Jangan Mudah Tertipu Dengan Scammer

Ketika membaca berita yang berbunyi "Seorang pesara ditipu oleh Scammer sebanyak RM60 ribu" saya merasa amat sedih. Kenapa terjadi begitu? Antaranya ialah; kurang cakna jenayah cyiber, kurang ambil peduli masalah sekitar, menganggap media sosial sebagai tidak penting.

Contoh-contoh penipuan yang penulis cuba diperdayakan






Sebelum wujud Face Book, Twitter, Instagram, Linkedin, Whatsap sudah ramai yang terkena dengan penjenayah cyiber menerusi email dan panggilan telefon bimbit atau telefon rumah.

Kakak ipar saya sudah fobio jika telefon rumahnya berdering kerana 'pihak bank' sering mengubunginya yang mengatakan dia ada berhutang dengan bank tertentu.

Sejak saya bersara dua tahun lalu, Scammer sering menelefon ke telefon talian tetap di rumah saya. Berbagai-bangai agensi mereka gunakan kaedah penipuan. Misalnya dari Jabatan Hasil Dalam Negeri, PDRM, JPJ, Pos Malaysia, Bank, Mahkamah dan sebagainya. Kaedahnya cukup licik dan menyakinkan.

Viral mengenai penipuan mereka sering kali telah didedahkan dalam media cetak, media sosial dan UTube tetapi mereka seperti tahu tak semua orang yang membaca dan mengikutinya.

Penipuan di telefon talian tetap biasanya akan terjadi sebelah pagi selepas jam 9 dan sebelum jam 1 petang. Mereka menggunakan cara cukup menyakinkan. Saya sendiri pada awalnya macam percaya, namun saya bersyukur kerana dapat mencium tektik penipuannya setelah 5 minit berbual.

Kebiasaannya mereka menggunakan bahasa Melayu yang begitu lemah nahunya. Mana mungkin jika seorang yang bercakap dari Mahkamah bercakap macam seorang penjual sayur?

Maafkan saya rakan-rakan dari kalangan bangsa Cina. Rakan-rakan saya dari kaum ini kalau bercakap dengan saya amat fasih bahasa Melayunya. Apabila ada penangkapan maka kita akan tahu siapa sebenarnya penjenayah ini.

Ada satu kes sepuluh tahun dulu apabila seorang lelaki menelefon saya dengan menggunakan loghat Sabah. Dia meminta saya ke ATM mesin untuk mendapatkan wang hadiah dari sebuah aperator telefon bimbit dengan kata-kata kamu adalah pengguna setia. Lelaki itu meminta saya ke mesin ATM dalam tempuh hanya lima minit.

Saya kata mesin ATM jauh dan bagi masa saya 30 minit. Lelaki itu bersetuju. Kemudian saya menghubungi syarikat telefon berkenaan maka staff yang menjawab berkata, "Jika pihak kami nak memberi apa-apa hadiah, kami akan meminta encik datang ke pejabat kami".

Alhamdulillah sejak kerajaan melaksanakan PKP kerana wabak Corona Civid-19, Scammer yang membuat panggilan ke telefon tetap tiada lagi. Rupa-rupanya kerjaya mereka juga terancam. Kesian....😆   

Walaubagaimana pun kita jangan lupa, Scammer di Face Book, Whatsap masih berlaku! Mereka menggunakan cara yang agak licik dengan menggunakan gambar dan nama dari rakan FB kita yang terkenal. Kemudian mereka menghantar masej peribadi dengan menawarkan jumlah wang yang cukup lumayan iaitu USD 100 ribu. 

Penipuan di Face Book mudah diketahui jika anda telah lama membuka akaun FB:

1. Mereka menggunakan profil dengan gambar dari salah seorang rakan FB kita yang sedia menjadi rakan.
2. Jika anda semak senarai rakannya tidak ramai hanya sekitar 5 atau 6 orang sahaja.
3. Menariknya apabila anda menerima dia sebagai rakan, tidak lama selepas itu mereka akan menghantar masej peribadi dalam bahasa Inggeris.
4. Jika anda menjawab dalam bahasa Melayu dia akan menjawab dalam bahasa Melayu tetapi memakan masa sebab mereka menterjemah dari Google Translate.
5. Nak tahu dia Scammer atau tidak cuba tanya hal peribadi, seperti dah sarapan ke, dah makan durian ke, tak balik kampung ke pastinya dia akan terus menghantar masej penipuannya seperri menawarkan wang yang jumlahnya buat kita pitam!
6. Cuba layan lagi dan mainkan dia katakan gambar profil itu gambar abang, ayah atau kakak anda. Hantar imej ayat-ayat quran kat dia, Insya-Allah lepas tu dia belah dan akan blok nama anda!😁

Namun cara yang penulis senaraikan tidak selamat jika anda tidak mempunyai banyak akaun FB kerana merbahaya jika Scammer bermain dengan cara lain dengan membuat Fake akaun bagi nama anda. Ingat, Scammer ni orang bijak IT oleh kita kena bersedia dengan akun lain agar dapat memantau nama kita tidak dsalah gunakan.

Cara paling selamat dengan Scammer ialah jangan layan langsung permainan mereka berdasarkan ciri-ciri berikut:

1. Jangan layan penama yang menggunakan nama yang sama jika menghantar permintaan untuk menjadi rakan. Kecuali dia mengirimkan masej bahawa akaunnya sebelum telah tak boleh aktif lagi.
2. Fikir secara logik kenapa seseorang harus ada dua atau tiga akaun media sosial dengan gambar profil yang sama?
3. Biasanya jika Scammer, senarai rakannya hanya sekitar sepuluh orang ke bawah sahaja.
4. Jika melibatkan wang fikirlah secara logik mana orang nak bagi wang dalam jumlag begitu banyak kepada orang yang tidak dikenali?

Scammer tak akan terus berdiam diri kerana pulangan hasilnya lumayan setiap hari. Kita hendaklah berwaspada dengan tektik-tektik mereka. Mereka penjenayah yang profesional justeru itu kita kena sentiasa berwaspada. Apabila wang telah lesap dari akuan bank kita sudah pasti tidak boleh buat apa-apa lagi. Putih mata.

Wargamas yang menghadapi masalah kewangan wajib berwaspada kerana ketika Scammer memerangkap anda itulah ketikanya anda akan terperangkap. Misalnya kepada anda bercita-cita untuk kaya, menghadapi masalah hutang.

Kunci kepada semua masalah inilah usah percaya jika anda dipancing dengan wang!!

______________________________________________________________________________
Nota: Penulis ada seorang pesara UKM: Pernah menerima Anugerah Bitara UKM-2016, Penerima Anugerah Inovasi ICT UKM-2013

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah