Masih Kisah Bilik LG104

Masih ingat kisah Bilik LG104 yang saya tulis sebelum ini? (Baca kat sini sila klik) Yang mesti semua orang akan ingat misteri bilik itu. Ah, semua bilik ada misterikan?

Kali ini saya bukan nak cerita misteri. Tak semua orang suka cerita misteri. LG104 menyimpan banyak kisah suka duka saya.Mana taknya, 104 adalah dunia saya selama 27 tahun di Fakulti Sains. Saya masuk kat situ tahun 1982. Mas tu bangunan sains masih baru berpindah dari kampus sementara UKM di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Bos saya Prof Dr Mohamad Omar suka duduk kat Lower Ground walaupun beliau ada biliknya di aras tiga. Bila pindah ke Bangi, Masa tu bangunan Dewan Anuar Mahmud belum siap dibina. begita juga bangunan Fakulti Pengurusan Ekonomi belum siap juga. Penamat jalan dari luar ialah dekat Taman Paku Pakis.

Tahun 1982 bila berpindah ke Bangi semua staff UKM tak berapa selesa. Maklumlah dari bandar besar kena tinggal kat pekan kecil Bangi yang belum membangun. Kajang? perghhh macam bandar koboi. Tapi bagi yang asal dari pedalaman relek saja....orang kampung katakan.

Masa tu saya baru tiga tahun masuk kerja kat UKM. Masih muda. Apa yang saya tahu tentang kehidupan? Yang penting, cukup bulan dapat gaji sekitar tigas ratus lebih. Perghhh azab? Tak lah, angan-angan nak kawin dah ada. Maklumlah masa tu gaji sebanyak tu besar jugalah

Masa tu saya masih tinggal kat KL. Kat sekitar batu Caves. Jauh? memang jauh. Tapi orang muda relek je sebab tenaga masih kuat. Ulang alik naik bas SUM ke Kajang. Terus ke Kuala Lumpur naik bas FOH UP. Bas-bas tu tak ada lagi. Komuter dan LRT mana ada lagi. Tak terfikir pun.

Apa cerita bilik 104? Bilik nikan, macam penjara. Bawah kolong. Tak ada tingkap. Siapa yang pernah berurusan kat situ mesti masih ingat. Tapi harus ingat kat situlah saya kenal ramai yang dah terkenal sekarang. Sudah berpangkat besar. Antaranya Datuk Latif Mohermad Ketua Pengarah FRIM. Dato' Seri Liow Tiong Lai. Mereka antara indidvidu yang pernah menggunakan khidmat saya.


Bukanlah hebat mana pun cuma Jurufoto yang bergaji cukup untuk makan saja waktu. Dah nama kerja, buat saja tanpa fikir apa-apa. Tanpa saya sedari dari bilik inilah saya membina nama hingga bersara!

Namun dari bilik ini banyak saya merakam kisah pensyarah yang keciwa tak dapat naik jawatan Profesor. Ada kawan-kawan yang keciwa naik pangkat Pembantu Makmal Kanan. Dia orang lepak kat bilik saya untuk melepas geram.

Bilik 104 ni sesuai untuk melepas perasaan sebab sunyi, ada ketikanya gelap ketika saya membuat proses filem dan mencetak gambar. Sambil-sambil dok buat kerja nilah datang kawan-kawan berborak. Layan saja. Malah kat sini juga pelajar meluahkan perasaan.

Semua yang saya rakam ini ada yangdah bersara, meninggal dunia. Walaupun begitu dalam dia orang keciwa tu ada yang naik pangkat Profesor Pembantu Makmal Kanan. Malah ada yang lebih jauh dah jadi Penolong Pegawai Sains.

Saya akan simpan semua kenangan ini selagi teringat. Saya juga tak akan dedahkan aib mereka namun semua ini membuatkan saya tersenyum sendirian kerana dengan semua kerenah itu menjadikan UKM terus tersohor. Mana taknya ada yang ulang alik membuang segala kertas yang mungkin draf kertas kerja sebelum dia bersara.

Paling saya tak boleh lupa ialah bila setiap kali hujan lebat bilik 104 akan banjir. Saya terpaksa pakai kasut pasar untuk meredah air. Paling kesian pencuci ialah seorang wanita India, Rita kena vecum air tersebut.

Tahun 2007 saya meninggalkan bilik 104 kerana naik pangkat (perghhh macam besar pangkat tu) ke Penerbit UKM. namun sesekali saya masih bermimpi waktu tidur seperti masih bertugas kat bilik tu. Cuma semasa hari terakhir saya nak tinggalkan bilik 104 saya berpesan kepada seseorang makhluk.....jangan ikut aku, dan jangan kacau yang ganti aku. Kita sama-sama cari rezeki. Oh. Maaf misteri lagi!!!!

@RaaiMan 27042018 | Tepat jam 1.32 pagi.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Boria dan Dikir Barat

Istana Di Jabal Habsyi, Madinah