Langkau ke kandungan utama

Cikgu Lah telah pergi meninggalkan kita

Cikgu Lah telah kembali ke Rahmatollah jam 6.15 petang 20 April 2017 di Hospital Besar Pulau Pinang yang dipercayai akibat komplikasi jantung. Abdullah Ahmad pernah menjadi guru di Sekolah Menengah Sik Kedah sekitar tahun 70an dan bersara sebagai Pegawai Pendidikan dan menetap di Batu Uban Pulau Pinang.

Cikgu Lah terkenal sebagai guru disiplin dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Saya jadi rapat dengan beliau kerana menjadi pengawas sekolah. Arwah memang tegas tapi ketika itu murid lebih gemar menyebut garang.

Era teknologi IT menemukan kembali Cikgu Lah dengan ramai anak muridnya. Saya dapat berjumpa dengan beliau tiga kali. Pertama di rumah puterinya di Kajang, kedua saya dan keluarga ke rumah beliau. Kali terakhir di majlis reunion sekolah yang diadakan di Sungai Petani.

Diusia persaraannya Cikgu Lah kembali rapat dengan bekas anak-anak muridnya. Malah beliau amat mesra dengan kami walhal ketika  bersekolah dulu kami begitu hormat dan takut dengan Cikgu Lah. Arwah sering menunaikan undangan ke majlis kenduri di sekitar Sik. Lebih-lebih lagi isteri beliau juga guru kami yang mengajar Bahasa Inggeris.

Kewujudan media Facebook telah merapatkan hubungan kami. Malah saya diberitahu Cikgu Lah sering dikunjungi oleh bekas anak murid yang terkenal dalam kerjaya mereka.

Hari ini Cikgu Lah pergi menemui PenciptaNya. Saya jauh hanya berkirim doa. Allahyarham tetap mengukir sejarah buat kami. Malahan kemahiran menulis yang ada  pada diri ini adalah hasil didikannya. Beliau sering menyebut beberapa nama anak muridnya. Antaranya Othman Nawang pegawai di KPDNKK, Fadli Ahmad wartawan TV3. Cef Liza dan ramai lagi.

Cikgu Lah kembali dengan tenang menjelang menjelmanya malam Jumaat yang penuh barakah. Innalillahhiwainnailaihirojiun.....Al Fatihah.



Dua catatan terakhir Cik Lah
mengenai kesihatannya.

_________________________________________________________________________________

Dalam kenangan

Saya dan rakan bersama Cikgu Lah (Kanan) di majlis reunion
Sekolah Menengah Sik


Gambar di bawah merupakan kenang-kenangan ketika kunjungan saya dan keluarga ke rumah Cikgu Lah di Batu Uban Pulau Pinang.



Kanan: Cikgu Fatimah, isteri Cikgu Lah

Radzi bekas murid yang kerap membantu Cikgu Lah
telah dianggap seperti anak angkat beliau


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Setelah Anda Bersara

Oleh: Haji Abd. Raai bin Osman PJK: |  KWSP Anda  | Kenali Scammer | Kesihatan Dan Wang Setelah Bersara  | Selepas Lima Tahun Kita Bersara | Seorang yang pernah menjawat jawatan JUSA bersalam dengan saya dan saya mengucapkan selamat bersara. Beliau bertanya macam mana suasana selepas bersara? Saya senyum. Senyuman saya itu membuatkan beliau berkata "seronokkan tak payah fikir apa-apa, boleh lama kat masjid atau surau...", saya ketawa kecil dan mengakui kata-kata tokoh yang baru bersara seminggu. Saya pernah menemui orang yang lebih veteran telah bersara sejak 10, 16 tahun lalu. Mereka bahagia. Ada pula yang saya temui yang baru bersara 2 atau tiga tahun mereka seperti kurang selesa. Itu semua rezeki masing-masing yang sukar kita ramalkan. Paling bahagia ada yang setahun lepas bersara meninggal dunia. Ada rakan saya dalam tempuh belum setahun bersara dapat panggilan menunaikan haji. Lebih menarik ada rakan yang bersara sudah menunaikan haji, melancong ke negara ora

Boria dan Dikir Barat

Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian, harmonika adalah digalakkan. (wikipedia). Dikir Barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan. Setiap kumpulan biasanya diketuai oleh seorang

Empat Jam Dalam Bilik Bedah

Bilik Bedah: Itulah papan tanda yang mengerikan bagi seorang pesakit selain Bilik Mayat! Saya di bawah masuk oleh petugas bilik bedah untuk kali keenam dan kali kedua tahun ini. Ketika masuk suasana bilik bedah sudah jadi biasa walaupun peralatannya jarang diketahui umum. Ini adalah kesekian kali saya akan dibedah tanpa tidur sepenuhnya (bius). Kali ini melibatkan organ jantung. Jika buat BayPass pasti tidur sepenuhnya. Jam sudah 2.30 petang ini bermakna saya sudah puasa 14 jam 30 minit sejak tengahmalam tadi. "Ok tuan saya akan bius" kata doktor dituruti sakit di bahagian celah paha. Tidak lama lepas itu terasa darah mengalir dan saya pasti proses bedah telah bermula. Terasa doktor memasukkan tiub untuk proses Angeogram. Doktor kepada saya selepas itu saluran tuan tersumbut 100%. Sebelum itu 96%. Oh saya beristiqfar. "Baik tuan saya akan Drill selepas masuk bellon". Apa yang saya rasa? Terasalah sedikit sengal di dada. Pastinya di saluran jantung. Takut? Sudah pas