Nasihat Saya

Saya terus menulis setelah tamat sekolah menengah. Waktu itu ialah peralihan ejaan melayu lama.ke baharu. Agak sukar mengubah banyak ejaan lama. 


Oleh kerana itu penulisan menjadi medan saya melatih diri bermesra dengan ejaan baharu selepas tamat sekolah.


Saya mengarang Cherpen, sajak. Shahnon Ahmad yang lahir dari satu daerah dengan saya menjadi idola untuk mengarang cherpen, novel. Tongkat Waran menjadi ikutan ketika menghasilkan puisi.


Beberapa tulisan saya berjaya menembusi corong radio RTM. Dapatlah sedikit wang sebagai saguhati. Chita-chita saya membara nak jadi penulis. 


Namun 1979 mengubah landskap kehidupan saya apabila menjadi jurufoto. Pen dan pensil jarang saya guna ketika bertugas. Tapi pen yang agak mahal saya tetap selit di saku sebab saya masih minat identiti sebagai penulis. 


Saya banyak menulis karya sastera di Utusan Malaysia, Watan. Sahabat saya Dato Badrol Ahmad (Allahyarham) mantan pengarang Utusan dan mantan YB Bangi banyak membantu. 


Tapi kerjaya saya di UKM terus memuncak. Bakat saya 'dicekup ' oleh puan Nurul dan puan Salmah Ahmad. Mereka adalah pegawai penerbitan di PRO UKM. Dua orang pegawai ini banyak memberi ruang untuk saya. 


Akhirnya lahirlah tulisan saya di ruang majalah rasmi UKM. Ada juga artikal saya dipetik oleh akhbar arus perdana.


Kemunculan media sosial menjadikan saya 'gila' melayan kehadirannya. Sebelum wujud Face Book saya sudah mula menulis di laman web yang di uruskan oleh Tripod.Com. Oleh kerana tulisan saya 100% dalam bahasa Melayu pernah Tripod menyekat web saya. Ketika itu zaman Reformasi. Mungkin mereka ingat saya penulis politik sebab itu web fotografi saya disekat. Seminggu lepas itu setelah merayu dengan bukti yang kukuh saya dapat kembali bersiaran😊


Sekitar 2005 saya menjadi pemilik laman blog. Saya tulis apa saja. Tapi banyak kisah pemuda kampung disamping itu saya memuatkan gambar-gambar. Sebab itu jika membuat carian di Google jangan terkejut nama sebaris Aswara Rai🤔 Malah nama saya lebih berada di atas sebab saya lebih awal menopoli tapak Google, Yahoo dll.


Suatu petang saya menerima panggilan dari jauh. Rupanya bekas guru bahasa Melayu yang bercakap di telefon. Katanya beliau dapat nombor telefon saya dari laman blog. Saya kata ada banyak salah eja ke cikgu. Kata cikgu Lah dia berbangga saya boleh dan berani menulis blog.


2009 saya buka akuan FB. Orang kata buang masa. Saya tak kisah. Orang kata Yahudi punya. Saya kata janji aku boleh berdakwah walaupun sekeping gambar masjid!


FB saya rakan dari kalangan bijak pandai. Akhir-akhir ini saya perlu berhati-hati kerana ramai rakna saya dari kalangan ustaz. Nak pos pasal hadis pastikan bukan palsu, lemah.


Setelah saya bersara dan munculnya Covid telah mengubah 360°. Syukur minat menulis masih belum padam. Saya jadikan penulisan sebagai kerjaya baru. Geg bisnis yang menghasilkan wang ikan dan sayur atau membayar bil letrik membuka mata Acik Mah bahawa kegilaan berjaga malam sebelum ini ada hasilnya. 


Saya pernah dimarahi kawan ketika temuduga naik pangkat.


 Katanya, "kerana kau pandai buat web dan blog habis orang lain kena tanya topik yang sama". Setahun selepas itu dia datang ke pejabat saya nak belajar buat web dan blog😄. Kata saya kepada dia program yang guna dah ketinggalan zaman.


Sahabat. Perchayalah dalam kehidupan berkerjaya multitaskil amat mustahak. Jangan abaikan kemahiran kedua kita. Malah ada sesetengah orang hingga ada empat kemahiran. Begitu ilmu berijazah. Rebutlah selagi ada peluang.


Misalnya belajar ilmu agama di peringkat diploma walaupun sudah ada ijazah pertama dan kedua. Tahukah sahabat ilmu itulah yang boleh digunakan selepas bersara dengan mengajar di masjid dan surau selepas dapat tauliah.


Lakukanlah biarpun tiada upah dan elaun tapi proses mencanai kemahiran itu amat mahal kalau perlu kita bayar. 


Sebelum masuk pejabat cuba tanam motivasi saya hari ini. 


*Beberapa ejaan saya guna ejaan lama sebagai nostalgia😊


Saya seorang penulis, Raai.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah