Bersedia Menjadi Tetamu Allah Di Musim Haji.

Tahniah kepada tuan/puan yang telah menerima jemputan menunai haji musim 1441. Saya doakan agar terus sihat, istiqamah sehingga Hari Wukuf. Kepada yang belum dijemput bersabarlah kerana sifat kesabaran itu antara sifat mulia yang akan dibawa ke Tanah Suci.

Dalam hubungan ini berdasarkan pengalaman, setiap jemaah akan diuji oleh Allah dalam tiga keadaan. Sebelum berangkat, semasa di Tanah Suci, setelah pulang ke tanah air.

Oleh itu berlapang dada dengan segala ujian. Ujian ini hanya dirasai oleh kita sahaja dan kalau boleh jangan kongsi pengalaman pahit. Sebelum berangkat elok usah bertanya pengalaman haji orang lain kecuali yang baik-baik sahaja.

Paling bagus jika tuan/puan mengaji dengan ustaz atau ustazah yang berpengalaman ketika menunaikan haji.

Ingat usah gusar dengan dosa yang ada. Kita ke sana untuk beribadat. Kalau ada ujian jangan berburuk sangka dengan Allah.

Bersyukurlah bagi yang pernah ke sana kerana menunai umrah. Pengalaman di sana akan membantu kita.

Gunakan bulan-bulan sebelum haji sebagai penyediaan mendapat haji mabrur terutamanya bulan Ramadan.

Jadilah Lebai sebelum jadi haji. Bina perwatakan yang baik kerana ia akan dibawa ke sana.

Ujian selepas balik haji juga tidak kurang hebatnya terutamanya yang melibatkan akidah. Bersedialah ke arah haji yang mabrur

Oleh: Haji Abd Raai bin Osman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah