Ketika Saya Sekeluarga Positif Covid

 1. Catatan Covid 1: Saya, Acik Mah dan Nur Aqilah Raai positif Covid. Sebarang perjumpaan dihentikan sehingga tempuh kuarantin tamat.

Dialisis pun kena buat ikut jadual dan tempat khas. Temujanji di HCTM kena tunda.
Azab juga dua malam tak boleh tidur...Doakan buat kami ye..

2. Catatan Covid 2 : Dua malam saya tidak tidur. Tidur jam 11 malam jam 12 tghmalam dah terjaga sampai jam 4 pagi saya dah tak boleh tidur.
Kahak, lendir air liur hampir suku baldi kecil saya keluarkan. Mulanya saya fikir mungkin sebab saya terlebih minum air. Dada pedih, tekak penat kerana batuk. Bila ingat kembali macam batuk semasa saya tunai haji tahun 2019.
Biasanya sekitar jam 2 hingga 3 pagi saya akan kejut Acik Mah yang sedang nyenyak tidur walaupun dia dan Nur Aqilah Raai juga demam.
Acik Mah akan urut dada saya. Amat luar biasa sakitnya. Sejak saya buat Dialisis tak pernah demam, batuk dan selesema kecuali hujung tahun 2019 saya demam kerana ada jangkitan kuman.
Pagi tadi saya buat swap test sebelum pergi dialisis mengejutkan apabila keputusannya positif. Saya buat test kepada Acik Mah dan Aqilah juga positif. Malam ini anak saya yang tinggal di Petaling Jaya juga positif. Mujur Nur Atiqah yang tinggal di Terenganu tidak balik beraya.
Sejak Covid menjadi virus ganas inilah pertama kali keluarga saya terkena penyakit ini. Walaupun saya dan keluarga memgambil langkah pencegahan misalnya balik dari mana-mana kami akan mandi, namun apakan daya kami tak dapat menahannya.
Saya lihat sebenarnya SOP di masjid surau telah longgar. Surau taman saya ada jemaah yang datang tak pakai mask. Tidak bawa sejadah. Kalau bawa sejadah mereka akan lipat dua atau bawa sejadah kecil. Justeru saya ingin menyarankan jangan abaikan SOP yang sedia ada.
Azab sekali dan saya harus kurantin dalam rumah kecuali jika pergi buat dialisis.

3. Catatan Covid 3: Selepas 48 jam didapati ada jangkitan Covid saya masih lemah. Saya dan Acik Mah serta Nur Aqilah Raai hidup dalam suasana kurantin.
Kami tak banyak bercampur di antara tiga beranak kerana saya kuatir jika virus yang menyerang kami berbeza-beza sifatnya. Malah sebelum Virus Covid menyerang saya difahamkan virus selsema ada lebih seribu jenis.
Saya banyak menerima cadangan memakan herba. Terima kasih atas cadangan itu namun saya harus waspada kerana saya pesakit buah pinggang yang tidak digalakkan mencuba herba kerana ia akan mengecutkan lagi buah pinggang.
Apa yang saya alami sejak 48 lalu saya mengalami sedikit demam, selsema dan batuk. Jika dulu sebelum dialisis say boleh minum air suam setidak-tidaknya 1.5 liter. Sekarang saya hanya boleh minum hanya 500ml.
Inilah beberapa masalah bagi kami pesakit kronik. Doa? Ya itu sudah pasti saya lakukan sebab tu saya tulis EBook yang bertajuk Kuasa Doa. Sila klik http://duniaraai.blogspot.com/.../06/ebook-kuasa-doa.html...
Oleh itu saya ingin mengajak semua yang membaca catatan in agar usah anti vaksin. Ambillah vaksin agar ia satu usaha kita selain berdoa kepada Allah.
Nota gambar: Ada kawan Aqilah yang sudi membantu membelikan ubat, roti, kurma. Terima kasih hanya Allah yang membalas portolongan ini dalam tempuh kurantin kami.

4. Catatan Covid 4: Kita kena percaya kata hati jika kita sering bersama Allah.
Anak sulong saya ingin balik ke Bangi kerana cuti agak panjang. Oleh kerana suaminya berada di pelantar minyak maka saya tak izinkan dia pulang.
Allah Maha Pengasih apabila anak saya tak jadi balik beraya Aidil Adha dan saya, isteri dan anak bongsu terkena Covid maka saya beritahu dia semuanya itu aturan Allah. Jika dia balik sudah pasti Covid akan berjangkit kepadanya.
Cuba bayangkan apa yang dirasai oleh anak saya. Namun yakinlah jika kita dekat dengan Allah pasti ada bantuan daripada-Nya
5. Catatan Covid 5: Mungkin ada yang berkata, kenapa saya suka menulis bab- bab penyakit yang saya alami. Kadang-kadang hingga hal dalam bilik bedah saya ceritakan.
Allah mentakdirkan saya dijangkiti Covid. Sejak 2020 saya jadi terganggu apabila setiap hari menonton sida g media KP KKM. Setiap kali data kematian melibat pesakit jantung, buah pinggang saya jadi fobia.
Ya jika anda sihat maka berbagai pendapat anda boleh guna untuk mengikut atau tidak SOP atau pengamal antivaksin. Bagi kami yang tiga kali keluar ke pusat dialisis berbagai kerisauan berada dalam hati.

6.Catatan Covid 6: SOS sudah bermula di hari keempat walaupun makanan masih ada tetapi plan kecemasan jika minta bantuan jiran (wang boleh bank in).
Syukur Alhamdulillah Allah beri ujian ini.

7. Hari ke-8 masih positif. Kurantin bersambung. Buat rawatan Dialisis di bilik khas dengan pemantauan nurse yang berpakaian khas. Semoga Allah terus memberi ketabahan.
Aqila juga sambung kurantin. Acik Mah dah pulih.

8. Alhamdulillah.....hari ke-10 ujian Covid menunjukkan ianya negatif.
Terima kasih kepada keluarga yang memberi kerjasama depang tempuh kurantin. Rakan-rakan yang mendoakan kepada saya da keluarga. Staff pusat dialisis yang mengawasi saya sepanjang! 10 hari.
Patuhi SOP dan waspada setiap masa.
Tiada huraian foto disediakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah