19 Januari 2018

Penghargaan di awal tahun 2018

“Saya orang kecil. Apabila menerima pingat PJK dari DYMM Yang DiPertuan Negeri Sembilan hari terasa amat besar anugerah ini. Pergorbanan selama ini bersama hutan, laut bergelora, manusia yang beremosi, manusia yang bergembira membuatkan saya lupa kesusahan ini. Melihat dan mengetahui masalah pelajar yang hanya makan mi segera. Menasihat pelajar yang ponteng kelas partime saya kerana masalah keluarga. Ada pelajar yang kecewa apabila saya bagi markah rendah kerana kegagalan hadir kelas yang saya ajar secara sambilan di UKM. Segala-galanya terubat walaupun ada waktunya isteri kena tunggu hingga jam 3 pagi baru saya balik.


39 tahun bersama.UKM bukan satu masa yang singkat. Ada waktunya saya harus ke hospital melihat ibu kena Leukimia. Menjaga isteri kat wad sambil tugasan yang harus ditunaikan. Saya pernah jatuh dalam kerjaya namun dibangkitkan semula oleh Tan Sri Zakri. Lemah tanpa semangat namun bangkit semula dengan nasihat Prof Dato Nasir Salehudin.
Hari ini saya bangun semula di Balairong Seri setelah terasa lesu menanti tarikh pencen. Walaupun pingat ini tanpa gelaran, tapi saya yakin ia adalah dari Allah untuk saya syukuri dan bukan untuk ditakburkan. Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih UKM. Terima kasih rakan-rakan di PKK. Terima kasih isteri. Terima kasih puteri-puteri ayahanda.”

Ayat di atas adalah tulisan  saya dalam Facebook pada 14 Januari 2018 jam 8.15 malam selepas kira-kira 9 jam selepas saya menerima Pingat Jasa Kebaktian daripada DYMM Yang DiPertuan Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan baginda ke-70.

Sejak saya menerima surat menyebut akan menerima pingat dari Istana Negeri Sembilan sebenarnya terasa bagaikan bermimpi. Walaupun pingat ini kecil dari susunan penerima tetapi ia mat besar dari sudut penghargaan yang diberikan oleh DYMM Yang DiPertuan Negeri Sembilan. Jika dulu P.J.K hanya saya dengar orang terima dan disebut-sebut orang. Kini saya sendiri yang dianugerahkan. Berkesempatan mengadap Tuanku dengan berpakaian penuh istiadat amat memberi kesan pada perasaan saya.

Walaupun saya kerap berada dalam majlis yang Tuanku hadir namun itu adalah sebagi Jurufoto. Malah dikalangan staff UKM ada yang menggelar saya sebagai Royal Photographer. Sebenarnya tidak. Ada ketikanya rakan lain pun pernah mengadap Duli Tuanku. Namun dalam banyak acara saya kerap kedepan mungkin kerana faktor usia saya.

Saya tidak pernah bermimpi untuk mendapat apa-apa anugerah seumpama ini kerana lahir saya adalah sebagai petugas yang perlu memegang kamera. Saya tetap Jurufoto yang kecil sifatnya. Percayalah segala apa yang kita dapat adalah anugerah Allah. Yang penting dalam kita teruskan usaha biarpun kita hanya makan gaji. Sebagai petugas makan gaji usah fikir nak jadi jutawan. Jika nak jadi jutawan kita kena berniaga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Galeri

Awas! Keretapi nak melintas.

Pernah naik keretapi? Keretapi cara lama yang memenatkan! Mungkin itu ungkapan yang pernah kita dengar. Sebelum tahun 1995 tidak semua ora...