Pengalaman Berpuasa Sebagai Pesakit Buah Pinggang

Sekadar menyentuh Puasa dan Pesakit Kronik. Sebelum datangnya bulan Ramadan saya sudah membuat sedkit soal selidik dengan pesakit yang dah lama (ada yang dah 11tahun) menjalani rawatan Dialisis. Mereka kata ikut kemampuan.

Nurse di pusat Dialisis juga memberi panduan, misalnya jika berlaku komplikasi semasa proses cuci darah dilakukan elok berbuka.

Pendapat ilmuan agama Islam juga dirujuk yang mengatakan bahawa boleh tidak berpuasa jika memudaratkan.

Justeru,  pendekatan diambil memulakan  berpuasa dengan berdoa kepada Allah agar diberi perlindungan serta mengharapkan puasa-puasa terdahulu dapat memberi kekuatan kepada jiwa dan fizikal kepada saya.

Alhamdulillah dengan 'Power of Doa' saya dapat meneruskan puasa sepanjang bulan Ramadan lepas tanpa sebarang gangguan walaupun saya sudah membuat congak bahawa kemungkinan saya akan meninggalkan puasa sebanyak 12 kali.

Allah memudahkan proses rawatan Dialisis bermula seawal jam 6.30 pagi di mana baharu sahaja bersahor kira-kira sejam sebelum itu.

Oleh itu saya merumuskan jika pesakit nasih boleh bertenaga dan kekuatan masih ada maka boleh terus berpuasa disamping itu nasihat pakar harus diambil kira dan pendapat dari ilmuan agama juga usah diabaikan.

Pada hemat saya, jika masih sihat jangan abaikan apa jua ibadat kerana ketika telah datang penyakit sudah pasti Allah akan membantu kerana Dia lebih tahu apa yang kita mampu dan tak mampu lakukan.

Jangan dirisau akan segala-gala kemungkinan kerana bantuan dari Allah adalah pasti! Kehidupan harus diteruskan dengan fikiran yang POSITIF.

Pada 2 Syawal 1441 saya memulakan puasa enam hari bulan Syawal dengan ditemani oleh isteri, AcikMah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah