapkan urusan gambar sempena minggu pelajar baru. 


Hari dia saya temui di satu majlis kenduri kawin. Itulah antara aktivitinya mencari wang tambahan. Jika bertemu dia sering berkata, ini sifo saya memperkenalkan saya kepada ayah atau ibu pengantin. 


Dia juga pernah berkata, saya membesar dengan fotografi bersama En Raai. Saya pun tak tahu bila dia mula-mula jadi anak murid saya tapi saya tahu dia kerap mengikuti siri kursus anjuran UKM di mana saya salah seorang pengajarnya. Hasil amali dan latihan berterusan karyanya diterima oleh masyarakat. 


Sejarah silam semasa berusia dua tahun apabila ibu ayahnya maut dalam kamalangan di US ketika ayahnya menyambung pengajian PhD membawa saya lebih rapat.


Sebenarnya dalam dunia fotografi apabila bersama saya juga mempelajari banyak ilmu daripada beliau. Malah jika ada ruang masa kami berdua akan turun ke mana-mana lokasi membuat koleksi gambar.


Dulu semasa sama-sama dalam satu pejabat saya yang lebih berusia mereka menyebut Otai dan kini saya bersyukur kepada Allah yang memberi rezeki kepadanya untuk menyambung kehidupan penuh mencabar ini.


Pesan saya kepada yang pernah menjadi pelajar saya, gunakanlah ilmu ini untuk kebaikan. Jika tidak saya juga akan didakwa di akhirat kelak.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah