Corona Virus-19

Semasa masih bertugas sejak tahun 1979 selama 27 tahun saya diberi tugas merakam gambar yang berkaitan penyelidikan sains. Banyak gambar yang berkaitan kuman yang saya terlibat. (Nak tulis istilah kat sini kuatir salah sebab ramai senarai rakan FB bertaraf Profesor 😁).
Percayalah ada pelajar yang tidak prihatin dia orang tak bagitau kat saya alga yang dibawa merbahaya atau tidak. Akhirnya saya kena minta mereka jelaskan dalam borang tugasan spesimen yang dibawa bahaya atau tidak.
Pernah sekali jari saya dijangkiti kulat. Puas berubat di klinik baru sembuh.
Segala macam virus atau bakteria yang dirakam oleh kami (dalam kes ada rakan lain merakam guna mikroskop dan Elektron Mikroskop) menghasilkan imej cukup cantik. Tapi bahayanya kepada manusia Allah saja yang tahu.
Sekarang apabila dok tengok gambar virus Corona Covid-19 memang cantik dari sudut fotografi. Namun.....bahayanya Allahukabar. Kecilnya tak nampak oleh mata kasar. Datangnya sukar dirasa.
Oleh itu langkah pencegahan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kita ikut saja. Duduk dalam rumah dan jom tidur.
***Kesan 27 tahun buat kerja dengan penyelidikan makmal, rambut jadi botak!!!!🤔😁

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah