Jurufoto Perlu Pandai Mencium Peristiwa

Peristiwa 1: 15 Julai 1987 - Bangi.


Selepas solat Jumaat saya sudah bersedia di sekitar Dewan Tun Abdul Razak UKM. Menurut sumber satu tunjuk perasaan akan berlaku selepas solat Jumaat. Saya dengan Wak Leman (Saleman Leman ) sudah bersedia. Suasana masih seperti biasa kerana waktu itu orang baru balik ke tempat kerja selepas solat Jumaat. Seperti tiada apa=apa yang akan berlaku.


Kata saya kepada Wak Leman "tak jadi kot" dalam loghat Kedah.
"Tunggu....mesti jadi punya", jawab Wak Leman dengan sedikit lenggok Jawa dia...............

Jam 2.40 petang tiba-tiba terdengar bunyi motosikal. Kemudian kelihatan kumpulan pelajar dengan agak ramai memulakan perhimpunan mereka di jalan masuk UKM. Mereka memulakan tunjuk perasaan. 

Saya berbisik dalam hati, "Waa adakah peristiwa 1970an kembali tercetus di UKM?". Usaha menghalang kemaraan pelajar yang semakin ramai dilakukan oleh pasukan keselamatan UKM.  Pagar manusia dibina namun dapat dirempuh. Akhirnya jalan depan Fakulti Pengajian Islam (FPI) telah dapat ditawan. 

Saya dan Wak Leman antara petugas yang terlibat. Ketika itu tidak seperti sekarang kerana kami menggunakan filem untuk merakam gambar. Malah saya hanya menggunakan filem Hitam Putih termasuk Wak Leman. Kami perlu berjimat kerana kalau mengikut pengecaman saya tunjuk perassan ini akan berlaku agak lama.

Jalan bersebelahan bangunan FPI telah penuh dengan pelajar-pelajar sekitar 2000 orang. Mereka mara untuk bertemu Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar. Hebat demontrasi ini. Keadaan tidak terkawal. Gema suara pelajar melaung tuntutan mereka kedengarn dengan jelas. 

Apa yang mereka tuntut?. Mereka menuntut agar jalan yang melalui depan Bangunan Canselori tidak ditutup kepada motosikal. Mereka tidak berpuahati dengan penutupan jalan tersebut. Itu saja tuntutan mereka. Namun selepas itu demontrasi selesai dengan rundingan pihak pelajar dengan pengurusan keesokkan harinya.



Peristiwa 2: 2 Mac 2011-Bangi.


Jam sudah pukul 12 tengahmalam. Bising suara pelajar di kafeteria Kompleks Tun Abdullah Salleh semakin terasa. Keputusan demi keputusan Pilihanraya Pelajar telah keluar. Tak sampi sepuluh minit mereka melaungkan "Hidup, hidup,........" Saya nampak sekumpulan pelajar menyerbu bangunan Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Saya dan Wak Leman ikut berkejaran ke sana. Sambil tu saya pesan kat Wak Leman  "kalau jadi apa-apa kat aku kau tolong ye".


Pintu besar  PTM sudah penuh dengan pelajar. Saya tersepit disitu kerana diasak oleh kumpulan pelajar. Terasa lemas. Saya takbir, "Allahhuakbar". Kumpulan pelajar yang mengasak ke pintu besar PTM berundur memberi ruang kepada saya.

Selepas itu saya nampak Wak Leman duduk tas kerusi di bahagian dalam PTM sambil ketawa. "Tak guna punya kawan", bisik saya. Tinggallah saya di luar dengan asakkan oleh kumpulan pelajar di pintu besar PTM.

Pelajar-pelajar melaungkan apa yang mereka tidak puashati. Oleh kerana waktu ini zaman digital maka di kalangan pelajar ada juga yang merakam gambar. Mereka merakam kakitangan UKM yang bertugas malam itu. Saya tidak terkecuali yang mana saya berpendapat mereka beranggapan saya salah seorang anggota keselamatan UKM.

Keadaan tidak terkawal. Pelajar lelaki dan perempuan sama naik angin. Kelihatan garang muka-muka dia orang. Mereka ingin masuk ke dalam bangunan PTM. Sedangkan di dalam bangunan tersebut terdapat Timbalan Naib Censelor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEPA) dan pegawai-pegawai kanan UKM.

Diberitakan TNC HEPA kemudian telah dibawa keluar mengikut pintu kecemasan. Beliau kemudian dibawa melihat keadaan demontrasi itu dari jarak jauh di atas bukit Fakulti Pendidikan. Setelah rundingan dibuat dengan sekumpulan pelajar akhirnya mereka bersurai sekitar jam 3 pagi. Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku malam itu.

Dua peristiwa itu berlaku sudah lama. Pelajar-pelajar terlibat sekarang sudah berada di luar dan telah menjalani kehidupan mereka dan telah dewasa. Peristiwa ini masih segar diingatan saya.

Wak Leman pun telah bersara termasuk saya. Kami tidak boleh lupa peristiwa ini. Apa yang saya bawa peristiwa ini ialah Jurufoto harus belajar mencium berita. Banyak sumber boleh kita gunakan. Kalau Jurufoto media luar mereka menggunakan sumber  polis, bomba, hospital untuk memperolehi maklumat sesuatu peristiwa.

Ketika saya bertugas dulu, kerja-kerja seumpama ini amat saya gemar. Walaupun saya bukan staff bahagian keselamatan dan PRO tetapi saya berusaha mengambil bahagian dalam tugasan begini. Justeru rakan-rakan di PRO adalah sumber maklumat saya terutamanya Wak Leman.

Namun beberapa tahun sebelum saya bersara, saya bertugas di Pusat Komunikasi Korporat maka maklumat sesuatu peristiwa amat mudah diperolehi. Tambahan pejabat saya menjadi tempat pelanggan membuat tempahan sesuatu majlis.

Biasanya orang suka berkawan dengan kita yang bertugas merakam gambar. Namun kena ingat kita juga menjadi tempat menghantam jika mereka jarang boleh dapat gambar mereka dari kita. Biar apa pun mereka harus faham kita bukan Jurufoto peribadi mereka. Kita merakam gambar untuk keperluan media yang kita bertugas.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah