Budaya Forward Dan Viral Tanpa Siasat



Saya ada 22 group Whatsap. Apabila musim pilihanraya ia menjadi bahan bacaan setiap masa. Malah kita boleh buat ramalan pihak mana yang boleh menang.

Whatsap ni ada satu budaya yang saya lihat sudah menjadi kelaziman berlaku dan saya sendiri suka lakukan. Kita tak payah tulis apa-apa cuma tekan butang maka bahan yang kita dapat tu akan pergi kepada orang lain atau group lain.

Ketika virus Covid19 sedang melanda dunia dan negara kita, banyak info yang masuk. Bayangkanlah jika 22 group Whatsap yang saya ada sudah tentu ada masej yang sama akan masuk.

Kita tak boleh nak pastikan segala masej itu benar atau tidak. Cuma jika ada waktunya ada kawan yang lebih prihatin maka dia akan membalas bahawa mesej itu tak betul atau sudah basi. Ada waktunya akan ada pihak berkuasa menafikan masej yang diviralkan.

Misalnya satu audio mengenai dakwaan seorang askar yang diviralkan. Saya pun dapat. Semasa mendengar suara yang dikirimkan tu sudah mula rasa curiga. Tak lama selepas tu Panglima Angkatan Tentera telah menafikan dengan mengatakan audio iyu palsu. Kesannya mungkin ramai telah percaya. Klik kenyataan di sini

Sebenarnya viral yang menjadi bahan forword di Whatsap cuma saya tidak pasti dari mana datangnya asalnya. Kalau dalam topik politik kita boleh agak dari kalangan orang politik. Tapi jika kes virus Covid19 kita harap ianya dihentikan kerana ada waktu akan mengganggu emosi oramg lain terutamanya kelurga yang terlibat seperti petugas di hospital dan polis. 

Kita berhak menyaring dengan berfikir sejenak betul atau tidak. Misalnya satu kes yang saya alami ketika berada di Mekah ketika menunaikan haji pada tahun 2019. Setelah balik ke Mekah dari Mina saya baca satu masej "bang betul ke angin ribut dan banjir besar di Arafah?"

Saya terfikir, waaa sudah viral di Malaysia. Sedang kami jemaah haji di Arafah melakukan Wukuf dengan selesa, khusyuk dan tanpa memikirkan yang bukan-bukan. 

Saya jawab mudah,"memang ada hujan angin setelah azan Zohor dikumandangkan. Ada kawasan yang nampak gelap cuma tak boleh pasti sebab Arafah ni luas".

Rasanya kawan saya yang bertanya berpuashati mungkin kerana dia sudah dapat masej yang bukan-bukan sebab tu dia terus dapatkan maklumat dari saya di Mekah. Ini tindakan bijak.

Begitu juga ketika virus Covid19 sedang menular, rasanya adalah lebih logik dapatkan maklumat dari TV dan radio atau akhbar. Malah laman web Kementerian Kesihatan Malaysia memberi maklumat dari sehari ke sehari. Begitu juga media TV dan radio.

Usah menjadi wartawan yang tidak bertauliah ketika dalam keadaan kritikal kerana buruk padahnya jika tidak benar. Misalnya kalau nak tahu kisah mangsa kita kena sabar kerana dalam keadaan begini mangsa yang sedang mengidap sakit itu pun tidak boleh didekati. Ingat dalam kes-kes penyakit berjangkit pihak hospital akan memberi perindungan yang ketat.

Kisah yang sukar amat menarik kalau didedahkan. Tapi pendedahan kita akan memberi kesan yang amat mendalam. Misalnya kes jemaah Tabligh, puncanya hanya pihak berkuasa memanggil mereka membuat saringan. Kenapa kelemahan dan keburukan jemaah Tabligh di ketengahkan. Apa ketidak selesaan kita kepada jemaah Tabligh sebelum mengetuk pintu rumah mengajak ke masjid atau surau menjadi titik benci kepada mereka? Kalau ya pun jika kita ada kawan dari kalangan jemaah Tabligh maka hubungi mereka dan minta mereka membuat saringan. Mereka orang Islam walaupun berlainan cara berdakwah......

Ingat bahaya fitnah. "Celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela". (ayat 1: Al-Humazah)

Marilah kita belajar tidak memburukkan keadaan dengan menyebarkan viral secara forword tanpa menyiasat terlebih dahulu kesannya cukup berat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah