Saya Berjaya Keluar Dari Kemiskinan

Isteri penyokong kuat
kerjaya saya
Kenapa saya masih meneruskan kegilaan dalam bidang fotografi setelah bersara? Saya gila dunia dan lupa akhirat di usia emas? 😄
Saya pernah berkata kepada isteri biar saya mati sebagai karyawan foto. Mungkin isteri saya sudah lupa ungkapan itu.
Saya berjaya merangkul anugerah ketika bekerja dulu dalam berbagai ketogeri. Tapi yang tak akan saya lupa ialah apabila berjaya mengubah kehidupan seorang ibu tunggal dari miskin menjadi senang. Saya tahu itu adalah secebis doanya.
Arwah ibu pernah berkeras mahu saya masuk mengaji pondok kerana itu hasrat arwah ayah. Tapi saya tak mahu. Namun dengan rezeki yang saya ada saya berjaya ke Tanah Suci sebanyak 3 kali. Dapatlah saya buat badal umrah kepada mereka.
Malah saya dalam proses membuat badal haji kepada ibu dan ayah namun atas faktor Covid-19 tujuan itu tertangguh. Saya berdoa musim tahun akan berjaya kerana segala bayaran telah diselesaikan.
Sahabat, biar apa bidang yang kita ceburi fokus atau istiqamah amat penting. Kita tak akan capai atau gapai semuanya tapi membahagiakan ibu ayah adalah satu matlamat utama.
Ketika saya gagal menjadi pelajar sekolah pondok tetapi dalam bidang fotografi saya nampak ada ruang berdakwah walaupun tidak bertaraf ustaz.
Misalnya ketika saya mengajar secara sambilan dulu akan saya selit peri hebatnya Islam.
Sesuatu yang sukar tidak menjadi masalah jika kita tahu selok beloknya. Allah pasti membantu kita. Yakinlah.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assalamualaikum Tuan,

Syukur dapat dijemput mengerjakan haji menyempurnakan rukun islam kelima.
In shaa Allah, nanti sy add tuan sebagai rakan diFB. Semoga perjalanan kehidupan kita ini sentiasa didalam rahmat dan redha Allah SWT. Kita datang dengan tangan kosong, masa pulang bawa dosa bawa pahala. Semoga kita dan keluarga selamat di dunia dan akhirat. In shaa Allah.

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah