09 Januari 2021

Bersediakah Dengan Norma Baru

 Covid-19 akan jadi macam Denggi, HIV. Orang akan lali sampai suatu masa nanti walaupun ketika kemunculannya semua orang jadi panik.

Denggi bila kita lupa maka akan ada yang demam hingga masuk ICU. Datang kakitangan KKM sembur racun sekitar rumah. Lepas itu lupa lagi dan kita jadi penternak nyamuk.
HIV kita ikut SOP. Nak gunting rambut pisau cukur tak kongsi dengan orang lain. Tak kongsi pengepit kuku. Tapi ada yang tak serik meninjau lorong-lorong maksiat.
Covid-19 apabila jumlah pesakit jadi kurang maka ada yang lupa nak pakai mask, tak ikut jarak, tak basuh tangan. Buka sempadan ramai yang makan angin.
Sampai suatu masa nanti ada pereka fesyen cipta mask yang lebih anggun. Fesyen tudung yang boleh menutup muka maka semua orang akan selesa berada dalam norma baru.
Pada ramalan saya apabila wanita sentiasa pakai mask maka wanita yang pakai purdah tidak akan rasa terasing lagi👍
Waktu itu mungkin pada tahun 2022, jualan gincu, celak, losyen muka, ubat gigi akan menurun.
Mulai sekarang peniaga kosmetik kena fikir apa enovasi terbaharu mereka
Satu lagi kedai makan akan jadi macam di Mekah dan Madinah tiada kerusi dan meja. Tapau makanan bawa balik. Kedai 24 jam tiada lagi dan seorang isteri akan lega sebab suami tak keluar malam.
Waktu itu bahan kosmetik akan diperlukan untuk bagi suami nampak cantik. Rumah tiga bilik tak sesuai lagi sebab anak dah ramai😀
Terfikirkah wahai sahabat?

Tiada ulasan:

Cara-Cara Nak Keluar Masuk Wang Tabung Haji Dengan CIMB Click

  Sejak PKP 1.0 hingga 3.0 urusan nak keluar dan masuk wang ke Tabung Haji menjadi susah. Mana taknya berbaris satu hal, ada masanya TH tutu...