Fikir Sejenak

Ikhtibar perkembangan semasa berkaitan kerjaya, hobi dan pendidikan.

Empat tahun dulu saya bersara dari kerjaya sebagai Jurufoto disamping itu tiga tahun kemudian saya bersara sebagai pengajar sambilan.

Lebih 38 tahun saya mengejar kejayaan dalam bidang saya. Saya belajar dan belajar. Ada yang melibatkan kursus dalam perkhidmatan, kursus online, rangkaian kawan-kawan yang sama bidang. Paling saya tak tinggal ialah membaca buku.


Seorang tokoh pendidikan dan pakar ekonomi, mantan Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dalam setiap ucapannya menyentuh mengenai multitaskil. Saya masih ingat kata-kata beliau suatu masa bilik2 kuliah tidak akan digunakan lagi. 

Saya setuju tapi ada orang tidak bersetuju. Tapi lebih sepuluh tahun sebelum itu saya sudah terlibat sebagai pengunaan Online. Saya bangunkan album online, saya aktif dengan FaceBook, Twitter, Blog, laman web, UTube, Instagram, Linkind dan banyak lagi.

Sepuluh tahun sebelum saya bersara, saya ajar rakan2 karyawan foto di UKM mengenai kepentingan album Online. Kini anda tahukan Google Drive menyediakan ruang drive dengan keluasan besar 100G dan lebih.

Kita tak perlu ada ruang kedai yang luas. Pamer saja secara Online. Tak ada kedai. Kedai hanya kat ruang tamu. Pejabat kat kamar tidur.

Malah saya lihat penyewaan ruang kecil boleh dibuat oleh kita di bandar atau di kampung2 untuk kegunaan usahawan kecil. Sewa meja dan kita boleh bawa komputer riba untuk bekerja. Mungkin perpustakaan awam di daerah mampu mengadakan sewaan begini. Pastinya ini industri baharu.

Dua tahun kita melihat beberapa kolej dan universiti kekosongan akibat SOP PKP. Sudah pasti ia akan menyebabkan kerosakan kecil kerana tidak berpenghuni. Maka ruang ini harus di gunakan untuk masyarakat. Misalnya kolej2 komuniti boleh diseqa kepada pengusaha setempat dengan kadar yang murah. Namun ia bukan satu perkara yang mudah kerana melibatkan rombakan peraturan dan terma.

Masjid dan surau juga boleh diaktifkan kerana ada masjid mempunyai ruang yang besar. 

Kerjaya harus dimajukan bukan hanya tuntutan kenaikan elaun dan gaji sahaja. Kita sebagai pekerja harus mengubah inovasi.

Mungkin doktor dan petugas di hospital tidak boleh bertugas dari rumah tapi mendidik dalam media sosial salah satu kerja yang mulia. Paling tidak membuatkan kubur kita wangi.

Idea saya mungkin tidak ramai bersetuju namun percayalah jika kita membuat sesuatu ia akan memberi faedah kepada kita setelah bersara kelak. Saya sedang menikmati feadah yang dimaksudkan.

Kita cuba.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah