Langkau ke kandungan utama

Khidmat Pelanggan

 Situasi Pertama:

Di kaunter penghantaran pos laju yang besar. Saya dan isteri nak hantar barang kat anak di Terenganu. Saffnya bertanya dah isi Aps ke? Saya kata belum. Dia pun tunjuk code Aps syarikatnya yang ada kat kaunter. Saya pun scan. Ada masalah dan dia minta masuk ke laman web. Setelah masuk 'dengan penuh sopan' staff itu menyuruh saya isteri beredar ke tempat lain. Kami sebagai wargamas malas nak membantah terpaksa akur. Untuk menahan marah kerana berpuasa saya beredar dari bangunan itu. Merajuk.
Situasi Kedua:
Selepas merajuk dengan keadaan di pejabat penghantaran terkenal itu, kami ke sebuah tempat penghantaran laju yang terkenal juga. Setelah membuat scan My Sejahtera kami beratur kerana tempat itu kecil dan hanya membenarkan 3 orang sekali masuk.
Seorang staff wanita muda menyapa saya dan bertanya nak hantar barang apa. Saya kata ada makanan, keperluan diri dan Al Quran. Staff itu kata Quran tak boleh. Saya pun mengoyak kotak dan mengeluarkan Al Quran. Kemudian dia tanya dah isi Aps. Saya kata belum.
Ketika terkial-kial mecari kat telefon wanita itu kata, tak apa, guna telefon beliau. Dia tolong isikan maklumat. Kemudian kami ke kaunter. Selesai.
Dua kisah ini saya tulis kerana ingin membandingkan mutu perkhidmatan di negara kita. Ada yang mesra pelanggan, ada yang tidak.
Sebagai 'wajah seorang wargamas' pada kami sepatutnya tidak menerima layanan seperti di lokasi pertama. Walaupun saya tidaklah 'terlalu buta IT' tapi sebagai seorang staff mereka tidak boleh menganggap semua orang celik IT.
Mereka tidak boleh berbangga dengan keteguhan syarikat mereka dalam suasana pendamik Covid-19. Kerana sikap dan mutu layanan akan membantu keteguhan sesebuah organisasi.
Mulanya terasa nak menyalahkan staff di lokasi pertama tapi setelah sampai di lokasi kedua dan dimaklumkan Quran tak boleh hantar saya kata kat
Acik Mah
ada rahmat juga jika tak kita akan menanggung dosa kerana mengirimkan dokumen tak dibenarkan.
Adalah ilmu dari pengalaman kita!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara ora

Boria dan Dikir Barat

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas