Wujudkan Tabung Keluarga

Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pinjam bank, pinjam dengan kawan dan keluarga. Paling sedih pinjam dengan Ah Long (orang lembutkan bahasa Along....). 

Malah sistem KUTU juga cara penyelesaian kewangan yang terkenal dikalangan masyarakat kita terutama orang melayu. Bergadai juga antara kaedah penyelesaian kewangan yang tradisinol dan terkenal dikalangan kita malah akhirnya barang kemas tinggal kosong dalam simpanan!

Jika semua cara diatas kita kata baik maka ia adalah kaedah penyelesaian yang kerap dilakukan oleh semua orang. 

Saya suka wujudkan Tabung Keluarga untuk kes-kes kecemasan. Malah ada kawan saya wujudkan sistem seperti koperasi dengan penglibatan agak besar. Siap buat mesyuarat tahunan. Ini kaedah menyelesaikan masalah-masalah kewangan seperti untuk pendidikan, kesusahan dan melancong. Menabungnya tak banyak boleh dimulakan dengan RM50 atau RM30. Anda boleh cuba sebab saya dah buat kesannya Wau....menarik.

Saya tertarik dengan Tabung Keluarga (TK selepas ini) kerana ia adalah keadah menyimpan yang menyeronokkan. Tapi pastikan yang menjadi pengeraknya seorang yang beramanah. Paling selamat diuruskan oleh Ibu dan Ayah. Ayah jadi ketua ibu jadi Bendahari. Buka satu akaun bersama dengan nama ayah dan ibu. Hasilnya kejujuran akan dapat dibentuk. 

Dari mana nak datang sumber kewangan ini? Mudah saja, kita boleh buka satu tabung di Lembaga Tabung Haji (LUTH) untuk ayah dan ibu serta anak-anak. Ayah dan ibu boleh buat pootongan gaji setiap bulan. Kalau berniaga lagi mudah, masukkan dengan menggunakan mesin ATM Bank Rakyat atau Maybank. 

Anak-anak kita sudah pasti akan dapat duit raya sejak berusia sebulan atau lebih. Mana taknya kalau dilahirkan dalam bulan Ramadan, orang yang datang ziarah pasti akan hulur duit raya kat ibu bayi itu. Bayi tak pandai guna duit, maka ibulah tempat mereka hulur. Masukkan sahaja ke dalam akaun LUTH. 

Bayangkanlah jika sampai usia anak kita 10 tahun berapa terkumpul. Itu pun selepas kita berikan sedikit habuannya berbelanja. Paling tidak setiap hari raya dapat RM100. Sudah pasti sepuluh tahun RM1000. Ok itu satu hal yang sudah tentu memberikan satu semangat baharu kepada anak kita. Kalau anak 6 orang sudah pasti mereka mengumpul sebanyak RM6000. Ok, bekukan akaun ini hingga usia mereka 10 tahun.

Sudah pasti anak akan bekerja selepas mereka tamat pengajian. Di sinilah akan diwujudkan TK yang saya maksudkan. Kita tidak mengharapkan anak bergaji besar dewasa ini kerana peluang pekerjaan agak sukar. Namun tak kan lah anak kita tidak bekerja langsung. 

Baik, berbincang dengan keluarga bahawa satu TK akan diwujudkan dengan cadangan minimum sumbangan RM30 atau RM50. Katakan ada bersetuju RM50 sebulan. Maka bermula dari situ TK akan bergerak. Terpulang, kalau yang bergaji besar boleh sumbang lebih. Itu tak ada hal. 

Cuba kita bayangkan 6 anak maka sebulan sudah ada 8 orang penyumbang termasuk ibu ayah. Bagaimana jika ibu tak berkerja? Terpulang samada ayah menyumbang bagi pihak ibu atau ibu tak perlu menyumbang. Baik, di sini sahaja kita telah mengumpul RM400 sebulan. Setahun RM4800. Bagi saya ini adalah satu tabung yang mampu memberi semangat kewangan. 

Misalnya jika ada anak nak kawin boleh digunakan dengan cara meminjam dari tabung ini. Selepas berkahwin dapat anak boleh diberi hadiah walaupun nilai hadiah hanya RM100. Banyak faedah menabung begini. Misalnya jika setahun sekali insuran kenderaan mati, boleh diberi pinjam dari sumber ini.

Lantik ibu sebagai Bendahari sebagai pengurus kewangan. Tulis setiap oarng yang menyumbang. Tulis setiap orang yang meminjam. 

Ia adalah tabung kecemasan keluarga. Tiada siapa boleh menyentuh hal ini termasuk saya. Namun cadangan ini harus difikirkan untuk memantapkan kesulitan kewangan. Jika ibu ayah meninggal dunia tabung ini bolehlah ditamatkan atau diteruskan dengan persetujuan adik beradik. Bahagian sumbangan ibu ayah sebenarnya masih boleh dibahagikan sebagai harta pusaka.

Ia satu kaedah mudah. Tapi bak kata orang wang adalah pengerat hubungan keluarga. Wang juga boleh membuat keluarga berpecah. Tetapi bayangkan setahun sekali hasil tabung ini boleh dikeluarkan sedikit untuk perhimpunan keluarga. Buat kenduri kendara atau makan angin dengan tidur di hotel. Paling tidak wang tabung boleh membayar sewa hotel. 

Mari kita cuba dan saya sudah menikmati hasilnya dengan pencapaian paling agong, membawa dua anak melakukan umrah. Malah dua majlis kenduri saya mampu digunakan untuk membayar urusan kenduri mereka, walaupun tidak 100%.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah