Cabaran Kita Ketika Corona Covid-19

Ketika Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) seluruh Malaysia pada 16 Mac 2020 ramai rakyat merasakan satu kejutan yang tidak diduga. Namun bagi warganet PKP yang bermula pada 18 Mac 2020 itu tidak mengejutkan sangat kerana beberapa hari sebelum telah tular mengenai PKP ini cuma mereka tidak jelas bentuk PKP yang akan dilaksanakan.

Akhirnya pada 18 Mac 2020 bermulalah PKP yang meminta agar semua rakyat tidak keluar dari rumah. Bukan sekadar tidak keluar rumah malah rakyat tidak dibenarkan pergi bekerja dan menjalankan aktiviti perniagaan. Beberapa perkhidmatan dibenarkan menjalankan operasi seperti operasi pos, bank, pasaraya, kedai 24 jam seperti KFC, Mac Donald,Eleven, kedai-kedai runcit. 

Rakyat digalakkan bekerja dari rumah atau jika perlu ke pejabat hendaklah menunjukkan surat kebenaran ketua jabatan.


 


Mungkin menjadi panik, beberapa hari sebelum PKP ada berlaku pembelian panik. Banyak pasaraya menghadapi kekosongan barangan di rak-rak barang. Rakyat Malaysia panik. Selepas pengumuman Perdana Menteri, diberitakan menerusi media sosial dan media perdana hentian bas dan lebuhraya sesak. Rupa-rupanya ramai yang balik kampung. Mereka ingat ia adalah cuti umum yang membolehkan mereka balik kampung yang kebetulan ketika itu adalah cuti sekolah.

18 Mac adalah hari saya perlu menjalani rawatan Dialisis kali pertama ketika PKP bermula. Jam 5.50 pagi ketika saya menyusuri jalanraya ke pusat Dialisis Bandar Baru Bangi, Selangor sunyi namun masih terdapat kenderaan yang mungkin orang-orang yang dibenarkan bekerja atau orang-orang yang tidak tahu PKP sudah bermula.

Ketika perutusan khas Perdana Menteri telah berkata "Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak COVID-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.
Sehingga kini, wabak COVID-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif COVID-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia.
Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes COVID-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Dengan wajah yang tenang Perdana Menteri meneruskan perutusan beliau, "Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;



Rakyat jelata pastinya terkejut dengan perutusan ini. Mana tidaknya dalam tempuh 60 tahun negara kita merdeka inilah kali pertama kita menjalani arahan PKP. Jika sebelum ini kita pernah mendengar Perintah Berkurung atas faktor keselamatan ketika zaman komunis. Malah kita pernah menjalani arahan perintah yang kecil ketika jerubu melanda negara dengan teruk.


Pada 10 Ogos 2005, kualiti udara di ibu negara Malaysia Kuala Lumpur begitu teruk bahawa pegawai-pegawai kesihatan menasihatkan rakyat untuk tinggal di rumah dengan pintu ditutup. Sesetengah sekolah ditutup untuk menjaga anak-anak daripada terdedah kepada jerebu.

Manakala pada Pada 11 Ogos 2005 darurat telah diumumkan untuk pelabuhan ke-12 terbesar di dunia, Pelabuhan Klang dan daerah Kuala Selangor selepas pencemaran udara di sana mencapai tahap berbahaya (ditakrifkan sebagai nilai yang lebih besar daripada 500 pada Indeks Pencemaran Udara atau IPU). Ini adalah kali pertama darurat telah dikenakan di Malaysia sejak jerebu pada September 1997, apabila Sarawak telah diletakkan dalam keadaan kecemasan kerana sebab-sebab yang sama.
Keadaan darurat di kedua-dua kawasan yang terjejas bermakna sekolah, pegawai kerajaan, pelabuhan, dan pejabat ditutup. Kedai membawa barangan keperluan, bagaimanapun, seperti pasar raya dan farmasi tetap dibuka.
Selepas tahap IPU menurun kepada tahap yang boleh diterima, darurat itu ditarik balik pada 13 Ogos. (sumber Wikipedia)

Walaupun keadaan alam sekitar tenat namun operasi pejabat-pejabat dan perniagaan masih berjalan seperti biasa. Cuma waktu itu penjualan penutup hidung (mask) meningkat. Harga menjadi mahal. 

Bermula awal tahun 2020 ketika wabak Corona Virus Covid-19 melanda negara China tidak ramai yang menduga ia akan merebak ke negara kita. Malah ketika saya ke KLIA untuk menghantar dan menjemput anak menunaikan umrah keadaan masih terkawal walaupun kelihatan waktu itu ramai pelancongan dari China keluar dari Balai Ketibaan KLIA.

Dunia dan umat Islam terkejut apabila Arab Saudi mengambil keputusan menutup pintu masuknya dari Jeddah dan Madinah bagi tujuan menunaikan umrah. Seluruh umat Islam sedih kerana Masjidilhram dan Masjid Nabawi kosong. ada jemaah umrah yang diarah pulang ke Malaysia setelah tiba di Jeddah.



Rakyat Malaysia juga menerima kesan yang sama apabila Perdana Menteri mengumumkan "Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020."

Berikutan dengan itu telah keluar titah DYMM Yang DiPertuan Agong dan sultan-sultan mengenai pemberhentian solat Jumaat dan solat Jumaat. Masjid dan surau hanya dibenarkan melaungkan azan setiap waktu solat lima waktu dan Muazim mengigatkan penduduk bersolat secara berjemaah di rumah.




Rakyat tidak dapat tidak wajib mematuhi segala perintah ini. Malah ada kes terdapat pihak yang mempertikaikan PKP ini telah didakwa di mahkamah. Mungkin pada mereka PKP ini kecil dan boleh buat main-main dengan membuat rakaman video mempertikaikan perintah kuarantin.

Pada 27 Mac 2020 Perdana Menteri mengumumkan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN). Ramai rakyat Malaysia senyum lega dengan kisah Mak Cik Kiah. Mana tidaknya ketika perutusan ini Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa insentif kepada semua golongan rakyat. Bagi penulis, pengumuman ini telah melegakan banyak pihak yeng tertekan.


Penulis memetik fakta perutusan Perdana Menteri anataranya:

"Daripada jumlah tersebut, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara manakala RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini. 
Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua lapisan masyarakat dan memastikan tiada golongan yang akan tercicir. No one is left behind. Pakej ini menggariskan tiga matlamat iaitu:
 Pertama : Lindungi Rakyat Kedua : Sokongan Perniagaan Ketiga : Perkukuh Ekonomi

Seharusnya rakyat jelata bersyukur kerana kerajaan mampu membantu dengan pakej yang melegakan banyak pihak. Mungkin jika ada pihak yang tercicir penulis rasa kerajaan mampu mengubah kemudian. 

Selepas PKP pertama Perdana Menteri telah mengumumkan tambahan dua minggu lagi PKP kedua  bermula 1 April hingga 14 April. Ketika PKP fasa kedua Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memperketatkan kawalan. Sekatan jalanraya diadakan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia. Langkah ini penulis fikir kerana ada rakyat yang menganggap PKP adalah perkara kecil. Boleh jalan-jalan santai-santai dengan membawa keluarga.

Mulai 15 April 2020 fasa ketiga PKP akan bermula. Apakah akan lebih ketat kawalannya? Kita tidak pasti dan tidak boleh meramalkan. Hanya pihak kerajaan yang mampu melaksanakannya.

Laporan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan semalam,"Sehingga 13 April 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 134 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 4,817 kes. Oleh itu, setelah kes kumulatif ditolak dengan kes discaj dan kematian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,464 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. �66 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 36 kes memerlukan bantuan pernafasan." (petikan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato Dr Noor Hisham Abdullah.)

Kita berdoa agar usaha kerajaan mengawal penularan Corona Covic-19 akan berjaya dengan izin Allah. Semoga dengan berakhirnya PKP kelak akan melega banyak pihak seperti peniaga kecil di tepi jalan, pelajar sekolah, pelajar universiti, ahli jemaah masjid. 

Buat masa ini seperti banyak seruan dalam tulisan saya ialah mengambil seruan Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri dan MKN ialah duduklah di dalam rumah. Lakukan apa saja aktiviti bersama keluarga. Sebenarnya banyak yang boleh dilakukan.


Berkisar soal Covid-19 kita berdepan dengan berbagai masalah yang diketogorikan tenat. Antaranya masalah gangguan jiwa oleh peniaga kecil, pekerja di industri kecil misalnya yang bekerja di kedai-kedai cermin mata, tadika, taska, kedai pakaian, kedai peralatan sukan dan seumpamanya. 

Malah ketika PKP fasa pertama yakni sebelum Perdana Menteri melancarkan PRIHATIN sudah ada suara-suara oleh warganet; "Apakah yuran Tadika harus dibayar sedangkan sudah minggu anak tak dihantar ke Tadika?". Maksud di sini ialah mereka inginkan yuran separuh bulan pada Mac tak payah dibayar. Kini setelah sebulan yakni 2 minggu bulan Mac dan 2 minggu bulan April, masih timbul masalah ini?

Saya ada menulis dalam Facebook "Agak-agaknya abang/kakak yang menjual goreng pisang yang kerap kita beli dia makan apa sekarang? Apa jawapan mereka? Ada yang menjawab;"x semua yg goreng pisang tu susah,ada jugak yg senang cuma kita tengok keadaan dia saja kita beranggapan dia susah.".

Saya sering mengajak pembaca atau rakan Facebook berada dalam zon 'sedih'. Misalnya memikirkan "kakak yang yang setiap pagi mengambil anak-anak kita di pintu pagar Taska apa yang mereka makan?"

Begitu juga saya mengajak rakan FB memikirkan "guru tadika yang setiap pagi mengambil anak-anak kita bagaimana nasib mereka jika Tadika ditutup selama 3 atau 6 bulan?"

Tidak dapat dinafikan dalam keadaan sekarang ada orang yang masih menerima gaji tanpa potongan. Masih menerima pencen tanpa ada pengurangan. Malah ada yang menerima bantuan Prihatin oleh kerajaan.

Seorang penghantar barang online kepada saya bila ditanya "bekerja kau hari ni dik walaupun PKP"  dia menjawab "kena kerja bang kalau miss suru (tiada makanan)."

Menantu saya yang sebelum ini buat perkhidmatan Grap kenderaan kini semasa PKP dia mengubah menjadi penghantar makanan online. Sedangkan isterinya (anak saya ) tidak pergi kerja kerana tempat kerjanya yang membuka restoran ditutup. Saya tidak tahu bagaimana gajinya untuk bulan April. 

Banyak senario sedih sedang berlaku. Namun kerajaan tidak dapat nak elak kerana kes penularan Covid-19 belum reda. Rakyat harus sedar bahawa kerajaan harus menjaga kepentingan nyawa rakyat yang berjumlah anggaran 32.6 juta (2019). 

Menurut YBhg. Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Azlan Ghazali Pakar Ekonomi UKM, " Ekonomi negara semakin bergelora. Malaysia berada di selekoh merbahaya". Kenyataan Tan Sri Noor Azlan pada 6 Mac sebelum PKP dilaksanakan. Kini beliau adalah ahli Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Pembaca boleh mengikuti ceramah lengkap beliau di Sila Klik

Bagaimana peranan kita bagi rakyat yang berada dalam ketogeri mampu? Saya ingin membantu anda menghuraikan masalah ini berdasarkan Al Quran dan Hadis. Biarlah soal ekonomi pakar-pakar ekonomi yang uruskan. Ketika dalam keadaan begini marilah kita bersabar. Patuh pada arahan kerajaan adalah penting. 

Hari ini MKN mengumumkan kawalan ke atas rakyat akan lebih ketat pada PKP fasa ketiga. Rakyat tidak dibenarkan keluar walaupun ke bank. Urusan kewangan boleh diuruskan dengan penggunaan online.

Pengajaran Smasa Penularan Covid-19 Dan Selepas:

Semua rakyat tidak boleh menjangkakan bila PKP akan berakhir. Hari ini fasa kedua telah tamat dan akan bermula fasa ketiga esok, 15 April. Namun kebiasaan orang ramai keluar dari rumah dan menyebabkan berlaku kesesakan di jalanraya kian meningkat. Kenapa jadi begini? Apakah penguatkuasaan masih lemah?

Pada hemat penulis rakyat tidak harus panik. Tingkatkan pemahaman tentang Covid-19. Covid-19 merbahaya. Kepada anak-anak yang lebih memahami sila beritahu ibu ayah pengetahuan tentang virus Covid-19. Kalau di kampung-kampung minta keluarga jangan keluar rumah. 

Tidak kira kaum dan agama, berilah kerjasama. Kerajaan memahami masalah rakyat sebab itu kerajaan telah melancarkan Pakej Prihatin. Banyak pihak yang memperolehi nikmatnya.

Kawal pergerakkan dalam jarak 10km redius. Jika berada di tempat awam jarak sosial kita ialah satu meter. Jika jumpa kawan-kawan buat masa ini usah bersalaman. Senyum dan angkat tangan buat sementara PKP berlangsung.

Keluar ke kedai dengan perancangan yang betul. Misalnya seminggu dua kali sudah memadai. Bawa senarai barang yang diperlukan. Guna pembayaran elektronik untuk mengelak perlu menacri mesin ATM.

Beberapa Cadangan Dan Nasihat Ingin Saya Buat Berdasarkan Pengalaman:
  1. Wujudkan Tabung Kecemasan Keluarga- Tabung ini mampu membantu jika berlaku musibah di masa akan datang. Penulis dan keluarga ada mewujudkan tabung ini bagi persiapan jika ada kecemasan. Malah fasa pertama PKP tabung ini telah membantu ahli keluarga dengan sumbangan kepada mereka. Malah penulis sendiri telah memperolehi bantuan Prihatin tapi tidak menggunakan wang itu dan wang tersebut dimasukkan ke dalam tabung kecemasan keluarga bagi menghadapi PKP yang entah bila akan berakhir.
  2. Setiap dari kita harus menyimpan dengan kadar paling rendah ialah 10% dari gaji atau pendapatan. Simpanan ini boleh digunakan jika berlaku kecemasan.
  3. Amalkan amalan bersedekah. Sedekah mampu membantu kita ketika berlaku kesukaran. Misalnya bersedekahlah ketika wujud apa-apa tabung seperti bantuan mangsa banjir, gempa bumi dan sebegainya. Islam mengajar bersedekah ketika berazam hendak kaya

    Bersedekahlah waktu Subuh bagi orang Islam kerana 

    قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ
    أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا
    وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (Hadis Riwayat Bukhary 5/270) Sekarang masjid dan surau tiada solat jemaah dan solat Jumaat. Oleh itu ada satu ilham dengan mewujudkan satu Tabung Subuh. Boleh dimasukkan sedekah Subuh ke dalam tabung ini oleh ahli keluarga. Nanti bila masjid dan surau dah buka bolehlah dibawa kutipan ini ke tabung masjid atau surau. Tabung ini boleh terus berfungsi untuk kaum wanita yang tidak ke masjid atau surau waktu Subuh.
  4. Selain dari bersedekah jangan lupa tunaikan zakat pendapatan mahupun zakat perniagaan. Berzakat mampu membantu kita ditimpa musibah.
    LEBIH RM153.24 juta bantuan zakat sudah disalurkan kepada asnaf seluruh negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan zakat itu disalurkan ke seluruh negara bagi membantu asnaf yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
    Menurutnya, peruntukan zakat itu adalah daripada institusi zakat negeri masing-masing untuk diagihkan kepada golongan berkenaan. Oleh itu jangan abaikan atau lupakan ibadah zakat jika kita telah mampu. InshaAllah zakat akan membantu pembayar dan asnaf ketika ditimpa musibah.
Semoga wabak Covid-19 memberi kesedaran kepada kita  dalam banyak perkara. Sebagai orang Islam wabak ini mampu membantu umat Islam mengukuhkan iman. Kita berdoa wabak ini akan terhapus dengan dengan izin Allah

Kita berdoa agar semua barisan depan yang bertungkus lumus untuk menyahkan virus Covid-19 diberi kekuatan dengan izin Allah.


  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah