Catatan

Tunjukkan catatan dari 2022

Jangan Lokek Ilmu

Imej
Sudah lama tak bersua dengan dia. Kalau ada kami hanya bertemu dalam whatsap. Kali akhir tiga hari lepas ketika jam 4 pagi lebih dia menegur "awal Otai bangun?". Katanya dia berkampung di pejabat untuk menyiapkan urusan gambar sempena minggu pelajar baru.  Hari dia saya temui di satu majlis kenduri kawin. Itulah antara aktivitinya mencari wang tambahan. Jika bertemu dia sering berkata, ini sifo saya memperkenalkan saya kepada ayah atau ibu pengantin.  Dia juga pernah berkata, saya membesar dengan fotografi bersama En Raai. Saya pun tak tahu bila dia mula-mula jadi anak murid saya tapi saya tahu dia kerap mengikuti siri kursus anjuran UKM di mana saya salah seorang pengajarnya. Hasil amali dan latihan berterusan karyanya diterima oleh masyarakat.  Sejarah silam semasa berusia dua tahun apabila ibu ayahnya maut dalam kamalangan di US ketika ayahnya menyambung pengajian PhD membawa saya lebih rapat. Sebenarnya dalam dunia fotografi apabila bersama saya juga mempelajari banyak il

Di Hening Subuh Ini:🌹

Semasa anak saya nak masuk sekolah menengah sebagai ayah hati terasa risau. Ketika itu setiap malam menghantar anak-anak mengaji Al-Quran dan dapatlah bersembang dengan cikgu Aznan Natar (Allahyarham). Kata beliau, anak-anak ini nak kena pantau sebelum tingkatan tiga. Semasa itu perwatakan mereka boleh berubah kerana pengaruh kawan dan sekitaran. Allahyarham guru disiplin dan banyak pengalaman dengan murid-murid.  Dalam Islam, anak-anak harus dilayan sebagai kawan, sebagai pekerja. Maksudnya boleh dimanja tetapi jika membuat salah harus ditegur dimarah. Mendidik anak-anak jangan terlalu berkiblatkan kebendaan. Ajar mereka erti kesusahan. Latih mereka erti kerisis. Beritahu mereka bagaimana mengawal emosi jika salah seorang ibu atau ayah telah meninggal.  Ajar mereka ilmu agama. Menutup aurat, jangan tinggal solat, mahir membaca Al Quran walaupun kemahiran lain seperti bersukan atau kebudayaan perlu diberi peluang asalkan tidak terpesong dari agama.  Saya bersyukur kepada Allah fasa yan

Pesakit Buah Pinggang Meningkat

Angka ini memang menyeramkan. Namun ia macam kelihatan akan menjadi kenyataan. Dulu sebelum saya tergolong sebagai pesakit angka ini saya buat tak kisah. Namun kini dari semasa ke semasa ada saja ahli baharu di pusat diaisis yang saya buat rawatan.  Di klinik Nefro masih ramai pesakit tahap 2 dan 3 sedang hadir membuat kawalan oleh doktor pakar.  Kepada semua yang masih sihat elok buat ujian darah dan urin. Jaga pemakanan. Kawal anak- anak dari makanan proses. Ajar mereka makan sayur dan buah-buahan. Elak makan ubat untuk kosmetik demi kecantikan. Biarlah kita cantik cara semulajadi. Pengambilan herba perlu berhati-hati seperti ubat kuat untuk lelaki dan wanita. Kawal darah tinggi, kencing manis. Hidup semasa mudah dengan pandangan yang positif. Jika anda yang masih sihat mempertikai pendapat saya ia bukan satu paksaan untuk percaya tapi sebagai pesakit saya berharap anda bukan pesakit baharu.  Jangan buruk sangka dengan Allah. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/933166/

Allah Lebih Sayangi Kita

  Hari ini saya menerima panggilan telefon dari dua orang hamba Allah. Seorang yang kehilangan suami yang jemput kembali ke Rahmatullah. Allah menguji hamba ini dengan suami pesakit buah pinggang sejak 6 tahun dulu. Semalam adalah tarikh alhir perjalanan hidupnya di bumi Alllah. Oleh kerana dia adalah anak saudara Acik Mah maka saya meringan diri menasihatkannya dalam beberapa hal kehidupan selepas kehilangan suami. Pengalaman ibu saya kematian ayah pada usia saya 11 tahun menjadi rujukan. Bukan satu perkara yang mudah bagi seorang wanita menanggung dugaan Allah yang melibatkan kematian. Insan kedua yang menghubungi saya ialah seorang lelaki mendakwa kerosakan buah pinggangnya pada tahap 2. Dia kemurungan sekarang. Katanya dia bermotivasi apabila membaca catatan di blog saya duniaraai.blogspot.com dan FB mengenai perjalanan hidup sebagai pesakit buah pinggang. Saya dapati lelaki ini menanggung tekanan jiwa yang agak tinggi. Kata saya pandanglah saya yang lebih hebat tekanan namun s

Nizam Telah Pergi

  Semalam selepas selamat sampai di Bangi dari Kemaman Terengganu saya dapat masej daripada anak saudara Acik Mah Nooreen Esa bahawa suami Hairul Nizam Ishak sedang ditidurkan selepas tiga jarinya dipotong walaupun doktor mahu memotong kakinya hingga ke lutut. Proses ini dilakukan ekoran Nizam terpijak paku. Nizam ditidurkan untuk memulihkan jantung dan paru-paru. Nizam sudah lama menjalani rawatan dialisis. Setiap kali bertemu Nizam saya akan memberi motivasi kepadanya agar positif menjalani kehidupan ini. Hari ini Nizam telah pergi dan tak akan kembali. Saya bagi pihak keluarga Acik Mah amat bersedih dengan peristiwa ini. Innalillahiwainnailaihirojiun..Al Fatihah.

Haji Mohd Tawi

  Semalam kami pesakit buah pinggang di pusat dialisis telah kehilangan ahli setelah Haji Mohd Tawi telah kembali ke Rahmatullah di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. Kembalinya Allahyarham menamatkan perjalanan seorang pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani proses dialisis tiga kali seminggu empat jam setiap sesi. Haji Tawi agak rapat dengan saya sejak mengenalinyaa ketika pertama kali menjejakan kaki di pusat dialisis tepat jam 6 pagi. Selepas solat Subuh kami akan berada di sebelah mesin dan melayan proses pensucian sambil tidur atau berbual. Allahyarham Tawi telah melalui proses dialisis selama 12 tahun. Dia antara pesakit veteran dan disegani kerana perwatakannya yang lembut dan banyak memberi nasihat kepada pesakit lain. Antara nasihat arwah ialah jangan makan apa-apa supliment atau herba kerana ia akan memburukan lagi keadaan buah pinggang. Satu lagi nasihat Haji Tawi ialah, jaga air jangan minum terlalu banyak. Haji Tawi telah tiada, staff yang menjaganya pasti mempu

Pertemuan Selepas Bersara

  Hari ini padat dengan temujanji doktor di HCTM di sebelah pagi. Jam 1 petang balik Bangi buat dialisis dan petang hingga malam ziarah anak yang buat pembedahan semalam. Sebagai pesakit di hospital yang melahirkan ramai doktor pakar tidak dapat mengelak dari terlibat sebagai pesakit kajian mereka. Oleh itu hari ini 6 orang bakal pakar surgeri khususñya untuk Festula menggunakan tubuh saya untuk bahan kajian mereka. Walaupun ada pesakit yang tak gemar diganggu pravisi mereka tapi bagi saya apa salahnya saya membantu mereka. Secara tak langsung ia satu amal jariah sebelum kembali ke Rahmatullah. Foto: HCTM menjadi medan pertemuan antara yang sudah bersara dan yang masih berkhidmat #HCTM

Kisah Seorang Pesakit

Setelah 22 tahun saya berulang alik ke hospital bisikan hati tentang jiwa seorang pesakit jarang kita dengar.  Kita boleh ketepikan keluhan anak jika ibu ayah sakit. Kisah seorang anak yang berulangalik dari Kedah ke Kuala Lumpur. Kisah sewa ambulan dari Kelantan ke KL. Kisah siapa nak hantar ibu ayah yang akan berjumpa doktor. Banyak kisah sedih yang meruntum jiwa dari kalangan pesakit. Paling menyebakkan dada ialah kisah bayaran hospital. 5, 10, 20 ribu adalah jumlah biasa perlu dibayar jika melibatkan bilik pembedahan.  Bagi mereka yang ada tanggungan.oleh skim pencen mungkin boleh nyenyak tidur kerana semua bayaran diuruskan oleh JPA.  Bagaimana dengan yang tiada? Mujur kita ada pusat zakat, baitulmal  bagi pesakit Islam. Bagi bukan Islam mereka boleh merayu di Jabatan Kebajikan Masyarakat, Perkeso dan NGO tertentu. Bagi mereka yang mengambil insuran masih lega insuran boleh bayar mengikut jumlah polisi.  Dalam group pesara yang saya sertai, ada ahli yang berkata gunakanlah baki wa

Kehidupan Ini Singkat Masanya

Lima tahun sebelum bersara berbagai perancangan saya buat. Ada rakan-rakan yang kata rugi pengalaman dan kemahiran kalau tak di sambung. Betul ke? Empat tahun selepas bersara dan nak masuk tahun kelima saya sedar umur bukan angka lagi. Jangan banyak angan-angan jika sudah masuk 60an. Lihat sekeliling bahawa rakan-rakan kita semua sudah kembali menemui pencipta, Allah. Harta yang ada akan jadi pesaka kepada keluarga. Umur berbaki serahkan kepada Allah dan sejadah. Jika nak mencurah ilmu, curahkan sebelum bersara. Kalau selepas bersara kawan-kawan akan kata cuku-cukuplah tu. Kalau semasa bekerja dulu ada anugerah apa2 keistimewaan letaklah kat dinding dan tengok sebelum tidur. Kita tidak akan tinggal apa2 ketika sakit. Wang dalam bank tak akan dibawa ke bilik bedah, ke kubur. Semasa daftar kat wad nurse akan tanya pencen atau polisi insuran. Jangan lupa kerap2lah lawat kawan sakit atau meninggal dunia. Ajar anak2 baca Quran supaya semasa matimu dapat juga dibaca buatmu Harta jika ada usa

Ketika Saya Sekeluarga Positif Covid

Imej
 1.  Catatan Covid 1: Saya, Acik Mah dan Nur Aqilah Raai positif Covid. Sebarang perjumpaan dihentikan sehingga tempuh kuarantin tamat. Dialisis pun kena buat ikut jadual dan tempat khas. Temujanji di HCTM kena tunda. Azab juga dua malam tak boleh tidur...Doakan buat kami ye.. 2. Catatan Covid 2 : Dua malam saya tidak tidur. Tidur jam 11 malam jam 12 tghmalam dah terjaga sampai jam 4 pagi saya dah tak boleh tidur. Kahak, lendir air liur hampir suku baldi kecil saya keluarkan. Mulanya saya fikir mungkin sebab saya terlebih minum air. Dada pedih, tekak penat kerana batuk. Bila ingat kembali macam batuk semasa saya tunai haji tahun 2019. Biasanya sekitar jam 2 hingga 3 pagi saya akan kejut Acik Mah yang sedang nyenyak tidur walaupun dia dan Nur Aqilah Raai juga demam. Acik Mah akan urut dada saya. Amat luar biasa sakitnya. Sejak saya buat Dialisis tak pernah demam, batuk dan selesema kecuali hujung tahun 2019 saya demam kerana ada jangkitan kuman. Pagi tadi saya buat swap test sebelum

Mengenang Peristiwa Tunai Haji:

Imej
MUSIM HAJI 1443/2022 TELAH BERAKHIR. RAMAI HAJI DAN HAJAH TELAH KEMBALI KE TANAH AIR DAN MENINGGALKAN KENANGAN DAN RINDU TIDAK ADA PENGHUJUNGNYA. JIKA ADA JEMPUTAN DAN REZEKI PASTI AKAN ADA YANG AKAN KEMBALI MENGUNJUNGI TANAH SUCI INI.  Saya dan isteri sentiasa rindu dan mengulangi kisah-kisah di Tanah Suci. Ada waktu menitis air mata mengenang bagaimana kami menjadi intim dan tertaup kasih sayang semula ketika di sana. Benarlah sebagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim meninggalkan isteri baginda Siti Hajar bersama isteri.  Menitis air mata seorang lelaki bila mengenangkan sirah Nabi Ibrahim. Mengenang Nabi Ismail kehausan ditanah gersang. Ketika meminum air Zam-Zam pasti teringat Siti Hajar menyebut Zam-Zam dan memberi Nabi Ismail meminum air mustajab itu.  Kita menempuh azab ketika menunai haji tidak lama. Kita tidak melihat kambing yang akan disembelih untuk bayaran Dam. Kita tak nampak kambing yang disembelih untuk kurban di Mekah. Tapi apabila berada di Mina sudah pasti kita akan teri