06 Mei 2020

Usah Lemah Semangat Ketika Sakit

Saya lebih dikenali sebagai Jurufoto Makan Gaji Kerajaan. Cukup bulan dapat gaji. Boleh baca kisah kerjaya saya di blog kisahraai.blogspot.com
Pada tahun 2000 mata saya menghadapi masalah. Mata sebelah kiri, saya istilahkan sebagai 'buta' sebab tidak mampu melihat kabur dan gelap. Sehingga kini saya melihat dunia yang indah hanya dengan mata kanan.
Pada 16 April 2018 hari akhir saya bertugas dan membuat kunjungan hormat ke pejabat Naib Canselor UKM (NC ketika itu), YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali. Beliau terkejut apabila saya memberitahu masalah mata saya. Apa tidak terkejut sebab sepanjang bertugas membuat liputan gambar ke mana saja beliau pergi, saya melakukan kerja seperti tiada masalah.

Sepanjang saya bertugas di UKM banyak kejayaan saya capai. Paling membawa kenangan tahin 2017 saya diberi Anugerah Bitara Kecemerlangan dan pada tahun 2018 saya disemat Pingat Jaksa Kebaktian (P.J.K) oleh Yang DiPeryuan Besar Negeri Sembilan. Semua kejayaan saya rakam di profilraai.blogspot.com.




Pada hujung tahun 2014 saya diberitahu oleh di Poliklinik UKM bahawa Buah Pinggang telah lemah dan perlu dirujuk dengan doktor pakar. Pertengahan tahun 2015 saya menjalani satu pembedahan agak besar membuang Batu Karang sebesar hampir 3cm selama enam jam di Hospital Canselor Tuanku Mukhriz/Pusat Perubatan UKM (HCTM)
Siri pembedahan telah saya jalani selepas itu pada tahun 2016 dan 2017. Boleh baca di catatan di blog saya sakitraai.blogspot.com
Pada tahun 2018 saya terus membuat rawatan di HCTM yang akhir pada bulan April 2019 doktor pakar Buah Pinggang meminta saya mengikuti taklimat Proses Dialisis.
Kuasa Allah siapa tahu. Bulan Julai 2019 saya dan isteri dijemput oleh Allah menunaikan fardu Haji pada musim 1440. Secara jujur saya beritahu saya dan isteri menunai haji dengan pakej swasta Tabung Haji. Kami menggunakan wang hasil bersara. Rezeki yang ada kami korban demi tuntutan Allah. Jika kami tak ambil kesempatan ini maka kemungkinan besar tiada lagi peluang menunailan fardu haji. Pesakit Buah Pinggang tidak boleh menunaikan haji. Kisah lengkap boleh dibaca di hajiraai.blogspot.com
6 Disember 2019 ketika saya bertemu doktor pakar Hati, beliau terkejut kerana tahap prestasi Buah Pinggang saya telah lemah sangat. Doktor mengarahkan saya masuk wad rawatan Buah Pinggang. Hari itu sebenarnya kami bersedia nak balik Kedah. Hotel dah tempat untuk 4 malam.
Selepas Asar 6 Disember saya melalui memasukkan tiub kat leher. Selepas Maqhrib saya dengan rasminya menjalani proses Dialisis yang pertama selama dua jam di HCTM. Kisah ini beoleh dibaca di duniaraai.blogspot.com
Demikianlah perjalanan kehidupan saya sebagi pesakit yang berkaiatan mata dan Buah Pinggang. Kenapa saya menulis di sini dan di blog? Adakah saya telah keciwa. Allahuakbar tidak sama sekali. Saya yakin ia satu ujian Allah buat saya.
Selepas balik menunai haji ada orang bertanya apakah saya tak perlu menjalani rawatan Dialisis lagi? Maklumlah saya dah samapi Padang Arafah, Mina, Baitullah dan Raudah. Adakah doa-doa saya di sana telah dimakbulkan oleh Allah.
Baik, kita sebagai hamba Allah jangan berburuk sangka terhadap-Nya. Dalam banyak hal saya fikir Allah telah memakbulkan doa saya misalnya ketika saya melawat Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru pada bulan November 2019 tiada kejadian yang merbahaya terjadi.
Ketika saya nak balik Kedah saya dihalang dengan masuk wad. Kalau saya teruskan juga perjalanan jauh tersebut dan terjadi sesuatu sudah pasti amat merbahaya.
Malah sekarang saya menjalani rawatan Dialisis dengan mudah tanpa sebarang komplikasi buruk.
Ingat pada Kekuatan Solat Lima Waktu,Tahajut, Witir, Taubat dan Duha. Percayalah pada kehebatan Zakat, Wakaf dan Sedekah.
Maaf saya menulis agak panjang bab saya sebagai pesakit kronik. Bukan nak minta sempati jauh sekali menunjuk-nunjuk. Saya ingin memberikan Motivasi bahawa selagi Allah berkehendakkan kita terus hidup, kita akan hidup! Kerana dengan panjangnya usia kita akan memboleh dakwah diteruskan walaupun hanya kepada keluarga.
Jika Allah nak matikan saya sudah pasti saya akan meninggal dunia di Mekah atau Madinah pada tahun 2016 dan 2018 (saya tunai umrah) atau pada tahun 2019 ketika menunaikan haji.
Alhamdulillah sehingga kini saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini Malah di bulan Ramadan mampu menjadi Imam Tarawikh dan membuat tazkirah online FB bersama anak-anak dan anak-anak saudara.
Tulisan saya ingin memberi Motivasi kepada semua pesakit kronik dan sesiapa saja yang sedang menghadapi masalah pesakit Corona Covid-19 dan mereka yang terkesan kerana wabak Covid.
Kita hendaklah redho dengan ujian Allah dan jangan buruk sangka dengan Allah. Allah tak akan beri ujian kepada kita jika tidak mampu.
Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. Abu Hurairah r.a daripada Nabi SAW, Baginda bersabda "Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya" (Riwayat Muslim)

Senarai catatan saya:

Tiada ulasan:

Galeri

Jangan Mudah Tertipu Dengan Scammer

Ketika membaca berita yang berbunyi "Seorang pesara ditipu oleh Scammer sebanyak RM60 ribu" saya merasa amat sedih. Kenapa terjadi...