10 Oktober 2020

Penyakit Hilang Ingatan

 Setelah memasuki usia emas ni saya ada satu perkara yang hendak dikongsikan iaitu masalah hilang ingatan. Tambahan bagi kita yang ada penyakit kronik atau yang melibatkan kemurungan.


Foto oleh:http://93quotesz.blogspot.com/2018/03/kata-kata-mutiara-bijak-islami-terbaik.html


Boleh dicam jika kita tahu bagaimana ianya terjadi. Ia amat merbahaya jika terjadi di luar rumah mana tak tahu nak balik rumah. Jika ini terjadi maka seseorang itu akan hilang terus ingatan dia tentang dirinya.
Sering terjadi juga kepada mereka yang kemalangan namun apa yang saya nak sentuh inilah hilang ingatan akibat tekanan hidup berpunca kerana penyakit, masalah peribadi, masalah keluarga.
Saya sentuh hal ini kerana ada sahabat dan keluarga sebelah isteri saya jadi begitu dan hingga kini terus hilang identitinya. Perubatan menyebut penyakit Alzheimer kita sebut nyanyuk. Dikatakan otak kecut. Rakan-rakan bidang perubatan boleh membantu saya menghuraikan masalah ini.
Oleh itu ada beberapa perkara perlu dielak sebelum terjadi:
1. Kawal emosi. Jangan biar kemurungan ada dalam diri kita. Bergembiralah dengan isteri atau suami, keluarga dan rakan-rakan.
2. Enjoy dengan kerjaya walaupun anda tidak suka.
3. Banyakkan membaca Quran, zikir, membaca buku-buku.
4. Masalah orang jangan difikir. Kalau tak mampu membantu tolong carikan orang mampu menolong.
5. Sentiasa memaafkan orang buat salah dengan kita dan minta maaf jika kita ada buat salah.
6. Ada hutang bayar ikut kemampuan.
7. Ingat Allah sepanjang masa.
8. Ingat bahawa mati itu pasti dan jangan lupa buat persiapan untuk menuju kematian sepanjang masa.
Kepada yang ada keluarga atau rakan yang berpotensi begini:
1. Jangan biar dia bersendirian.
2. Bangunkan potensi dirinya. Bagi ucapan penghargaan kepada beliau
3. Hiburkan dia supaya tidak kemurungan
4. Bawa jumpa pakar agama atau perubatan.
Sebenarnya ciri-ciri ini banyak terjadi setelah Covid-19 datang. Lebih parah bagi mereka yang berpenyakit kronik.
Saya juga ada. Anda ada?
🌷😁🤗

Tiada ulasan:

Galeri

Kursus Fotografi Online

Pada hari Khamis 26 November 2020 Jam 10 pagi hingga 11 pagi saya akan mengadakan kursus asas fotografi online bagi penggemar fotografi yang...