Fotografi: Ada Keinsafan Dan Hidayah

 

Kenapa saya berpegang pada fahaman di dalam fotografi ada peluang berdakwah?

Ketika merakam gambar jika kita sudah boleh mengelak unsur-unsur sexy ia sudah satu kejayaan pada prinsip kita walaupun orang barat menggunakan sexy sebagai subjek penting mereka.
Bayangkan ketika kita merakam gambar haiwan atau serangga kita akan faham habitatnya. Misalnya ulat gonggok jika mengawan memakan masa antara 3 hingga 6 jam!
Lihat saja semut apabila kita merakam gambarnya kita akan yakin bahawa ia berkomunikasi sesamanya dan ia dikaitkan dengan kisah nabi Sulaiman yang memahami apa yang diucapkan oleh semut dan haiwan lain.
Fahamlah kita ada makhluk yang dicipta daripada cahaya yang mampu mengganggu manusia. Sedangkan fotografi dicipta dengan konsep lukisan cahaya. Justeru tidak hairan jika fotografi juga boleh menggugat iman dan akal manusia.
Bayangkan kita boleh jumpa sungai yang wujud di bawah tanah. Rujuk gambar.
Fotografi ada kaitan dengan sains dan teknologi. Maka kamera bukan segala-galanya. Mikroskop, Eletron Mikroskop juga sebahagian komponen merakam imej mikro yang tak boleh dilihat oleh mata kasar.
Antaranya merakam gerak laku Liken, Nano, virus, bakteria. Oleh itu pembuktian gambar bentuk virus Covid-19 yang dipamirkan sudah tentu mengerunkan jika dilihat oleh kita. Ia bukan imej rekaan grafik. Imej ini dirakam dengan Elektron Mikroskop.
Oleh itu kita tak boleh menafikan unsur mikro ini yang sedang mengganggu umat manusia. Kita tak nampak macam gajah, harimau. Sedangkan jika dalam rumah kita ada cacing pun sudah tak boleh tidur malam.
Jika fotografi itu haram maka kitalah yang harus mengubah menjadi ke arah tidak haram. Kita boleh pilih bidang apa yang halal untuk digunakan rezekinya hingga akhir hayat. Yang haram tetap haram.
Sekadar pendapat. Sahabat-sahabat saintis dalam Face Book saya boleh menambah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah