Galeri

20 Mac 2017

Sering gagal dalam temuduga kerja?

Sudah berapa kali pergi temuduga kerja tetapi gagal? Keluhan kerap terjadi ialah; Mereka ada orang dalam. Pilih kasih. Buang masa. Mereka pilih keluarga sendiri. Betulkah begitu?.

Saya pernah terlibat dalam beberapa kali terlibat sebagai penal temuduga pada peringkat saringan awal untuk jawatan Jurufoto. Sedangkan penal temuduga yang akan memilih calon adalah pihak lain yang bertaraf pegawai atau esekutif. Saya harap panduan-panduan yang akan diturunkan sedikit sebanyak mampu membantu anda menilai tahap keboleh pasaran diri sendiri.

Anggaplah kita seperti seorang usahawan yang menjual produk. Jika kita ingin menjual produk sudah pasti kita akan mempromasi sehingga jualan kita berjaya dibeli. Oleh itu persiapkan diri anda supaya dilihat hebat. Penampilan ini penting jika jawatan yang anda pohon itu memerlukan individu yang hebat.

Misalnya hendak menjadi pemandu, lesen yang anda miliki pastinya mampu menjadi anda seorang pemandu yang hebat. Ada lesen yang boleh memandu bas atau lori. Tahu asas-asas membaiki kenderaan. Tahu jenis atau jenama kenderaan. Tiada masalah kesihatan seperti rabun, buta warna dan sebagainya.

Nak jadi Jurutera, janganlah kerana tugasan seorang Jurutera sering kerja di lapangan maka ketika pergi temuduga pakaian anda tidak semegah mana. Berbaju lusuh, pakai baju T, pakai selipar. Tahukah anda seorang Jurutera sesekali akan bermesyuarat dengan orang besar-besar pada keadaan yang berprestij?

Terlalu berlebihan (over) juga harus diambil kira ketika menghadiri sesi temuduga. Misalnya hadir sebagai jawatan bukan pegawai tetapi penampilan melebihi seorang pegawai. Berbaju  mahal, suit pakaian yang lengkap seperti seorang CEO. Wangian yang boleh meninggalkan kesan selepas tamat temuduga. Jika wanita penampilan melebihi seorang artis. Warna pakaian yang bercorak meriah.

Ketika senior  dan saya menguruskan proses ujian saringan perasaan memihak kepada seseorang memang tidak dapat dielakkan. Kadang tu yang dapat kita kenal, mempunyai kelayakan yang bagus, menceritakan masalah dirinya seperti menjaga ibu yang tua. Suami dibenhentikan kerja, ada anak tiga. Pada hemat saya semua masalah peribadi bukan point untuk diluahkan kepada panel temuduga. Luahkan semua itu kepada Allah. Lakukan Solat-solat Taubat,Hajat, Istikharah untuk memperolehi kejayaan. Insyaallah Allah Maha Mengetahui kerana Dia yang menjadikan semua itu untuk ujian kepada kita.

Sijil, Diploma dan Ijazah adalah satu keperluan untuk mana-mana kerjaya. Mana mungkin anda tidak ada kelayakan dalam bidang kejururawatan hendak menjadi Jururawat? Begitu juga mana mungkin anda membawa kelayakan PhD untuk menjadi Juruteknik. Justeru fikirkan secara munasabah untuk bab ini. Memanglah untuk menjadi Jurujual ijazah PhD pun boleh jika ia bermaksud untuk menjual produk sendiri.

Kelayakan yang ada pada diri kita hanyalah tiket mudah memohon jawatan. Sedangkan kelebihan pada diri kita adalah satu bonus yang hebat. Katakanlah kelayakan bidang fotografi. Bayangkan berapa ramai yang ada kelulusan itu. Tiba-tiba bakal majikan mahukan seseorang yang mampu merakam gambar di laut, sungai atau tasik. Bakal majikan ingin calon yang  memiliki kemahiran menggunakan Drone!

Pernah terjadi  ketika   pemilihan sebelum dipanggil untuk temuduga, seorang ketua jabatan menghubungi saya dan memberitahu sila pilih penama tertentu kerana dalam borang dan salinan kelayakan calon didapati ia bersesuaian dengan jabatannya.

Pernah terjadi sekali lagi seorang ketua jabatan  menyenariakan nama pemohon pada skrin  LCD. Beratus ramainya. Oleh kerana beliau mahukan calon yang mahir dalam bidang bidang foto still dan video maka hanya nama-nama terbabit sahaja dipilih. Mungkin inilah yang sering disebut orang...”Dia orang sudah ada calon sendiri atau mereka dah ada calon dari kalangan keluarga!”.

Faktor gaji jangan terlalu meletakkan sebagai KPI kehebatan kita. Jika di perkhidmatan kerajaan sifir gaji telah tersedia tanpa perlu tawar menawar. Jangan minta gaji dengan alasan kita hebat. Kecuali jika gaji kita misalnya RM2500 di tempat lama maka mungkin tawaran gaji akan lebih sedikit dari itu. Tetapi bukan nilai lima ribu!.

Oleh itu perkara-perkara yang saya sebutkan di atas adalah antara kriteria yang boleh dijadikan panduan. Selain itu faktor lain seperti kepetahan bercakap, kemahiran bahasa, pengetahuan tentang kerjaya yang dipohon, kefahaman struktur organisasi tempat anda memohon kerja, memilik kenderaan sendiri walaupun hanya motosikal, kesanggupan bekerja di luar kawasan, luar waktu pejabat, boleh bekerja secara berkumpulan adalah faktor yang akan diambil kira.



Ingat, panel penemuduga adalah insan yang akan menilai kita dari jarak 2 atau 3 meter dalam bilik temuduga. Pastinya body language anda akan diperhatikan. Anda mungkin malang jika panel temuduga pernah mengenali sebelum ini tetapi tidak tahu di mana. Rekod tidak bersih anda akan menjadikan sebab gagal. 
Amat bertuah jika salah seorang dari mereka berkenan dengan peribadi anda.


Rezeki daripada Allah. Maka bermohonlah dengan-Nya menerusi solat-solat yang saya sebut tadi disamping kerap melakukan solat Duha. Rezeki Allah luas. Mana tahu selepas membaca panduan ini anda akan berjaya memperolehi jawatan idaman selama ini. Itu doa saya saya untuk anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Wujudkan Tabung Keluarga

Anda sering menghadapi masalah kewangan? Banyak hutang? Penyelesaiannya kita boleh lakukan dengan berbagai cara. Pinjam dengan koperasi, pin...